ASSALAMUALAIKUM
SAHABAT MAYA
Aku membuka akaun facebook
pada tahun 2011 dengan pertolongan adikku Pazeli. Mengharapkan aku buat sendiri
memang tak akan menjadi. Sudah bertahun-tahun juga fb berjasa kepadaku
menemukan sahabat baru kenalan maya. Disamping mengeratkan ukhuwan kawan-kawan
yang terpisah jauh dan bertemu semula di wall fb.
Ada yang menghulur salam
sebagai kenalan maya. Aku tidak lupa kenalanku yang pertama Cempaka Diamond
dari JB. Kemudian disusuli Rashidah Othman dari KL dan beberapa orang lagi. Kini
kenalan fbku telah 2k. walau berderet-deret lagi senarai nama menunggu terima/app,
aku terasa tawar hati pula untuk masukkan dalam senarai kenalan ekoran ada
kenalan yang pos/tag gambar-gambar menjolok mata. Menyusahkan aku saja nak sembunyikan/hide
paparan itu.
Kenalan alam maya agak sukar
hendak ditelah peribadi mereka sebenar. Setakat bertemu dalam wall fb,
bertukar-tukar komen tidak menjadi masalah padaku. Tapi kalau hendak bersemuka
aku berusaha mengelaknya. Maklum aku kan OKU tidak sempurna segalanya. Sedih sangat
aku tidak dapat meraikan tetamu kenalanku yang datang bertamu. Tapi setiap
pertemuan itu tetap berlaku dengan izin-Nya jua.
Kawanku Rashidah Othman ini terlalu ingin menemuiku. Anak-anakku
mengatur pertemuan itu di sebuah cafรฉ di Selayang. Selama perkenalan kami
beliau berkongsi cerita kehidupannya denganku. Beliau seorang mantan tentera
laut yang bersara awal. Kehilangan anak sulungnya yang kembali ke pangkuan
Ilahi membuatnya lama bermurung. Hatinya robek kelukaan ditinggalkan anak
kesayangan. Setiap hari beliau akan ke pusara anaknya membaca yasin tidak kira
suasananya. Dengan sokongan suami dan anak-anaknya yang memahami perasaannya dan memberinya
sokongan dia kembali pulih sediakala.
Beliau mengikuti tulisanku
di blog dengan entrynya puisi pantun sajak dll catatan. Kala beliau bersama
keluarga hendak meminang bakal menantunya beliau meminta aku menulis beberapa
rangkap pantun untuk disampaikannya dalam majlis tersebut. Walau tiada
pengalaman menulis pantun peminangan, kutulis juga seadanya demi seorang kawan
baik.
Hendak ke tanjung lintasi paya
cenderawasih
berterbangan
sirih junjung
lengkap semua
dulang kasih
membawa lamaran
Pantunnya kelihatan tidak cantik kerana tika
itu aku belum lagi join SPTA dan belajar menukil pantun dengan molek sempurna
Kala beliau mendapat tahu aku alami patah
bahagian pinggul beliau dan anaknya berusaha memandu kereta pada awal subuh
pagi untuk menunjukkan tempat perawatan patah di Seremban. Beliau menunggu di
situ bersama anak-anakku hingga aku selesai dirawat. Begitu besar budinya kepadaku tanpa meminta satu sen pun
bayaran pertolongannya. Terharu sungguh aku menerimanya.
Khabarnya Pak Mus, perawat patah asal
Indonesia itu baru saja meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun al-fatihah.
Semoga arwah dicucuri rahmat rohnya dan berada di kalangan para solehin beriman
amiin.
Tika projek antologi haiga sedang
berlangsung, kebetulan beliau berkunjung ke rumah anakku di Serendah. Aku pun
tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya. Dan gambar itu kuabadikan dalam antolgi
haiga dengan kelulusan sifu TA
Aku terkenang selalu sahabatku dan
tertanya-tanya kenapa agaknya lama tidak muncul di fb. Pertanyaanku terjawab
setelah membaca pos menantunya, Eja. Rupanya sahabatku telah berpulang ke
negeri abadi semalam lalu. Terkedu. Sedih terlalu. Kini aku kehilangan seorang
sahabat maya yang teramat baik budinya. Hanya doa mampu kukirimkan semoga kau
di sana damai berbahagia selama. Ya Allah kubermohon pada Mu ampunilah segala
dosa-dosanya dan tempatkanlah Rhashidah Othman itu di kalangan para solehin
beriman. Aamiin YRBA
semoga roh arwah damai di sana
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirajiuun. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh org yg beriman. Aamiin...
ReplyDeleteInnalillah. Takziah kak PI. Sahabat maya pun boleh jadi sahabat sejati. Mesti sedih dan rasa kehilangan
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.
ReplyDeleteinnalillahi wainna ilahi raajiun...alfatihah utk arwah
ReplyDelete