"Saya sudah mengikuti video yang pertama. Anak OKU saya meninggal dunia sama seperti tarikh yang dinyatakan dalam video," kata seorang ibu yang mengikuti kelas online Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca.
Saya membaca emel yang dikirimkannya.
Ibu ini memilih menulis kisah hidup bagi menghidupkan semangat anaknya dalam bentuk penceritaan semula.
Dia membelanjakan 200 minit sahaja dalam hidup agar terus bahagia pada setiap tambahan satu angka hidupnya.
Dia menggunakan tenaga fikir dan kemampuan mencatat yang diberikan oleh Tuhan agar pemergian hidup anaknya tidak sia-sia.
Ini bukan kali pertama saya melalui pengalaman mengendalikan kelas penulisan melibatkan ibu dan bapa yang menghidupkan semangat pada diri anak ke dalam bentuk penulisan.
Ketika anak-anak tidak mampu bercakap, perkataan yang ditulis oleh ibu-bapanya menjadikan suara anak-anak ini kuat sekali sehingga sampai kepada pembaca.
Ketika ibu-bapa merasa lemah, menulis kisah anak menyuburkan semangat mereka agar dapat berdiri kembali.
Setiap ayat yang ditulis adalah pengulangan kepada lagu dalam hati yang liriknya, "Ayah sayangkan kamu," dan "Ibu sayangkan kamu."
ibu-bapa menghidupkan makna hidup anak-anak dalam buku yang ditulis.
Kita akan terlupa, tulisan itu akan mengingatkan kita.
Anak-anak akan terlupa, tulisan itu akan memetik suis kesedaran mereka.
Mahukah saudara, sebagai ibu-bapa mencipta peluang ini untuk diri sendiri dan dia yang di hadapan?
Jadikan setiap tahun di hadapan, membahagiakan.
|
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
4 hours ago
menulis, mengabadikan kenangan hidup untuk tatapan di masa depan...
ReplyDeletemenilis di blog pun sama, kekadang baca entry lama utk mengimbau kenangan..
Terima kasih atas perkongsian kak ๐
ReplyDeleteTKSH NOHAS YA CATATAN DI BLOG JADI KENANGAN KITA
ReplyDeleteTKSH UMI NAZRAH INSYAA ALLAH
ReplyDelete