ASSALAMUALAIKUM
IBADAH UMRAH
Musim cuti sekolah memang ramai Muslimin beribdah umrah dan ziarah
di tanah suci Mekah. Alhamdulillah walau aku tidak berdaya hendak ke Mekah menunaikan ibadah itu, insya-Allah ada insan mulia
yang sudi melakukannya untukku. Syukur pada-Nya yang mengurniakan saudara-mara
dan sahabat handai yang prihatin masalahku. Adikku Pazilah dan Patimah telah
juga mengerjakan ibadah umrah untukku. Begitu juga sahabatku, Noorlaila Ghafar
dan anaknya Ahmad sudi beribadah umrah untukku. Ahmad ketika itu menyambung
pengajiannya di universiti Madinah dan berkesempatan ke Mekah menunaikan umrah
untuk dirinya juga untukku sahabat ibunya. Bermakna sudah empat kali aku telah
menunaikan ibadah umrah. Budi baik adik-adikku dan sahabatku Noorlaila Ghafar,
anaknya Ahmad, tidak mampu kubalas. Harapanku Allah sahaja menganugerahkan
pahala ganjaran terbaik buat yang
sanggup berbudi untukku. Sekadar ucapan terima kasih tentulah tidak senilai
budi telah kuterima. Kini sahabatku itu berada di sana lagi beribadah umrah dan
ziarah. Hanya doa kukirimkan semoga dikurniakan Allah kesihatan sempurna dan dipermudahkan
semua urusan amalan, selamat semuanya. Aamiin.
ibadah umrah –
musim cuti sekolah
silaturahim
Alhamdulilah Ida sayang. Semua santunan Allah SWT. Kita tolong orang, Allah tolong kita
ReplyDeleteamiin tksh lela tiasa sudi tolong sy
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
ReplyDeleteAlhamdulillah, umrah maqbulah insyaAllah
wsalam amiin tksh ustaz moga ustaz n fmili juga dirahmati Allah sihat sjhtra
Delete