ASSALAMUALAIKUM
PERIBAHASA
Di bangku batu sumandak lena,
masak merampai mengguna janggi;
laku suatu tidak sempurna,
bak rosak tapai kerana ragi.
.
Kesannya lugai rasa berdenyut,
menggagah hatta sela jemuju;
berjalannya bagai ara hanyut
singgah merata menghala tuju.
.
Rahsia raja simpan gelinya,
peti bercembul gemala arung;
sia-sia saja perbuatannya,
seperti membubul jala burung.
.
Telah sempaya di singki belah,
belati layam mengetuk onak;
ajarlah dia baiki salah,
seperti ayam mematuk anak,
mendalam sekali maksudnya
ReplyDeletepuitis dan bermakna
ReplyDeletepantun yang indah. banyak perkataan kena google maksudnya
ReplyDeleteTupai bukan sebarang tupai,
ReplyDeletetupai sakan melompat gembira;
tapai bukan sebarang tapai,
tapai dimakan di kenduri kendara.
bahasa laras tinggi ni. saya kena baca slow2 baru buleh faham.
ReplyDelete