Thursday, 27 June 2019

LORONG INI

ASSALAMUALAIKUM




KUATRIN LORONG INI

Di lorong ini aku tersesat
tidak kutahu mana arahnya
peluh menitis kuseka kesat
langkah kuatur tega perihnya

Kutemu rakan kawan sejalan
berbeka riang  berkongsi  rasa
kadang bergelak kadang terkilan
dihambur dengan kata  berbisa

Di lorong kecil ruangnya sempit
sesak bernafas sedut  udara
daya dijana meski berhimpit
hasrat sebenar mencipta citra    

Karya tercantik digubah mampu
moga pesona dilirik pandang
seri cahaya lantera lampu
nikmati syukur apa dihidang

Di lorong ini berpencak silat
melakar ilham melukis benar
beri manfaat tidak meralat
fikiran jernih merawat nanar   

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
10/04/019                 

18 comments:

  1. semoga kita bejaya sampai ke destinasi di hujung lorong itu....

    ReplyDelete
  2. Di mana pun kita...selagi mahu dan mampu..teruskan..moga redha Allah sentiasa mendekat.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua sentiasa beroleh keredhaan Illahi.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. ralit membaca nukilan akak... indah betul

    ReplyDelete
  5. TKSH CIKGU AK MOGA KITA SAMPAI KE HUJUNG LORONG DGN SELAMATNYA

    ReplyDelete
  6. TKSH PC YA LALUI LORONG TAKDIR KITA DGN REDA

    ReplyDelete
  7. AAMIIN TKSH DIK KK MUDAH-MUDAHAN

    ReplyDelete
  8. TKSH DANA MENYUKAINYA ALHAMDULILLAH PUISI BIASA2 SAJA

    ReplyDelete
  9. Karya cantik dihidang
    Hati menelan dapat manfaat
    Sejuk juga kenyang
    Temukan banyak mau dibuat

    ReplyDelete
  10. TKSH ANISAYU KUATRIN YG CANTIK

    ReplyDelete
  11. salam kembali
    seindah kata-katamu
    selamat hari raya maaf zahir batin
    kak...

    ReplyDelete
  12. saya sentiasa mengharapkan di hujung terowong ada cahaya

    ReplyDelete
  13. TKSH LYNN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  14. TKSH TUAN HANAFI CAHAYA BERSINAR TEROWONG DI UJUNG TEROWONG

    ReplyDelete
  15. TKSH WP MENYUKAINYA KARYA BIASA2 JA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”