Friday, 29 July 2016

BUAT KAWAN-KAWANKU...

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA.

PESANAN BUAT KAWAN

Sedikit pesanan buat kawanku
yang kini sudah diusia senja
sudahlah jauh masa berlalu
pastilah malam akan menjelma.
Ibarat kita belayar rakit
kita dah hampir nak ke pengkalan
masa yang tinggal hanya sedikit
sebaik mungkin kita gunakan.
Usah difikir akan duniawi
tersilau akan wang dan ringgit
bekalan pulang teruslah cari
semasa sihat sebelum sakit.
Masa yang ada jangan dibuang
tambahkan amal waktu yang ada
siapkan bekal nak bawa pulang
untuk bertemu Allah Yang Esa.
Diwaktu diri kudratnya kuat
pergilah mana kita nak pergi
berjumpa ikhwan bertemu sahabat
masanya singkat sudahlah pasti.
Kalau selera rasa nak makan
makanlah apa yang dihajati
kok nikmat selera diambil Tuhan
segalanya sudah tiada bererti.
Janganlah kita rasa kecewa
mengenang akan nasib yang malang
semuanya takdir Yang Maha Kuasa
iman dan taqwa janganlah hilang.
Dekatnya waktu makin terasa
sesingkat senja di siang hari
apabila tiba akannya masa
tinggallah dunia yang fana ini.
Riwayat hidup begitulah rupa
sampai saatnya akan terhenti
semuanya itu sudah tertinta
semenjak dari azali lagi.

14 comments:

  1. sampai masa semua akan kembali =(

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah.
    Terima kasih ingat-mengingati

    ReplyDelete
  3. akan tiba masa dan ketika
    riwayat usia sampai ke penghujung...
    moga jadi peringatan

    ReplyDelete
  4. Kullunafsin zaa iqotul-maut
    setiap yg hidup akan mati
    sebelum nyawa izrael regut
    bekalan dicari usah kata nanti

    hidup biar dalam keredhaan
    berdiri teguh bersandarkan iman
    walau hidup penuh ujian
    terus memohon kepada Tuhan

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat, Kak PI...syukran diatas peringatan..
    mati tidak mengenal usia, berusaha mengumpul bekalan akhirat..

    ReplyDelete
  6. sehari bertambah usia semakin singkat ...terimakasih PI ,peringatan yang cukup bermakna.

    ReplyDelete
  7. pesanan yang cukup bermakna tu kak PI

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas ingatan ini kak Paridah. Banyak perkara yang kita manfaatkan selagi hayat itu masih ada.

    ReplyDelete
  9. Hidup ini indah kak PI...janganlah kita sia2 kan
    Semoga diberkati, amin..

    ReplyDelete
  10. Hidup ini indah kak PI...janganlah kita sia2 kan
    Semoga diberkati, amin..

    ReplyDelete
  11. singgah sementara di sini...tksh at tarmizi.

    ReplyDelete
  12. terima kasih dengan sajak ini kak..sungguh menyentuh jiwa yang membacanya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”