ASSALAMUALAIKUM
PIC GOOGLE IMAGES (C)
Teka-teki
ialah puisi tradisional Melayu yang mempunyai pembayang tertentu yang bertujuan
menduga akal seseorang dan terbahagi kepada dua jenis; (i) masalah untuk
diselesaikan (conundrum) dan (ii) enigma atau persoalan kabur. Menurut Darwis
Harahap (1992) teka-teki merupakan hasil sastera Melayu yang diselitkan dalam
penglipur lara sebelum orang Melayu miliki kemahiran menulis; rujukan buku PUISI
&PEMUISI 2019.
Contoh
teka-teki masalah (conundrom);
1.
Satu banyak-banyak,
dua sikit-sikit, tiga jarang-jarang, empat kadang-kadang, apa itu?- jawapannya
orang berkahwin
2.
Apa binatang darahnya
hitam, berjanggut lapan.- jawapannya sotong
Dan
teka-teki yang dijadikan pantun disebut Pantun teka-teki contohnya;
Hari-hari
ke rumah cik Hitam,
melihat
orang memotong tebu;
apa
binatang darahnya hitam,
janggut
delapan tulangnya satu,
-
Jawapannya sotong.
Pantun
klasik ini jenis pantun teka-teki berima rawak dan tidak memenuhi disiplin
pantun biasa berima a b a b pada perkataan di tengah dan hujung baris sampiran
juga maksud.
Pantun
teka-teki juga boleh dikarang sebagai karmina seperti;
Kenapa
tentang hiris teluki;
apa
binatang keris di kaki?
-
Jawapannya ayam
jantan.
Pantun
teka-teki boleh juga dikarang dalam bentuk talibun contoh;
Lebai ke mana arah meninjau,
hendak
mencantas mangga berbuah,
membuang
batu sisih landasnya;
cabai
berwarna merah dan hijau,
letak
di atas juga di bawah,
yang
mana satu lebih pedasnya.
Jawapannya
cabai yang dimakan.
Lihai sahaja bersimpul
kemas,
tiang beralang balam
berlima,
luka di siku lolonglah
sawab;
hai anak raja
berjambul emas,
siang menghilang malam
menjelma,
teka-tekiku tolonglah
jawab.
.
Galau meletup kasar
dipangku,
bendala arka tersasar
malam,
langkah ke paya
menjala ikan;
kalau ditutup sebesar
kuku,
kala dibuka sebesar
alam,
apakah dia sila
jawabkan.