Pic google(c)
PENANGAN MENTARANG
Dalam perjalanan untuk bercuti bersama anak-cucu ke Lumut baru-baru ni, terlihat gerai-gerai yang banyak didirikan di pinggir jalan menjual aneka jenis buah2-an tempatan dan mentarang. Mentarang? itu yang pelik . Ada pula mentarang dijual di gerai buah. Kakpidah memang teruja nak makan dan singgah beli. maklum sudah berpuluh tahun tidak merasa keenakan siput laut yang bercengkerang kasar tapi nipis itu. Kata anakku, akan singgah beli waktu pulang nanti. Gerai-gerai yang menjual mentarang terdapat di Parit 11, 12, 13 area Sabak Bernam.
Mentarang menggamit kenangan kakpidah pada tahun awal -70an kala masih sekolah rendah di kampung halaman di Dulang Kechil. Bukan main suka bersama rakan-rakan sebaya bermain tambur laut mengorek mentarang tika air laut surut.
Mengorek mentarang tidaklah susah, hanya dengan membenamkan tangan di tempat mata air mentarang yang dikenal pasti dan mengeluarkan mentarang dari tambur laut yang lembik itu. tapi harus hati-hati kerna kulitnya kasar dan nipis mampu melukakan jari.
Selagi tidak penuh besen dengan mentarang selagi itulah leka mencarinya. Membiarkan sinar mentari awal pagi membakar diri. Hendak bergerak di dalam tambur laut yang di penuhi dengan ketam, ikan belacak, obor-obor dan pelbagai hidupan tambur laut kadang ular laut sambil menolak besen mentarang bukanlah senang.
Sudahlah badan kotor dan comot dilumuri selut namun kerana seronoknya mencari mentarang tetap juga dilakukan. Badan yang kotor boleh dibersihkan di tali air yang jernih sambil membasuh mentarang yang dicari itu. Berenang-renang menyegarkan badan dengan rakan-rakan meriakan dan mengurai keletihan yang mulai dirasakan.
Sampai di rumah tentulah kepenatan dan tugas memasak mentarang yang sangat enak rasanya itu diuruskan pula anak-anak dara yang takut kotor terkena selut laut. Tapi selesa di rumah sahaja.
Mentarang sedap direbus saja atau dimasak gulai lemak dengan mengeluarkan isi daripada cengkerangnya.
Apabila musim mentarang habis, berganti pula dengan musim mencari kerang dan kemudiannya musim menangguk lala.
Jikalau malas bermain selut laut, di pantai yang kering tapi bertanah lembut boleh juga dikorek siput biji nangka untuk dijadikan hidangan.
Jikalau malas bermain selut laut, di pantai yang kering tapi bertanah lembut boleh juga dikorek siput biji nangka untuk dijadikan hidangan.
Begitulah putaran kehidupan laut melimpah-ruahkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya dengan izin Allah. Subhanallah....yang diperlukan cuma tenaga DAN kerajinan bersungguh.
)
banyak kan di jual mentarang ni di sekitar Sg Besar, Sekinchan dan Sabak. Ana tak berapa suka sangat makannya, sebab ada pasir2 dalam mentarang tu walaupun dah bersihkan banyak kali :)
ReplyDeleteRumah saya dulu berhampiran sungai..dekat sesangat..seronok buat aktiviti mencari etak,siput sedut,mengail puyu...
ReplyDeletesaya suka makan siput2 gini. masak goreng pedas perasa tomyam pun sedap
ReplyDeleteSaya tak pernah jumpa dan makan siput mentarang ni. Masak lemak cili padi sedap kot kak PI.
ReplyDeleteSedap ni.. lama juga tak makan. Masak sambal dengan nasi putih dan sedikit ulaman pun dah nikmat sgt :)
ReplyDelete