ASSALLAMUALAIKUM
AIR PANAS
“Beta mahu kamu minum
air panas yang menggelegak hai Abu Nawas.” Abu Nawas terpana mendengarnya.
“Minum air panas yang
menggelegak akan merosakkan organ dalaman dan boleh menyebabkan kematian
paduka.” Khalifah termangu. Baginda hanya bergurau. Tapi setiap kata yang
dilafazkan merupakan titah. Dan Abu Nawas menyedarinya.
“Baiklah paduka. Hamba
menurut perintah. Tapi izinkan hamba pulang ke rumah hamba dulu untuk bertemu
isteri dan anak-anak hamba.” Khalifah mengizinkannya.
“Adakah makanan yang kamu
sediakan untuk hamba hai isteriku?” Tanya Abu Nawas pada isterinya sebaik tiba
di rumahnya.
“Hamba telah sediakan
makanan yang panas semuanya tadi untukmu suamiku. Tapi kerana suamiku terlambat
pulang, semua makanan itu telah menjadi sejuk.” Balas isterinya.
Abu Nawas mulai berfikir
dan merencanakan sesuatu demi kebaikannya tanpa mengelakkan perintah Khalifah.
Ketika waktu ditentukan
untuk minum air panas yang telah disediakan penjawat di istana Khalifah, Abu Nawas
menghadirkan diri bersama anak-anaknya, isterinya dan seluruh jiran
tetangganya.
“Kenapa ramai sekali orang
yang kamu bawa ke istana, Abu Nawas?” Tanya Khalifah kehairanan dengan tindakan
Abu Nawas.
“Mereka semua sahabat
handai dan jiran tetangga hamba, paduka. Mereka ingin melihat hamba minum air
panas. Mungkin hamba akan mati setelah minum air panas itu. Jadi hamba ingin
bersalam dan meminta maaf akan kesalahan hamba pada mereka. Jadi hamba mohon
izin paduka membenarkan hamba melakukannya sebelum hamba minum air panas itu.”
“Baiklah! Beta izinkannya.”
Sahut Khalifah.
Abu Nawas mula menyalami
isterinya, anak-anaknya sambil berpelukan, bertangis-tangisan. Kemudian bersalam
pula dengan sahabat handainya dan jiran tetangganya seorang demi seorang hingga
selesai akhirnya. Setelah itu dia segera minum air panas yang disediakan dalam
periuk hingga habis. Tiada kesan air panas yang telah suam itu kerana terbiar
lama pada dirinya.
Bijak abu nawas
ReplyDeleteheh heh nak hidup tksh wp
Deletebijak bijakkkk
ReplyDeletetksh anies ada ja ide abu nawas
Delete