Thursday, 23 August 2018

PERIGI TUJUH SERENDAH..

ASSALAMUALAIKUM...

PI TINGGAL DI SERENDAH SEJAK DISEMBER 017...TAPI MASIH TIDAK LAGI MELAWATI TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITARNYA.....SEMPENA AIDIL ADHA ANAK MENANTU DAN CUCU MEMBAWA PI RONDA-RONDA SERENDAH...SARIDA MENANTU PI MEMANG ORANG SINI...PI SAJA YANG TIDAK MENYANGKA DITAKDIRKAN JUGA UNTUK BERADA DI SINI...ENTAHLAH SAMPAI BILA.





Perigi Tujuh benteng Serendah
BINAAN yang berfungsi sebagai empangan berusia lebih 100 tahun yang ditinggalkan oleh Inggeris di Serendah.
SEBUAH kunci air berusia lebih 100 tahun mungkin antara khazanah tertua tinggalan zaman pentadbiran Inggeris yang masih berdiri teguh di Serendah.
Lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh, kawasan rekreasi yang berlandskap bersih dan rapi itu boleh dikatakan antara lokasi wajib singgah bagi yang melawat Serendah.


Bukan sekadar beristirehat, Perigi Tujuh sebenarnya berkait rapat dengan asal-usul nama dan sejarah pekan yang terletak di daerah Hulu Selangor itu.
Dan bagi mereka yang ingin menjejak permulaan sejarah pekan Serendah, lokasi itu mungkin antara tempat terbaik untuk bermula.
Penghulu Mukim Serendah, Jamali Latif berkata, pintu air itu dibina bagi mengurangkan risiko banjir yang kerap berlaku di kawasan penempatan kerana bentuk muka bumi yang rendah dan dikelilingi bukit.
.
"Kawasan penempatan di Serendah ini seakan-akan lembah yang dikelilingi oleh tanah tinggi. Di tengah-tengahnya pula ada sebatang sungai iaitu Sungai Serendah.
"Sebelum ada Perigi Tujuh, kawasan kampung sering dilanda banjir yang boleh berlaku dalam masa yang singkat.
"Oleh kerana tanah di sini banyak yang rendah maka orang panggil Serendah,'' katanya.
Jamali berkata, sebelum pembinaan Perigi Tujuh,banjir kerap berlaku di kawasan kampung sehingga menyukarkan aktiviti perlombongan lalu pegawai Inggeris mengesyorkan pembinaannya.
Katanya, Perigi Tujuh dibina dengan tujuh saliran air bawah tanah yang berakhir dengan kolam takungan sebelum limpahannya mengalir keluar ke sungai.
Sebelum dinamakan Perigi Tujuh, binaan itu terlebih dahulu dikenali sebagai Pintu Tujuh.
Panggilan itu katanya berubah selepas laluan utama air ke bawah tanah pecah akibat dilanggar kapal korek sehingga menyebabkan Serendah dilanda banjir besar suatu ketika dahulu.
Ekoran kerosakan pada saluran air utama, aliran sungai kemudian disalur menerusi tujuh laluan yang berbentuk seperti perigi. Sejak itu, Pintu Tujuh lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh.
Selain fakta sejarahnya, mitos mengatakan kawasan itu menjadi tempat bersiram puteri-puteri dari kayangan.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran dan berbaloi untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah atau Templer Kai yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato' Harun.
Dari Perigi Tujuh, perjalanan menuju ke taman rekreasi Templer Kai yang dilengkapi dengan kemudahan seperti tapak perkhemahan, taman permainan dan tandas awam itu akan melalui sebuah perkampungan Orang Asli.
Kongsi Konten di :


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140802/lk_05/Perigi-Tujuh-benteng-Serendah#ixzz5OxcAFKCr

10 comments:

  1. dulu praktikal kat sna.. tak tahu gak tempat ni.
    tahu kat blakang smk serendah tu ada air terjun je =D

    ReplyDelete
  2. ada kwsn perlombongan di Serendah zmn british dulu...tmn templer femes jg..tapi tk pernah pergi..

    ReplyDelete
  3. TKSH SITI...YEKE...JAUH JUGA KOT DARI SEKOLAH KE AIR TERJUN TU...KWSN SERENDAH NI MMG TANHNYA RENDAH TAPI HIJAU DGN POHON2...PERSEKITARAN ALAM BERSIH TERJAGA

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS...YA BNYK BKS LOMBONG DI SINI TEMPT MRK YG RJN MNCING...KAK PRNH JUGA GGI TAMAN TEMPLER LAMA DULU..DH PULUH TAHUN KOT HEH..HEH..

    ReplyDelete
  5. hulu selangor memang ada byk tempat2 yg menarik spt air terjun..

    ReplyDelete
  6. TKSH CIKGU AK..YAA KWSN SINI ALAM SEKITARNYA MNARIK N CNTIK

    ReplyDelete
  7. Menarik tempat ni.. saya belum sampai ke sini lagi. Mmg suka tempat2 bersejarah spt ini.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”