Tuesday, 10 March 2020

BELIMBING BULUH

ASSALAMUALAIKUM


SAMBAL ITAM PAHANG





Di rumahku ada sepohon belimbing buluh yang  kutanam sebaik boleh bangun dari sakit terlantar lumpuh selama tiga tahun akibat kemalangan jalanraya.


Ada rezeki-Nya pohon itu tumbuh meninggi dan berbuah lebat. Aku  akan ambil buahnya untuk digunakan dalam masakan apa saja yang bersesuaian. Daunnya pula kadang digunakan untuk menjelum kepala anak-anak yang demam dan memandikan cucu yang jaundice.

Buahnya yang sangat lebat selalunya tidak habis dimakan dan banyak yang gugur setelah terlalu masak. Dan kini semenjak sambal itam Pahang viral dan popular di merata media maya nampaknya setiapkali belimbing buluhku berbuah menjadi rebutan penggemar sambal itam untuk memetiknya.

 Pabila  ramai penggunanya tidaklah belimbing buluh itu hanya gugur bersepah di bawah pohon saja. Siapa  yang mahukannya, kuberi saja. Setakat kegunaanku sekeluarga  berapa butir sangatlah.


Jiran-jiranku yang memasak sambal itam hasil belimbing yang diambil di rumahku, selalunya akan menghantar sebekas kecil sambal itam kepadaku. Alhamdulillah rezeki-Nya. Aku  tak minta heh..heh..tapi tak menolaknya.
Dapatlah aku merasa sambal itam enak buatan jiran tanpa perlu  penat mengacaunya di kuali heh..heh…lama juga proses nak siapkan sambal itam ni. Hampir sekerat hari juga.


9 comments:

  1. Belimbing buluh buat sambal itam memang best.
    kalau orang dulu2 buat halwa.

    ReplyDelete
  2. belimbing buluh ni kalau dah berbuah memang lebatnya mintak ampun kan kak... kat rumah mertua pun ada 2 pokok belimbing buluh, dulu dana pernahla buat sambal hitam sendiri memang makan masa berejam-jam nak siap... memang sedap cuma nk masak sendiri tu tak la rajin...

    ReplyDelete
  3. Saya suka kerabu belimbing buluh..masak lemak cili api pun sedap kan kalau letak buah ni

    ReplyDelete
  4. TKSH WP YA SEDAP NI TAK PAYAH NK BANYAK LAUK NK MAKAN NASI

    ReplyDelete
  5. TKSH DANA PROSES NK BUAT TU YG PENAT

    ReplyDelete
  6. YA KHAM MSK LEMAK CAMPUR BELIMBING BULUH SEDAP TU

    ReplyDelete
  7. Sedap betul sambal hitam ini..
    Buat rencah nasi goreng, terangkat..

    ReplyDelete
  8. TKSH SHA YA MMG SEDAP MKN DGN NASI

    ReplyDelete
  9. Sambal belimbing hitam ni klu makan dgn ikan bakar dan nasi mmg tak cukup sepinggan ni hehee.. sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”