Friday 5 February 2021

HADIS QUDSI. ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



PERKONGSIAN ILMU:
HADIS QUDSI. ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA.
Hadis Qudsi firman Allah SWT, Nabi Muhammad saw dapat melalui mimpi.
Berbeza dengan wahyu iaitu ayat-ayat Quran. Baginda terima wahyu Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:
*Aku membagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku.*
*Empat ayat di atas *Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in* adalah Hak Allah. Iaitu ayat satu, ayat dua, ayat tiga dan ayat empat.
Dua ayat di bawahnya, iaitu ayat enam dan ayat tujuh adalah urusan Hamba-Nya.
Ayat 1: *Ketika Kita mengucapkan Bismillah Hirrahman Nirrahim* Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
*Allah menjawab "Hambaku telah mengagungkan AKU"*
Ayat 2: Ketika kita mengucapkan *"AlhamdulillahiRabbil 'alamin"* Segala pujian milik Allah, Tuhan seluruh alam.
*Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."*
Ayat 3: Ketika kita mengucapkan *"Ar-Rahmanir-Rahim* Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
*Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."*
Ayat 4: *Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".* Allah Pemilik Hari Pembalasan.
*Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."*
Ayat 5: *Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.* Hanya kepada ENGKAU kami sembah dan hanya kepada ENGKAU kami minta pertolongan.
*Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”*
Ayat 6. *Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim,* Ya Allah tunjukkan kami Jalan Yang Lurus.
*Allah jawab: "Aku penuhi apa yang hambaku minta"*
Ayat 7: *Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.*
*Allah menjawab: “Aku akan penuhi yang ia minta.”*
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)
# *Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.*
# *Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”*
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)``

8 comments:

  1. Ya ALLAH..Ya Rahim...begitu besar dan sucinya kasih sayangMU YA ALLAH...pada hamba2 MU..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya untukmu ya Allah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Lafazkanlah Al-Fatihah sebanyak mungkin

    ReplyDelete
  4. TERIMA KASIH KAM ALHAMDULILLAH RAHMAT-NYA MELIMPAH

    ReplyDelete
  5. Terimakasih kak PI kongsi tazkirah,untuk kebaikan kita bersama menuju redho Nya.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah activiti yang sihat ke syurga

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak paridah ishak.

    Allahuakhbar... tersentuh hati saya membacanya Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist