ASSALAMUALAIKUM
DARI SUNGAI
BESAR, SELANGOR KE MELAKA
Suatu hari ke Sungai Besar
dari Serendah
tidaklah jauh
arah menghala
tidak tersasar
sepanjang jalan
merendang pauh
.
Menguning padi
di tengah sawah
terhampar luas
saujana pandang
di langit biru
melayang sewah
indah sekali
damai terundang
.
Sampailah sudah
tempat tujuan
di Parit Dua
makan kenduri
majlis meriah
jadi tumpuan
usai segala
beransur diri
Tuju Melaka
dirancang awal
sebelum petang
menjelang senja
tiba di hotel
ada pengawal
ronda sekitar
sungguh teruja
.
Esok pagi ke Parit
Melana
restoran tular
pun dikunjungi
sedia air
herba bejana
pelbagai jenis
ruap mewangi
Dari Sg Besar kira jauh jugak tu, utara ke selatan
ReplyDeleteya Sal anak2 suka berjalan kak mengekor ja tksh Sal
DeleteSelamat datang ke negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia.. :)
ReplyDeletetksh Fairus mmg suka jalan2 ke sini
Deleteada hal ke kak smpi ke parit melana?
ReplyDeleteya anies car ubat air herba ajaib heh heh...tksh anies
DeleteJauh perjalanan
ReplyDeleteluas pandangan
tksh wp ya selagi ada kederat sikit
Deletedua tempat yg sy mengidam nak pi cuma belum ada rezeki nak ke sana lg. Last pi Melaka 30 thn yg lampau...
ReplyDeletewah lama dah tu dah jauh beza Melaka dulu n kini tksh cikgu
Deletetksh DanielX sudi singgah
ReplyDelete