SAMBAL ITAM PAHANG
Di rumahku ada sepohon belimbing buluh yang kutanam sebaik boleh bangun dari sakit
terlantar lumpuh selama tiga tahun akibat kemalangan jalanraya.
Ada rezeki-Nya pohon itu tumbuh meninggi dan berbuah lebat.
Aku akan ambil buahnya untuk digunakan
dalam masakan apa saja yang bersesuaian. Daunnya pula kadang digunakan untuk
menjelum kepala anak-anak yang demam dan memandikan cucu yang jaundice.
Buahnya yang sangat lebat selalunya tidak habis dimakan dan
banyak yang gugur setelah terlalu masak.
Dan kini semenjak sambal itam Pahang viral dan
popular di merata media maya nampaknya setiapkali belimbing buluhku berbuah
menjadi rebutan penggemar sambal itam untuk memetiknya.
Pabila ramai
penggunanya tidaklah belimbing buluh itu hanya gugur bersepah di bawah pohon saja.
Siapa yang mahukannya, kuberi saja.
Setakat kegunaanku sekeluarga berapa
butir sangatlah.
Jiran-jiranku yang memasak sambal itam hasil belimbing yang
diambil di rumahku, selalunya akan menghantar sebekas kecil sambal itam kepadaku.
Alhamdulillah rezeki-Nya. Aku tak minta
heh..heh..tapi tak menolaknya.
Dapatlah aku merasa sambal itam enak buatan jiran tanpa
perlu penat mengacaunya di kuali
heh..heh…lama juga proses nak siapkan sambal itam ni.
Hampir sekerat hari juga.
Belimbing buluh buat sambal itam memang best.
ReplyDeletekalau orang dulu2 buat halwa.
belimbing buluh ni kalau dah berbuah memang lebatnya mintak ampun kan kak... kat rumah mertua pun ada 2 pokok belimbing buluh, dulu dana pernahla buat sambal hitam sendiri memang makan masa berejam-jam nak siap... memang sedap cuma nk masak sendiri tu tak la rajin...
ReplyDeleteSaya suka kerabu belimbing buluh..masak lemak cili api pun sedap kan kalau letak buah ni
ReplyDeleteTKSH WP YA SEDAP NI TAK PAYAH NK BANYAK LAUK NK MAKAN NASI
ReplyDeleteTKSH DANA PROSES NK BUAT TU YG PENAT
ReplyDeleteYA KHAM MSK LEMAK CAMPUR BELIMBING BULUH SEDAP TU
ReplyDeleteSedap betul sambal hitam ini..
ReplyDeleteBuat rencah nasi goreng, terangkat..
TKSH SHA YA MMG SEDAP MKN DGN NASI
ReplyDeleteSambal belimbing hitam ni klu makan dgn ikan bakar dan nasi mmg tak cukup sepinggan ni hehee.. sedap.
ReplyDelete