ASSALAMUALAIKUM...
SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU...
Afezal Maqrizi KISAH PENIAGAAN MONYET
Diceritakan terdapat banyak monyet liar berdekatan sebuah kampung.
Suatu hari datang seorang peniaga ingin membeli monyet2 berkenaan. Dia memaklumkan kepada orang kampung akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM100 seekor. Orang kampung fikir peniaga ini pasti gila kerana bagaimana sanggup dia membeli RM100 seekor?
Tapi nak dijadikan cerita, ada yang pergi tangkap dan peniaga ini membayar RM100 seekor.
Berita ini menjadi viral dalam sekelip mata. Dan masing2 pergi memburu monyet dan menjualnya kepada peniaga tersebut. Sehingga pada suatu hari peniaga tersebut membuat pengumuman akan membeli setiap ekor monyet dengan harga RM200 seekor.
Penduduk menjadi tak senang duduk. Ke sana ke mari memburu saki baki monyet yang ada. Dan mereka berjaya menjualnya pada peniaga tersebut dengan harga RM200 seekor.
Kemudian peniaga tersebut membuat satu lagi pengumuman yang mengejutkan. Kali ini dia sanggup membeli RM500 seekor. Penduduk dah naik sasau sampai tak tidur memburu monyet2 yang masih ada. Hanya terdapat lebihkurang enam atau tujuh ekor sahaja yang berjaya ditangkap dan semuanya berjaya dijual kepada peniaga tersebut.
Orang kampung menunggu dengan penuh harapan apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh peniaga tersebut selepas ini. Kemudian peniaga ini membuat satu pengumuman...
Dia akan pulang ke kampungnya selama seminggu dan bila balik nanti dia akan membeli monyet2 yang berjaya ditangkap dengan harga RM1000 seekor. Terkejut beruk orang kampung!
Dia menyuruh pekerjanya menjaga monyet2 yang telah ditangkap di dalam kurungan. Hanya dia seorang sahaja yang menjaga kesemua monyet2 di dalam kurungan itu.
Peniaga tadi pun pulanglah ke kampung halamannya...
Penduduk kampung sangat kecewa kerana tiada lagi monyet2 yang boleh ditangkap untuk dijual dengan harga RM1000 seekor. Sehinggalah pada satu hari pekerja tadi memberitahu orang kampung bahawa dia sanggup menjual secara rahsia monyet2 dalam kurungan dengan harga RM700 seekor. Orang kampung akan dapat untung RM300 atas seekor monyet yang terjual. Berita ini viral sepantas kilat.
Keesokkan pagi penduduk kampung dah siap beratur. Rupa2nya ada dah yang siap bawak khemah tidur kat depan kandang sejak semalam. Panjangnya melangkaui 3 deretan kedai (kalau di bandar).
Pekerja tersebut berjaya menjual kesemua monyet2 yang ada di kandang tersebut dengan harga RM700 seekor. Apa tidaknya, orang kaya membeli dalam pukal, orang miskin pula ada yang membuat pinjaman dari AhLong untuk membeli monyet2 tersebut.
Orang kampung membawa balik monyet2 yang dibeli tadi dan menunggu peniaga balik dari kampungnya.
Tetapi tiada siapa balik...
Mereka pun bergegas mencari pekerja yang menjual monyet2 tadi.
Rupa2nya dia juga sudah lesap...
Kemudian orang kampung tersedar bahawa mereka telah membeli monyet2 liar yang tidak berguna dengan harga RM700 seekor dan tidak mampu menjualnya kepada sesiapa pun.
Inilah realiti perniagaan yang kita kenali sebagai STOCK MARKET!
Perniagaan ini membuatkan ramai orang muflis manakala sebahagian kecilnya sahaja yang kaya raya dalam 'bisnes monyet' (monkey business) ini.
Semoga sama2 kita mengambil teladan dalam cerita ini...
Tiada yang mudah dalam perniagaan. Tidak ada jalan pintas. Perlu ada kesabaran, kecekalan, usaha dan selebihnya bertawakal kepada Tuhan, Maha Pemberi Rezeki. Jangan bergantung kepada manusia.
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
3 hours ago
Betul kak...tiada jalan pintas...terima kasih kak PI perkongsian ini...
ReplyDeleteya yg untung hanya penganjurnya...hati2 dgn semua ni....tksh pc
ReplyDeletesenarai pemenang dah keluar tau.. mari kita tengok siapa yang kenaaaa =)
ReplyDeletehttp://sitiyangmenaip.blogspot.my/2016/07/pemenang-pemenang-daehan-minguk.html
Kan memang teruk manusia zaman sekarang ni. sanggup guna cara keji untuk kaya. tak fikir ke dia kekayaan sementara yg dia dpt atas penderitaan org lain tu akhirnya akan memakan diri? Dia lupa ke yang Allah itu ada? huhu. memang layak la dipanggil perniagaan monyet. huhu
ReplyDeletesikap tamak haloba manusia..akhirnya diri sendiri yg ternganga..melopong..
ReplyDeleteorang sanggup lakukan apa saja zaman skrg ni P
ReplyDeletethanks perkongsian nya
Kisah yang penuh moral dan ada kaitan dengan dunia hari ini...
ReplyDeleteCerita yang menjadi pengajaran buat kita semua.
ReplyDeletetak terfikir pun... hmm.. genius.. hahaha
ReplyDeletepenceritaan yang santai penuh dengan teguran berisi..terima kasih atas perkongsian..salam singgah..
ReplyDeleteNAK MENGENAKAN ORG MMG PERLU BERFIKIR MELEPASI JANGKAUAN YG LAIN PHA IS HEH..HEH..TQ
ReplyDeleteskrang kat media heboh pasal skim capat kaya ni kan.. sy tak tahu sgt. nasib baik tak terjebak
ReplyDeleteitulah Dp kdg dlm kita berhatihati sgt pun boleh terkena juga...tq
ReplyDelete