ASSALAMUALAIKUM
PULAU PANGKOR
Pertama kali aku ke Pulau
Pangkor merentas lautan, menaiki bot penambang, mengikuti suamiku membeli
pelbagai jenis ikan bilis dan lain-lain jenis ikan kering sebagai bahan
dagangan yang diedarkan serata kedai runcit di wilayah Jengka. Kalau hendak
membeli aneka sumber makanan laut dengan harga agak murah, di sinilah
tempatnya. Membeli secara borong tentulah tidak sedikit jumlahnya. Penuh selori
bertayar enam itu dimuatkan dengan keranjang ikan masin dan juga lain-lain bahan jualan. Pemilik
perniagaan pengumpulan aneka bahan sumber laut itu berbangsa Cina. Katanya pada
suamiku, “Tiap minggu lu mari sini beli ikan, mesti maju lu punya niaga!”
“Insya-Allah.” Balas suamiku.
“Kalau gua masuk niaga
sana. Lu mesti tak boleh niaga lagi. Mati woo!” aku dan suamiku tersengih saja
mendengarnya.
di Pulau Pangkor -
pemborong ikan bilis
saingan dagang
Depa boleh jual harga rendah..baguslah, depa jd penjual borong saja..
ReplyDeletetksh nohas kisah dulu2 tu la ni xtau lagu mana dah
DeleteCantik tempat ni
ReplyDeletetksh ejulz ya cantik tempatnya
Deleteentah bilaa sy dpt pegi pulau pangkor nii
ReplyDeletetksh anies cantik pulaunya
DeleteMrs. A dah pernah pergi Pulau Pangkor lama dulu. Zaman snap gambar kena cuci heheheee.. tapi ntah! mana gambar-gambarnya. Cuma masih ingat dengan van pink di PP tu
ReplyDeletebelum pernah sampai
ReplyDelete