Thursday 23 February 2023

GURINDAM SUKMA JIWA

 ASSALAMUALAIKUM

Lima naskhah antologi terbaru terbitan Persatuan Penulis Johor 023 telah selamat kepenerimaan kakpidah. Alhamdulillah! Terima kasih banyak PPJ. Sebuah puisi gurindam kakpidah terselit dalam antologI GURINDAM SUKMA JIWA. Seramai 104 penulis dari seluruh Malaysia turut berkarya puisi tradisi pelbagai tajuk dalam antologi ini. Terharu sekali penyelenggara Cikgu Nazim Mohd Subari dan Mohd Rosli Bakir sudi memilih karya kakpidah gurindam KALAU BICARA untuk diterbitkan dalam antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Hasilan gurindam yang disiarkan dalam antologi ini dengan pilihan judul berunsur nasihat bermakna dengan diksi indah berima. Tidak jemu disusuri baca hingga usai sebagai terapi jiwa murni.
TAHNIAH PPJ, penyelenggara yang komited berusaha dan semua pemuisi terlibat. Anlian pengkarya
hebat
terbaik.
Sekiranya ingin miliki buku setebal 133 muka surat dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm Cikgu Nazim Mohd Subari@FACEBOOK
Pic Yahti Hayati (c)



5 comments:

  1. Tahniah Kak PI. Puisi Melayu tradisi memang patut diketengahkan supaya generasi muda hari ini dapat mengenalinya dengan lebih mendalam.

    ReplyDelete
  2. tahniah kak PI kerana mengangkat puisi Melayu ke persada antarabangsa! Keep it up!

    ReplyDelete
  3. wahhhh awal tahun dah hebattt tahniah kak!

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat semua penulis

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist