SALAM JUMAAT MULIA.
PESANAN BUAT KAWAN
Sedikit pesanan buat kawanku
yang kini sudah diusia senja
sudahlah jauh masa berlalu
pastilah malam akan menjelma.
yang kini sudah diusia senja
sudahlah jauh masa berlalu
pastilah malam akan menjelma.
Ibarat kita belayar rakit
kita dah hampir nak ke pengkalan
masa yang tinggal hanya sedikit
sebaik mungkin kita gunakan.
kita dah hampir nak ke pengkalan
masa yang tinggal hanya sedikit
sebaik mungkin kita gunakan.
Usah difikir akan duniawi
tersilau akan wang dan ringgit
bekalan pulang teruslah cari
semasa sihat sebelum sakit.
tersilau akan wang dan ringgit
bekalan pulang teruslah cari
semasa sihat sebelum sakit.
Masa yang ada jangan dibuang
tambahkan amal waktu yang ada
siapkan bekal nak bawa pulang
untuk bertemu Allah Yang Esa.
tambahkan amal waktu yang ada
siapkan bekal nak bawa pulang
untuk bertemu Allah Yang Esa.
Diwaktu diri kudratnya kuat
pergilah mana kita nak pergi
berjumpa ikhwan bertemu sahabat
masanya singkat sudahlah pasti.
pergilah mana kita nak pergi
berjumpa ikhwan bertemu sahabat
masanya singkat sudahlah pasti.
Kalau selera rasa nak makan
makanlah apa yang dihajati
kok nikmat selera diambil Tuhan
segalanya sudah tiada bererti.
makanlah apa yang dihajati
kok nikmat selera diambil Tuhan
segalanya sudah tiada bererti.
Janganlah kita rasa kecewa
mengenang akan nasib yang malang
semuanya takdir Yang Maha Kuasa
iman dan taqwa janganlah hilang.
mengenang akan nasib yang malang
semuanya takdir Yang Maha Kuasa
iman dan taqwa janganlah hilang.
Dekatnya waktu makin terasa
sesingkat senja di siang hari
apabila tiba akannya masa
tinggallah dunia yang fana ini.
sesingkat senja di siang hari
apabila tiba akannya masa
tinggallah dunia yang fana ini.
Riwayat hidup begitulah rupa
sampai saatnya akan terhenti
semuanya itu sudah tertinta
semenjak dari azali lagi.
sampai saatnya akan terhenti
semuanya itu sudah tertinta
semenjak dari azali lagi.
sampai masa semua akan kembali =(
ReplyDeleteIn Sha Allah.
ReplyDeleteTerima kasih ingat-mengingati
akan tiba masa dan ketika
ReplyDeleteriwayat usia sampai ke penghujung...
moga jadi peringatan
Kullunafsin zaa iqotul-maut
ReplyDeletesetiap yg hidup akan mati
sebelum nyawa izrael regut
bekalan dicari usah kata nanti
hidup biar dalam keredhaan
berdiri teguh bersandarkan iman
walau hidup penuh ujian
terus memohon kepada Tuhan
Salam Jumaat, Kak PI...syukran diatas peringatan..
ReplyDeletemati tidak mengenal usia, berusaha mengumpul bekalan akhirat..
sehari bertambah usia semakin singkat ...terimakasih PI ,peringatan yang cukup bermakna.
ReplyDeletepesanan yang cukup bermakna tu kak PI
ReplyDeleteAllahuakbar.
ReplyDeletenice share..
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan ini kak Paridah. Banyak perkara yang kita manfaatkan selagi hayat itu masih ada.
ReplyDeleteHidup ini indah kak PI...janganlah kita sia2 kan
ReplyDeleteSemoga diberkati, amin..
Hidup ini indah kak PI...janganlah kita sia2 kan
ReplyDeleteSemoga diberkati, amin..
singgah sementara di sini...tksh at tarmizi.
ReplyDeleteterima kasih dengan sajak ini kak..sungguh menyentuh jiwa yang membacanya
ReplyDelete