KUATRIN
LORONG INI
Di lorong ini aku tersesat
tidak kutahu mana arahnya
peluh menitis kuseka kesat
langkah kuatur tega perihnya
Kutemu rakan kawan sejalan
berbeka riang
berkongsi rasa
kadang bergelak kadang terkilan
dihambur dengan kata
berbisa
Di lorong kecil ruangnya sempit
sesak bernafas sedut
udara
daya dijana meski berhimpit
hasrat sebenar mencipta citra
Karya tercantik digubah mampu
moga pesona dilirik pandang
seri cahaya lantera lampu
nikmati syukur apa dihidang
Di lorong ini berpencak silat
melakar ilham melukis benar
beri manfaat tidak meralat
fikiran jernih merawat nanar
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
10/04/019
semoga kita bejaya sampai ke destinasi di hujung lorong itu....
ReplyDeleteDi mana pun kita...selagi mahu dan mampu..teruskan..moga redha Allah sentiasa mendekat.
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa beroleh keredhaan Illahi.. aamiin.
ReplyDeleteralit membaca nukilan akak... indah betul
ReplyDeleteindah...
ReplyDeleteTKSH CIKGU AK MOGA KITA SAMPAI KE HUJUNG LORONG DGN SELAMATNYA
ReplyDeleteTKSH PC YA LALUI LORONG TAKDIR KITA DGN REDA
ReplyDeleteAAMIIN TKSH DIK KK MUDAH-MUDAHAN
ReplyDeleteTKSH DANA MENYUKAINYA ALHAMDULILLAH PUISI BIASA2 SAJA
ReplyDeleteTKSH MKL BIASA2 SAJA
ReplyDeleteKarya cantik dihidang
ReplyDeleteHati menelan dapat manfaat
Sejuk juga kenyang
Temukan banyak mau dibuat
TKSH ANISAYU KUATRIN YG CANTIK
ReplyDeletesalam kembali
ReplyDeleteseindah kata-katamu
selamat hari raya maaf zahir batin
kak...
saya sentiasa mengharapkan di hujung terowong ada cahaya
ReplyDeleteTKSH LYNN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
ReplyDeleteTKSH TUAN HANAFI CAHAYA BERSINAR TEROWONG DI UJUNG TEROWONG
ReplyDeleteKarya yang indah
ReplyDeleteTKSH WP MENYUKAINYA KARYA BIASA2 JA
ReplyDelete