ASSALAMUALAIKUM
SALAM AIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN SEMOGA TIASA CERIA MENYAMBUT HARI BAHGIA DI SAMPING KELUARGA DI MANA SAJA BERADA.
SYAIR
Syair
merupakan genre puisi tradisi berasal
dari Arab dan Parsi. Perkembangan puisi syair ini bersamaan ketika masuknya
Islam ke Nusantara. Asalnya puisi syair menggunakan bahasa Melayu kuno. Tapi berubah seiring
perkembangan zaman.
Syair dapat dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu yang naratif
dan non-.naratif.
Naratif bermaksud puisi syair mencitrakan sejarah, kisah dongeng
dan ketokohan persona. Sementara non naratif pula puisi syair berkaitan agama
dan nasihat.
Antara syair terawal menurut Overbeck diperolehi di Padang,
Sumatera bertarikh 26 Rabiulawal 1301bersamaan 1881 M – rujukan Overback (1914)
ISBRAS
Contohnya;
CONTOH SYAIR
SHAER BURONG PUNGGOK
Dengarkan tuan mula rencana,
Disuratkan oleh dagang yang hina,
Karangan janggal banyak tak kena,
Daripada paham belum sempurna.
.
Daripada hati sangatlah morong,
Dikarangkan shaer seekor burong,
Sakit-nya kaseh sudah ter-dorong,
Gila merawan segenap lorong.
.
Pungguk bercinta pagi dan petang,
Melihat bulan dipagar bintang,
Terselap rindu dendam pun datang,
Dari saujana pungguk menentang.
.
Pungguk menentang dari saujana,
Di dalam hati gundah gulana,
Jikalau ditolong Tuhan yang gana,
Makanya pungguk boleh ke sana.
.
Di atas beraksa berapa lama,
Gilakan cahaya bulan purnama,
Jikalau bulan jatuh ke mana,
Dimanakan pungguk dapat bersama.
Bulan purnama cahayanya terang,
Bintang seperti intan dikarang,
Rawannya pungguk bukan sembarang,
Berahikan bulan di tanah seberang.
Gemerlapan cahaya bintang kartika,
Beratur majelis bagai dijangka,
Sekaliannya bintang terbit belaka,
Pungguk melihat kalbunya duka.
Bintang di langit berbagai rupa,
Pungguk bercinta badan terlepa,
Minta doa tiadalah lupa,
Dengan bulan hendak berjumpa.
.
BINAAN PUISI SYAIR
·
Terdiri dari 4 baris
serangkap
·
2. Tiap baris terdiri
dari 4-6 perkataan
·
3. Tiap baris terdiri
atas 8-12 suku kata
·
4. Semua baris adalah
maksud
·
5. Rima akhir a-a-a-a,
sempurna atau rawak.
·
6. Tanda koma hujung
baris satu hingga tiga
·
7. Tanda nokhtah
hujung baris 4
·
8. Mengandungi cerita berkesinambungan
·
9. Memulakannya dengan
awal bismilah.
·
10. Dua rangkap
pertama pembuka syair
·
11. Dua rangkap akhir
penutup syair
·
12.Jumlah rangkap
syair mengikut kesesuaian jalan cerita.
·
IRAMA SYAIR
Ada banyak juga irama untuk melagukan syair dengan indah dan
merdu. Tapi sering menjadi pilihan ialah irama Hiasan dan Selendang Delima
1.
Irama hiasan
2.
Selendang Delima
3.
Dandan setia
4.
Dodoi
5.
Mayang
Contoh syair;
SYAIR SITI AMINAH
Permulaan dan seterusnya.
#1
Awal bismillah syair digubah,
Siti Aminah wanita tabah,
lahir di Mekah dataran lembah,
amal ibadah di sisi Kaabah.
.
#2
Hai bani Zuhrah nasab warisnya,
Wahab ialah ayah kandungnya,
ketua pada suku kaumnya,
Nabi Ismail jalur moyangnya.
Dan seterusnya…………………….
Dua rangkap penutup
Tiba di Abwa’ bonda pun
gering,
wafat tinggalkan jasad
terbaring,
makam bertanda batu yang
kering,
Nabi Muhammad sayu mengiring.
.
Nabi menjadi yatim piatu,
Siti Aminah bondanya satu,
kasih abadi sudahlah tentu,
syurga menanti terbuka
pintu.
salam aidiladha buat kak PI sekeluarga...
ReplyDeleteSALAM AIDILADHA ANIES N FAMILI
Deleteindahnya syair Melayu. Pusaka warisan nenek moyang kita...
ReplyDeleteTKSH CIKGU AK YA INDAH SEKALI PUISI TRADISI WARISAN KITA
Delete