ASSALAMUALAIKUM
PE salah seorang penulis SPTA merupakan antara seorang sahabat baik PI...beliau seringkali membantu PI dalam berkarya. Dalam blog karyaku PI sediakan ruang yang memaparkan pantun karyanya dan manuskrip lama coretan ayahandanya...budi baiknya sentiasa dalam kenangan abadi...semalam PE telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Seremban NS. PI amat berdukacita kehilangan seorang sahabat maya walau tidak pernah bersua. Hanya doa mampu dititipkan semoga PE diampuni dosanya, bahgia sejahtera di sana bersama para solehin di sisi-Nya amiin
KAMARUZZAMAN BIN OSMAN
(BELASUNGKAWA SAHABATKU PAK ENGKU AL-FATIHAH)
K-ehadiran Pak Engku pencetus idea
A-kademi SPTA graha sastera
M-enjalin erat ukhuwah penulis maya
A-ntara persona menyantun karya
R-aut rupa soleh beriman
U-sianya tersurat sejak azali
Z-uhud insan budi mulia
Z-ahir ketara baik pekerti
A-sal dari Negeri Sembilan
M-inat pelbagai cabang seni
A-mat suka mengarang pantun
N-an indah pembayang bermaksud
B-ekas guru bahasa Inggeris
I-mpi ingin terbitkan manuskrip
N-an lama riwayat ayahandanya
O-bor kehidupan telah pun padam
S-emoga tiasa dicucuri rahmat-Nya
M-endoakan kesejahteraannya tiasa
A-mal solehnya menghapus dosa
N-ur menerangi jalan ke syurga
Salam takziah buat keluarganya
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
amiin tksh wp
DeleteSalam takziah buat keluarga sahabat baik Kak PI.
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah kumpulkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat
ReplyDeleteAlfatihah dan salam takziah buat keluarga pak engku
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiuun...
ReplyDeletesemoga tenang roh PE di sana.... tulisan & karya PE menjadi kenangan..
ReplyDeleteAl-fatihah dan salam takziah ...
ReplyDeletesalam takziah buat kak PI dan keluarga Allahyarham , semoga di tempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh, aamiin .
ReplyDelete