Friday 6 March 2020

TAFSIR SURAH 56 AL-WAQIAH

ASSALAMALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA


PERKONGSIAN ILMU: TAFSIR SURAH 56: AL WAQIAH. Ayat 1 - 16
" Al Waqiah maknanya Hari Kiamat." Aku memulakan tafsir setelah selesai Puan Rahana memimpin bacaan Surah al Waqiah di Surau Sri Aman, surau kecil di kampung kami, pada petang itu.
"Surah ini mentauhidkan keesaan Allah SWT beriman dengan Hari Akhirat. Termasuk; Kiamat, tiupan sangkakala, kebangkitan semula, Padang Mahsyar, syurga dan neraka."
"Percaya tak, kiamat akan berlaku?" Aku melontar tanya.
"Percaya...!" Serentak mereka menjawab
"Tiada Hadis Sohih, mengamalkan membaca surah al Waqiah murah rezeki. Niatkan mrmbacanya untuk meraih pahala."
"Ayat satu hingga ayat enam, gambaran Hari Kiamat."
"Betul ke...sewaktu terjadi kiamat, orang2 mukmin sudah tiada?" Puan Siti Rubiah mengemukakan soalan.
"Ya...betul!"Jawabku.
"Allah SWT matikan dahulu orang2 mukmin yang baik2 . Supaya mereka tidak merasai dahsyatnya hari kiamat."
"Ayat 1: Apabila Malaikat meniup sangkakala kali pertama, atas perintah Allah SWT. Berlaku peristiwa yang sangat besar iaitu Kiamat. Tiada siapa yang tahu bila berlaku. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu."
"Siapa malaikat yang tiup sangkakala?"
"Malaikat Israfil." Jawab Puan Rahana.
"Ayat 2: Musyrikin Mekah tidak percaya Hari Kiamat. Mereka tuduh Nabi Muhammad saw berdusta. Apabila kiamat benar2 terjadi, tiada siapa boleh mendustakannya."
"Langit terbelah. Suasana huru-hara. Manusia sangat terkejut. Ibu2 mengandung keguguran tanpa disedari. Yang sedang menyusukan anak, mencampakkan anaknya kerana terlalu terkejut."
"Ya Allah..." kedengaran beberapa suara.
"Ayat 3: Tujuan Allah SWT mengadakan Hari Kiamat."
"Pertama, Allah
hendak merendahkan golongan yang ingkar. Orang2 yang berpangkat tinggi ketika di dunia, akan jatuh ke dalam neraka kerana derhaka kepada Allah."
"Kedua, Allah hendak meninggikan golongan yang taat kepada Allah dan Rasul. Orang2 yang rendah tarafnya sewaktu di dunia, Allah masukkan ke dalam syurga yang tinggi kerana mengamalkan ajaran dan fahaman tauhid."
Masing2 mendengar peneranganku sambil mencatat nota yang kutulis di papan putih.
"Ayat 4: Ketika berlaku kiamat, bumi bergoncang dengan kuat. Air lautan yang rendah melimpah naik ke daratan dan seluruh bumi tenggelam. Bayangkanlah..."
"Ayat 5 pula: Gunung-ganang yang tinggi dan kukuhpun akan jatuh ke bawah hancur lebur."
"Ayat 6: Gunung- ganang yang hancur itu menjadi debu dan berterbangan seperti kapas. Bayangkan lah..."
"Dahsyatnya..."
Kak Dah mencelah.
"Ayat 7 hingga 16, Allah SWT beritahu alam Akhirat. Surah ini menceritakan secara terperinci suasana di Syurga dan suasana di Neraka." Aku menyambung tafsir.
"Ayat 7: Setelah semua makhluk mati, mereka akan dihidupkan semula. Apabila ditiup sangkakala kali kedua, semua manusia bangkit serentak. Mereka dibahagikan kepada tiga golongan."
"Ayat 8: Yang pertama golongan yang menerima kitab amalan dengan tangan kanan di Padang Mahsyar. Mereka golongan yang baik dan benar. Alangkah bertuahnya mereka."
"Semoga kita termasuk dalam golongan ini."
"Amiin..." Mereka mengaminkan doaku.
"Ayat 9 pula: Golongan kedua, yang menerima kitab amalan dengan tangan kiri. Mereka golongan yang berdosa. Alangkah celakanya mereka."
"Ayat 10: Golongan ketiga As-Sabiqun. Iaitu golongan awal, yang mula2 beriman, berjihad, berinfak dan sebagainya."
"Ayat 11: Mereka akan duduk paling dekat dengan Allah SWT. Kerana bersegera dalam melakukan kebaikan. Pada zaman Nabi Muhammad saw, golongan Muhajirin dan Ansar adalah golongan Islam kelas pertama."
"Ayat 12: Golongan ini tinggal di dalam Syurga yang penuh nikmat."
"Ayat 13: Sebahagian besar mereka daripada umat nabi2 sebelum Nabi Muhammad saw. Nabi2 sangat ramai, beratus ribu."
"Ayat 14: Sebahagian kecil daripada golongan umat kemudian. Nabi akhir zaman hanya seorang sahaja, iaitu Nabi Muhammad saw."
"Ayat 15: Penghuni syurga duduk di atas pelamin2 indah. Dihiasi emas dan permata."
"Ayat 16: Mereka duduk bersandar, dengan berhadap2an antara satu sama lain. Duduk berehat2 dilayani oleh para pelayan."



You and 1 other

2 Comments

3 comments:

  1. alhamdulillah..

    best la perkongsian begini

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian kak PI. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist