PIC TABIR ALAM (C)
PI DAN KAWAN-KAWAN PENULIS DI GRUP SPTA SEDANG MENUKANGI PUISI REJANG DI BAWAH BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM....TEMA YANG DITULIS MENGIKUT PILIHAN SENDIRI MENJURUS KEPADA NILAI MURNI DAN KENEGARAAN....30 RANGKAP PANTUN REJANG PERLU DISIAPKAN....LANGKAH PERTAMA HANTAR BAIT MAKSUD DAHULU...SETELAH SIFU LULUSKAN BERMULALAH LANGKAH KEDUA IAITU MASUKAN BAIT SAMPIRAN YANG MENGISAHKAN TELATAH HAIWAN MENGIKUT SENARAI TURUTAN...FENIN NAK SIAPKANNYA WALAU RIMANYA SEPERTI PANTUN TAPI HANYA SEMPURNA RIMA HUJUNGNYA....ADA YANG TELAH BERJAYA SIAPKANNYA TERMASUK PI....TAHUN 2020 INSYAA ALLAH AKAN TERBIT ANTOLOGI REJANG INI.
https://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/puisi-melayu-tradisional/
Rejang
Oleh: Qamarul Arifin Abdullah
Rejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.
Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau astrologi (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985). Biasanya , masyarakat di Nusantara ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal hari-hari yang baik dalam sebulan. Hal ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan dengan hubungannya dengan ramalan waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan raksi (nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu).
Rejang menumpang bentuk syair atau pantun. Oleh itu, genre ini hampir menyerupai bentuk pantun dan syair, Cuma berbeda pada rima akhir yang tidak tetap, sedangkan pantun atau syair memiliki rima yang tetap.
Ciri-ciri rejang ialah rejang terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. Bahkan kalau diteliti lebih lanjut, rejang ini hampir sama dengan pantun berkait. Selain itu, dua baris pertama tidak berhubungan langsung, tetapi ada pula yang berhubungan
seperti syair. Biasanya, pengisian dalam rejang membicarakan hal-hal yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan pengajaran. Contohnya:
mula-mula dana ingatkan rejang tu pasal sungai rejang hehehhe...
ReplyDeleteSaya pun igt sg rejang ...rupanya ada maksudnya tersendiri..
ReplyDeletewah.. sudah masuk blog
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteterus sukses menghasilkan karya-karya. Tak sabar mahu menatap gambaran rejang itu.
#ingat sungai rejang..
Alhamdulillah dan tahniah kak PI. Moga dilancarkan setiap usaha dgn sepenuh keberkatan dan memberi inspirasi buat insan.. aamiin.
ReplyDeleteni sebutan dia mcm mn kak? 'Re(y)jang' atau 'Rejang'? (sama sebutan Sungai Rejang)
ReplyDeleteTahniah PI dan group SPTA
ReplyDeleteTKSH DANA SEKARANG DAH TAHU KAN
ReplyDeleteTKSH KHAM REJANG KAT SEMENANJUNG PUISI TRADISI
ReplyDeleteTKSH SIFU SUDI SINGGAH BLOG KAK..TERKOZUT DEN HEH..HEH..MESTILAH KENA MASUK INFONYA CEPATSIFU
ReplyDeleteWSALAM AMIIN MOGA USTAZ N FAMILI JUGA SHT SJHTRA..TAHUN DEPAN TERBITLAH ANTOLOGI REJANG BUKAN SG REJANG HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH DIK KK ALHAMDULILLAH MOGA BERMENFAAT
ReplyDeleteTKSH ANIES SEBUTANNYA RE JANG HEH.HEH..
ReplyDeleteTKSH WP SOKONGNNYA
ReplyDelete