ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
.
Empat naskah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 022 telah selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah! Terima kasih banyak sifu. Tiga puisi kakpidah terselit dalam antologi puisi sonian MUTIARA NUSANTARA. Terharu sekali sifu sudi memilih karya kakpidah ISRAK MIKRAJ, SENJA, PESTA ASYIK yang disiarkan di grup penulisan GRAHA untuk diterbitkan dalam antologi ini.
Puisi sonian hak cipta rekakarya Penulis Farid Maulana dari Indonesia.
Tahniah Sifu TA dan semua penukil karya.
Dan DWIMATRA pula adalah antologi puisi saduka selenggaraan sifu Tabir Alam. Semua penulis terlibat dibimbing sifu TA cara menukilnya dengan tepat dan indah susun diksi puisi dua kata yang diperkenalkan penulis mapan dari Sabah Cikgu Nor Aisyah Maidin. Saduka puisi empat stanza, empat larik dibina dengan disiplin empat suku kata baris satu, empat suku kata baris dua, empat suku kata baris tiga, empat suku kata baris empat. ADIK ABANG, PILIH SANGAT dan MUSIM BUAH ialah tajuk saduka PI dalam antologi comel ini.
TAHNIAH SIFU dan semua penukil puisi Akademi SPTA
Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm sifu Tabir Alam@FACEBOOK
Tahniah atas penerbitan ini.. Puitis bahasanya.
ReplyDeletetahniah Kak PI..3 puisi terpilih..
ReplyDeletecantik..golden pearls..
Memang cantik kulitnya.. Pasti isinya cantik jugak. Tahniah
ReplyDeletewahhhh awal tahun dah terbit karya baru! tahniah kak!
ReplyDelete