ASSALAMUALAIKUM
HUKUMAN
Sempena meraikan ulang
tahun pertabalan, baginda Khalifah Harun al-Rashid bercadang memberi
pengampunan pada pesalah di penjara
dengan mengurangkan jumlah masa berada dalam penjara. Setiap pesalah yang
sedang menjalani hukuman di penjara dibawa mengadap baginda.
“Berapakah masa kamu
sepatutnya berada dalam penjara?” Tanya Khalifah.
“Hamba dihukum dua tahun
penjara, paduka.” Pesalah itu menjawabnya.
“Sudah berapa tahun kamu
berada di penjara?”
“Sudah satu tahun
paduka.”
“Kalau begitu kamu telah
bebas kerana hukuman kamu dikurangkan satu tahun.”
“Alhamdulillah. Terima kasih
paduka yang mulia.” Sahut pesalah itu dengan sangat bersukacita.
Semua pesalah dipenjara
telah diberikan pengurangan masa hukuman di penjara. Dan seorang pesalah lagi
dibawa perajurit mengadap baginda.
“Berapakah masa hukuman
kamu di penjara?”
“Hamba dihukum penjara
seumur hidup, paduka.”
Khalifah terkedu
mendengarnya. Baginda tidak pasti bagaimana hendak mengurangkan masa
hukumannya. Wajah Abu Nawas menjelma dalam mindanya. Segera baginda menitahkan
perajurit memanggil Abu Nawas mengadapnya.
Setelah Abu Nawas tiba
di istana, Khalifah memperihalkan persoalannya.
“Cara mengurangkan
hukumannya menurut hamba ialah dengan membiarkannya sehari di luar dan sehari
di penjara. Begitulah seterusnya sehingga pesalah yang dihukum itu mati.”usulan
Abu Nawas itu dipersetujui baginda Khalifah Harun al-Rashid.
Kenapa sebak dengan hukuman last sekali tu.. :(.. Alhamdulillah Allah masih memberi peluang.. Adilnya hukuman pada zaman dahulu, zaman sekarang penjenayah besar tiada hukuman.. mereka bebas membunuh seluruh negara demi kepentingan sendiri tanpa mampu dihukum oleh sesiapa :(
ReplyDeletetksh ladybird ya hukuman Allah Maha Adil
Deletekisah silam yang ada related dengan situasi hari ini kan kak PI :)
ReplyDeletetksh ana ya situasi menginspirasi puisi
Delete