PI TINGGAL DI SERENDAH SEJAK DISEMBER 017...TAPI MASIH TIDAK LAGI MELAWATI TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITARNYA.....SEMPENA AIDIL ADHA ANAK MENANTU DAN CUCU MEMBAWA PI RONDA-RONDA SERENDAH...SARIDA MENANTU PI MEMANG ORANG SINI...PI SAJA YANG TIDAK MENYANGKA DITAKDIRKAN JUGA UNTUK BERADA DI SINI...ENTAHLAH SAMPAI BILA.
Perigi Tujuh benteng Serendah
BINAAN yang berfungsi
sebagai empangan berusia lebih 100 tahun yang ditinggalkan oleh Inggeris di
Serendah.
SEBUAH kunci air berusia lebih 100 tahun mungkin antara
khazanah tertua tinggalan zaman pentadbiran Inggeris yang masih berdiri teguh
di Serendah.
Lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh, kawasan rekreasi
yang berlandskap bersih dan rapi itu boleh dikatakan antara lokasi wajib
singgah bagi yang melawat Serendah.
Bukan sekadar beristirehat, Perigi Tujuh sebenarnya berkait
rapat dengan asal-usul nama dan sejarah pekan yang terletak di daerah Hulu
Selangor itu.
Dan bagi mereka yang ingin menjejak permulaan sejarah pekan
Serendah, lokasi itu mungkin antara tempat terbaik untuk bermula.
Penghulu Mukim Serendah, Jamali Latif berkata, pintu air itu
dibina bagi mengurangkan risiko banjir yang kerap berlaku di kawasan penempatan
kerana bentuk muka bumi yang rendah dan dikelilingi bukit.
.
"Kawasan penempatan di Serendah ini seakan-akan lembah
yang dikelilingi oleh tanah tinggi. Di tengah-tengahnya pula ada sebatang
sungai iaitu Sungai Serendah.
"Sebelum ada Perigi Tujuh, kawasan kampung sering
dilanda banjir yang boleh berlaku dalam masa yang singkat.
"Oleh kerana tanah di sini banyak yang rendah maka orang
panggil Serendah,'' katanya.
Jamali berkata, sebelum pembinaan Perigi Tujuh,banjir kerap
berlaku di kawasan kampung sehingga menyukarkan aktiviti perlombongan lalu
pegawai Inggeris mengesyorkan pembinaannya.
Katanya, Perigi Tujuh dibina dengan tujuh saliran air bawah
tanah yang berakhir dengan kolam takungan sebelum limpahannya mengalir keluar
ke sungai.
Sebelum dinamakan Perigi Tujuh, binaan itu terlebih dahulu
dikenali sebagai Pintu Tujuh.
Panggilan itu katanya berubah selepas laluan utama air ke
bawah tanah pecah akibat dilanggar kapal korek sehingga menyebabkan Serendah
dilanda banjir besar suatu ketika dahulu.
Ekoran kerosakan pada saluran air utama, aliran sungai
kemudian disalur menerusi tujuh laluan yang berbentuk seperti perigi. Sejak
itu, Pintu Tujuh lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh.
Selain fakta sejarahnya, mitos mengatakan kawasan itu menjadi
tempat bersiram puteri-puteri dari kayangan.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran dan
berbaloi untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah atau Templer Kai yang
terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato' Harun.
Dari Perigi Tujuh, perjalanan menuju ke taman rekreasi
Templer Kai yang dilengkapi dengan kemudahan seperti tapak perkhemahan, taman
permainan dan tandas awam itu akan melalui sebuah perkampungan Orang Asli.
Kongsi Konten di :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140802/lk_05/Perigi-Tujuh-benteng-Serendah#ixzz5OxcAFKCr
waalaikummusalam
ReplyDeletesalam aidiladha
dulu praktikal kat sna.. tak tahu gak tempat ni.
ReplyDeletetahu kat blakang smk serendah tu ada air terjun je =D
ada kwsn perlombongan di Serendah zmn british dulu...tmn templer femes jg..tapi tk pernah pergi..
ReplyDeleteTKSH LYNN SALAM AIDIL ADHA
ReplyDeleteTKSH SITI...YEKE...JAUH JUGA KOT DARI SEKOLAH KE AIR TERJUN TU...KWSN SERENDAH NI MMG TANHNYA RENDAH TAPI HIJAU DGN POHON2...PERSEKITARAN ALAM BERSIH TERJAGA
ReplyDeleteTKSH NOHAS...YA BNYK BKS LOMBONG DI SINI TEMPT MRK YG RJN MNCING...KAK PRNH JUGA GGI TAMAN TEMPLER LAMA DULU..DH PULUH TAHUN KOT HEH..HEH..
ReplyDeletehulu selangor memang ada byk tempat2 yg menarik spt air terjun..
ReplyDeleteTKSH CIKGU AK..YAA KWSN SINI ALAM SEKITARNYA MNARIK N CNTIK
ReplyDeleteterbaik tempat ni :)
ReplyDeleteMenarik tempat ni.. saya belum sampai ke sini lagi. Mmg suka tempat2 bersejarah spt ini.
ReplyDelete