Saturday, 28 May 2016

ACAR IKAN TALANG...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH TIDAK BERAPA HARI RAMADAN AKAN TIBA DAN INSYA-ALLAH KITA SEMUA AKAN BERPELUANG MERAIKANNYA DENGAN BERIBADAH SEBANYAK MUNGKIN MERAIH GANJARAN PAHALA JANJI-NYA DAN MOHON KEAMPUNAN KE ATAS YANG TERLANJUR DILAKUKAN SAMADA DIKETAHUI ATAU TIDAK...

SEHARIAN BERPUASA KADANG HILANG SELERA JUGA... HIDANGAN YANG BANYAK TERSAJI DI DEPAN MATA BAGAI TAK MAMPU NAK DITELAN.

OLEH ITU PERLULAH BERSEDIA DENGAN MAKANAN SEDERHANA YANG ADA RASA MASAM DAN MASINNYA SEUMPAMA ACAR UNTUK MEMBUKA SELERA....BANYAK JENIS ACAR YANG BOLEH DISEDIAKAN LEBIH AWAL KERANA TAHAN LAMA TARIKH LUPUTNYA SEPERTI ACAR LIMAU, ACAR BUAH, ACAR IKAN KERING DLL.

ACAR IKAN TALANG ...

1cawan ikan talang masin yang sudah didadu- digoreng garing
1/2 kg buah jeruk campur
1 1/2 cawan gula pasir
1sudu garam halus
1/4 cawan bijan - digoreng tanpa minyak 

Bahan Blend:
30 biji cili kering-buang tangkai & basuh
-Terus goreng dalam minyak panas...biar sebiji-sebiji ...sekejap sahaja sehingga wangi
- Cili yang dah goreng di blend bersama 1/2 cawan air

Bahan Rebus: 
20 biji bawang kecik - biar sebiji-sebiji
20 bawang putih        - biar sebiji-sebiji
2 ketul halia              -racik seperti batang mancis
1 1/2 cawan cuka

Bahan Tumis :
1 cawan minyak
2 sudu teh halba campur (macam tumis kari tu)
1 sudu kas-kas ( jika ada)



1. Sangai....bijan digoreng tanpa minyak hingga nampak kuning.Sejukkan 


2. Ikan talang masin dibasuh & goreng garing



 3. Bahan Rebus..Masukkan bawang kecik..bawang putih ..halia & cuka dalam periuk & masak
     sehingga mendidih.tutup api & biarkan sejuk
   
    *** Proses ini penting untuk menjadikan bahan-bahan ini tidak akan empuk & akan kekal rangup



4. Panaskan 1 cawan minyak & tumis bahan tumis



5. Masukkan cili kering yang telah digoreng wangi & diblend halus..



6. Mesti masak hingga garing & naik minyak supaya semua airnya kering
    ** Acar yang tiada kandungan air akan berkilat...lebih menarik & lebih tahan lama





7. Masukkan bahan yang dah direbus bersama cukanya sekali..
    *** Ketika ini bau acar mula  menyerlah..





8. Masukkan ikan masin goreng & semua buah jeruk campur....Masukkan juga garam & gula
   ** gula digunakan agak banyak untuk seimbangkan rasa masam dari cuka & juga sebagai pengawet



 9. Taburkan bijan yang sudah digoreng tanpa minyak & gaul rata



10. Masak hingga semua bahan sebati dan mendidih selama beberapa minit .
      Biar hingga sejuk barulah dimasukkan ke dalam botol atau bekas untuk disimpan




*** Acar akan lebih sedap selepas beberapa hari disimpan selepas dimasak kerana semua bahan akan sebati.Jika perlu..panaskan semula selepas beberapa hari & biarkan  betul-betul sejuk baru dimasukkan dalam bekas bertutup.. 

Resepi https://namakucell.blogspot.my

8 comments:

  1. Kalau dulu setiap kali ada majlis perkahwinan mesti ada acar ni kak PI..terutama di kampung...tapi sekarang agak susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  2. YELAH PC MMG SELALU ADA ACAR GINI KAT KENDURI KAWIN KAN...TQ

    ReplyDelete
  3. memang sedap sngt acar ikan talang ni P
    waktu sahur yg best makan ni

    ReplyDelete
  4. saya biasa makan acar bauh ja yg mcm ni..takde ikan masin punya..

    ReplyDelete
  5. mcm sedap je PI . rasanya ada lagi ikan talang dalam peti sejuk tu ... terliur pulak .

    ReplyDelete
  6. Wahh sedap ni... klu buat hidangan berbuka atau sahur pun mmg sgt2 menyelerakan... bestnya... :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist