Friday, 3 February 2023

JEM RAMBUTAN

 ASSALAMUALAIKUM



JEM RAMBUTAN MASAM


Rambutan  masam/telan biasanya tidak dipedulikan kerana rasanya yang masam sedikit, tidak longkah dan buahnya agak kecil daripada rambutan yang lekang.

Hanya  menjadi santapan burung-burung, tupai, keluang, monyet dll mergastua. .
Tapi rambutan jenis ni dibuat jem memang sedap.

Cara hendak membuatnya mudah saja.

Cuma buang kulitnya dan masukan dalam peruk.. Panaskan  dengan api perlahan sambil mengacaunya. biji rambutan akan tertanggal daripada isinya dan bolehlah dikeluarkan daripada periuk.

Kemudian masukan gula ikut keperluannya. Kalau banyak gulanya tahannya lebih lama. Gula kan pengawet makanan tapi jangan berlebihan.

Dikacau  sehingga agak kering dan warnanya keperangan.  Resepi tradisi ini diwarisi sejak turun-temurun lagi.

Dan bolehlah dimakan bersama roti atau biskut. Rasanya sedap. Pada aku lebih sedap daripada jem yang dibeli di kedai. Aku suka juga membuat jem rambutan masam ini. Di belakang rumahku banyakku tanam pokok rambutan pelbagai jenis yang terpilih. Entah macam mana rambutan masam ini terselit antaranya. Kala musimnya berbuah kelihatan meriah dusun kecilku berwarna merah dan kuning.

 

rambutan masam -

resepi jem tradisi

ganding santapan 

7 comments:

  1. buat jem cepat sikit habis kan kak dari dibiar buah rambutan tak ada siapa yang makan,kalau anak saya lagi lah langsung tak makan buah rambutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yala kan buat jem makan dgn biskut n roti sedap tu hlg masamnya

      Delete
  2. Jaman dulu2 mak wak selalu buat jem rambutan kampung ni
    Dia campur isi betik supaya tak terlalu masam dan jadinya cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah baru tau buat jem rambutan campur betik mesti lbh sedap n harum tksh wp

      Delete
    2. tksh Rasyidah jem tradisi dulu2

      Delete
  3. buah hem ni mmg renyah tp bla dah siap cpt je habis😁

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist