Monday 4 November 2019

SAYEMBARA PUISI PUTRAJAYA

ASSALAMUALAIKUM

SAYEMBARA MENCIPTA PUISI PUTRAJAYA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK ANJURAN DBP DAN PERBANAN PUTRAJAYAA..TARIKH TUTUP 22/11/019.....HADIAHNYA LUMAYAN....JOM PAKAT SERTAINYA ...MANA TAHU KOT ADA UNTUNG NASIBNYA...KALAU BERANI MENCUBA BOLEH JUGA MENGHARAP HASILNYA



Oleh NAZWIN NAZRI
PERTANDINGAN Sayembara Mencipta Puisi Putrajaya yang dibuka sehingga 22 November ini merupakan satu lakaran sejarah yang akan menonjolkan ketamadunan bahasa serta bangsa. Malah, 25 puisi yang terpilih akan dibukukan.
Dianjurkan sempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya pada tahun hadapan, buku tersebut akan dilancar pada 16 Januari 2020 sekali gus dijadikan sebagai program pembuka dalam kalendar aktiviti bandar rasmi kerajaan Persekutuan ini.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj), Tengku Aina Tengku Ismail Shah berkata, pertandingan puisi dipilih sebagai salah satu pengisian pada tahun hadapan kerana ia merupakan sebahagian warisan generasi terdahulu dan mempunyai nilai keseniaan yang tinggi.
“Apabila sebut mengenai Putrajaya, sambutan Jubli Perak mesti merangkumi semua aspek dan bukan hanya dari segi hiburan dan musik.
“Ia mesti turut merangkumi aspek kesenian dan kebudayaan malah puisi dikenali kerana mempunyai kesenian yang tinggi,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.
Menurut Tengku Aina, selain penglibatan orang awam dan komuniti Putrajaya, pihaknya juga mengalu-alukan penyertaan daripada golongan sasterawan.
Ini kerana katanya, dengan adanya penyertaan daripada golongan ternama berkenaan, buku puisi yang dihasilkan akan menjadi satu lakaran sejarah bagi Putrajaya.
“Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka dengan adanya puisi dan penglibatan sasterawan-sasterawan negara ia akan menjadi lebih berprestij.
“Selain itu, kita nak juga orang ramai mengekspresikan emosi dan perasaan mereka tentang Putrajaya sekali gus menggambarkan nilai budaya serta lokasi setempat.
“Pada masa sama, nilai estetika dan kualiti ketamadunan bahasa serta bangsa ditingkatkan,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Tengku Aina memberitahu, buku puisi yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan itu juga akan diterjemahkan dalam tiga bahasa utama di Malaysia iaitu Mandarin, Tamil dan Inggeris.
Tambahnya, pertandingan puisi merupakan kerjasama strategik antara PPj dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

8 comments:

  1. Pada yg rasa ada bakat terpendam tu,sila lah mencuba nasib..mana tau kut2 tersangkut tezeki

    ReplyDelete
  2. tksh kham ya mesti berani mencuba manatau ada rzki

    ReplyDelete
  3. aduhai, nak mengarang entry pun payah ini kan pulak berpuisi... memang tak dapat lah kak oi

    ReplyDelete
  4. TKSH DANA..DANA PENULIS YG BAIK CUBA2LAH BERPUISI PULA

    ReplyDelete
  5. Satu lapangan yg baik buat yg berbakat utk menyuburkan lagi aspirasi melalui puisi. Moga berjaya semuanya.. aamiin.

    ReplyDelete
  6. TKSH DIK KK...YA PUISI YG DIREKAKARYA DENGAN INDAH MENENANGKAN N MENDAMAIKAN PERASAAN

    ReplyDelete
  7. Kak PI masuklah..saya doakan akak berjaya

    ReplyDelete
  8. TKSH SAL..AMIIN TERHARU DOA SAL...INSYAA ALLAH KAK SEDANG DUK FIKIR APA PUISINYA HEH..HEH..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist