Friday 4 December 2020

ULUL AZMI

 SALAM JUMAAT MULIA



GURINDAM ULUL AZMI

 

Ulul Azmi nabi pilihan,

Allah anugerahi  pelbagai kelebihan.

 

Ulul Azmi nabi berlima,

tatap kisahnya hati kesima.

 

Nabi Nuh a.s Ulul Azmi terpandang,

Ujian banjir bahteranya gadang.

 

Nabi Ibrahim a.s Ulul Azmi kedua,

dibakar api  bertarung nyawa.

 


Ulul azmi ketiga   Nabi Musa alaihissalam,

tentangan firaun siang dan malam.

   
Nabi Isa a.s Ulul Azmi keempat,

Allah anugerahi pelbagai mukjizat

 

Ulul Azmi penamat nabi Muhammad,

Al-Quran sebesar mukjizat demi ummat.

 

Ulul Azmi dugaan besar,

Nabi pilihan Allahu Akbar.

 

 


7 comments:

  1. Sama2 kita banyakkan berselawat 🤗

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak paridah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Membaca sirah para rasul terutama yang dipilih menjadi rasul ulul azmi memberikan pelajaran yang besar. perjuangan, ketabahan, ujian adalah motivasi kepada para pendakwah hari ini.

    ReplyDelete
  3. Ulul Azmi. Insan terpilih dikalangan para nabi.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Cantik gurindamnya, tersusun indah pemilihan perkataannya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist