NOSTALGIA PAK ENGKU...
Hari Sabtu lepas aku balik ke kampung aku, Kg. Pantai. Ada jemputan kenduri nikah kahwin dari En Rahman, kek Kg Mayor. Baru pertama kali aku sampai ke rumahnya itu. Rumah batu dia, di bina atas tapak sawah. Lalu aku teringat, cerita aku masa masih remaja kecil dahulu, di mana di sungai yang mengalir di hadapan rumahnya itu, di situlah aku dan adik aku Acun sering memancing ikan. Biasanya aku dan adik banyak dapat ikan bila memancing di situ. Yang biasa kami dapat adalah ikan seluang, ikan putih dan ikan sembilang sawah. Ada ketikanya sampai dua cucuk panjang ikan yang kami dapat.
Di sebelah tapak sawah yang dia buat rumah tu adalah sawah yang arwah aku dan aku kerjakan pada masa aku masih remaja kecil. Masih terpandang-pandang aku akan pondok@pundung tempat kami berteduh menghilang penat selepas mengerjakansawah dan waktu menghalau burung masa padi berbuah dan mula menguning. Aku teringat di sawah itu aku selalu memancing ikan puyu atau ikan haruan. Umpan yang diguna untuk memancing ikan puyu adalah cacing dan untuk mengail ikan haruan, anak katak. Kita orang kampung namakan memancing haruan dengan umpan anak katak itu, memancing otek-otek!
Aku juga teringat di sawah itu aku dan ayah aku memasang perangkap untuk menangkap burung wak-wak, burung puyuh dan burung yam-yam. Banyak kali juga burung-burung tu masuk dalam perangkap tu. Maka hari itu kami sekeluarga akan dapat lauk burung goreng cili api. Emmm memang sedap!!!
Aku juga teringat waktu musim menuai padi. Kami menuai padi dengan menggunakan alat tuai yang dibuat sendiri oleh arwah ayah aku. Mata alat tuaian itu adalah dari mata pisau cukur yang di patahkan dua. Arwah ayah, arwah emak dan aku yang sering melakuka kerja-kerja menuai itu. Apabila padi tuai sudah segemal, kami letakkan di atas batas sawah. Apabila tiba waktu nak balik, padi-padi itu dimasukkan ke dalam guni untuk dipikul dan dibawa pulang ke rumah. Sampai di rumah nanti sudah menjadi sebahagian dari tugas aku untuk mengirik padi pula. Untuk meleraikan buah padi dari tangkainya! Aku ingat lagi, apabila aku dah letih menuai, aku akan ambil batang padi dan buat serunai dari batang padi tu. Masa nak buat serunai tu ada pantunnya. Sewaktu menjolok batang padi tu dengan tangkai padi pada bahagian hadapan serunai tu, pantun ini dinyanyikan. Aku masih ingat lagi akan pantun tu yang berbunyi macam ni:-
"Jolok-jolok emping, terjolok padi muda;
Terjolok buntut kambing, keluar anak kuda."
Adakah pantun ini berbunyi lucah? Entah, aku pun tak tahu pada masa tu. Tak tergambar pun!
Waktu musim padi masak ini juga, di hujung daun pelepah pokok rembia akan tergantung berpuluh-puluh atau beratus-ratus sarang tempua. Sarang burung tempua jantan dan sarang yang betina. Sarang burung tempua jantan dan betina, tidak sama. Aku selalu cuba nak ambil sarang ini tapi tak dapat sebab ia terlalu tinggi di pokok rembia tu. Memang dah resminya burung tempua bersarang tinggi, Tidak ada yang bersarang rendah. Itulah agaknya ada peribahasa Melayu yang menyebut:-
"Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah!" Betul juga kan?
Bila dah habis musim menuai, aku dan adik aku Acun sering juga lagi pergi ke sawah tu kerana memancing ikan dan sambil-sambil tu, mencari ikan laga atau ada orang sebut ikan pelaga! Cara nak cari ikan pelaga ni adalah di bekas-bekas tapak kaki kerbau yang ditakungi air. Kalau di atas air tu ada buih-buih halus pasti akan ada ikan laga di dalamnya. Ikan-ikan laga ini, aku dan adik aku bawa balik dan bela di dalam botol kaca yang jernih.
Inilah secebis kenangan indah aku bersama adik aku Acun sewaktu kami masih remaja kecil. Umur aku masa tu dalam 12 tahun dan adik aku 10 tahun. Kini semua itu tinggal kenangan. Kat kampung aku dah tak ada lagi sawah padi lagi, tak ada lagi empang batu untuk mengempang nak menaikkan air sungai masuk ke dalam bendar mengiri sawah-sawah di kampung aku masa itu. Aku masih ingat lagi orang yang menjaga empang batu dan tali air sawah tu yang namanya Jalud. Nama gelaran dia kat kampung adalah 'Cincang'. Janganlah tanya aku kenapa dipanggil Cincang sebab aku pun tak tahu. mungkin agaknya sewaktu membersihkantali air tu, dia mencincang atau menebas rumput-rumput di tepi tali air tu. Wallahhualam!!! Sarang burung tempua dah berpuluh tahun aku tak nampak lagi kat kampung aku tu. Kalau nak cari ikan laga tak usah haraplah ada lagi. Beli je lah kat kedai-kedai yang menjual ikan-ikan perhiasan tu kat pekan!
Anak-anak aku sekarang tidak dapat lagi melalui zaman-zaman aku itu. Mereka mungkin tak kenal pokok padi, bagaimana rupa setangkai buah padi, tak tahu apa dia serunai batang padi dan cara membuatnya. Proses penanaman padi pun mereka tak tahu agaknya dan kalau tahu pun melalui cerita di dalam buku! Dan mungkin mereka juga tak tahu nak buat perangkap untuk menangkap burung macam yang aku ceritakan tadi.
Aku dan adik beradik aku, lahir di kampung, dibesarkan di kampung, awal persekolahan, sekolah kampung. Kami adalah orang-orang kampung yang hidup miskin. Keluarga kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Namun ianya tetap suatu pengalaman yang amat indah untuk dikenangkan!
Sekian. Tamattul al Kalam. Assalammualaikum.
SEMUA PIC GOOGLE N TIMELINE UNTUK HIASAN...
MyBloglist
-
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
3 hours ago
-
Gang Nasi Sejuk Sarapan Apa Minggu Ini?
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Gang Nasi Sejuk kadang-kadang tidak dapat makan serentak. Ada yang
tiba-tiba ada tugas, dan ada yang dapat terus ke kantin. Ada ...
9 hours ago
-
Osaka → Kansai Airport, Jepun: sayōnara Nihon!
-
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari *SINI*.
akhirnya.... akhirnyaaaaa! tamatlah sudah cerita jalan-jalan ke Jepun😂
punyalah lamaaaa nak hab...
20 hours ago
-
RESEPI KEK PISANG MUDAH
-
Assalamualaikum semua,
Ini resepi pasti jadi, sukatan cawan untuk kek pisang. Aku suka kek pisang
gini yang simple je.Dua hari berturut buat dan habis. ...
21 hours ago
-
Tukar Cara Berdoa
-
INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, *The Power of Doa* ini, boleh
mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
[image: 🍀]FORMULA 1
...
1 day ago
-
77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda
-
Lama sungguh saya tidak kemas kini blog ini meskipun aktiviti pembacaan
buku saya belum lagi terhenti. Saya masih membaca buku tetapi dengan rentak
yang ...
1 day ago
-
Program PKNS Pilih Karnival Selangor Cyber Valley pada 23 Dan 24 November
2024
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog
www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) m...
1 day ago
-
Beli rumah lebih jimat dengan kempen Hartanah Bumiputera Matrix
-
Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai
pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix
Concepts, ...
2 days ago
-
Wordless Wednesday - Gojes
-
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
*Wordless Wednesday - Gojes.* Rasa macam dah lama tak buat post Wordless
Wednesday....
2 days ago
-
WW #40 : TH Hotel, Kelana Jaya
-
Kenangan lama...tempat pelepasan jemaah haji..dulu2.. perjumpaan
wakil-wakil NGO
2 days ago
-
JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA
-
* JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SENYAP. ENTAH PERGI KE MANA. Katanya
nak c...
4 days ago
-
Pekena Bihun Sup Daging pula dari Restoran Sri de Orkid, Perlis
-
Salam semua! 🙋🏻♀️✨
Sebelum ni, cheq dah pernah merasa *bihun sup ayam* dari restoran Sri de
Orkid yang agak glamer kat Arau ni, kali ni cheq terpanggi...
4 days ago
-
WWW - Kata sohor terkini
-
Assalamualaikum,
Masa budget hari tu banyak bahasa dan ayat yang baru aku dengar tapi yang
banyak ialah ketimbang. Asyik-asyik ketimbang apa le maknan...
1 week ago
-
Buat Jalan Kebun
-
Salam bertani
Masa musim panas baru-baru ni, wak ada upah orang buat jalan di dusun WP.
Alhamdulillah dah siap jalan baharu tu. Mudahlah wak meronda dus...
1 week ago
-
Pameran Seni Visual & Robotik Anjuran Panitia PSV Sesi 2024
-
• *بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •*
*Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.*
Bertemu kembali diarena penulisan blog ini. Maaf ...
2 weeks ago
-
PROJECT;EXIT [ Drama Review]
-
*PROJECT;EXIT*
SENARAI PELAKON
Shasha Abedul sebagai Jannah
Mierul Aiman sebagai Hadi
Naim Daniel sebagai Ucop
Kimberly Chuah sebagai Amy
Malia Baby seba...
2 weeks ago
-
November 03 2024
-
Arab Saudi
Siti Nurhaliza
10 juta
Jimat Minyak
Kuali
2 weeks ago
-
Antara Sifat 20 dan Tauhid 3
-
Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah
hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.
Dan ora...
3 weeks ago
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H.
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema*
'blackpink'. *Sebenarnya tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing
sibu...
5 weeks ago
-
Genereasi Z, Adakah Anak-anak Kita? Fahami Isunya!
-
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمGenerasi Z, yang merujuk kepada
individu yang dilahirkan antara pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an,
kini menjad...
5 weeks ago
-
PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN AL'ARD SEKALIGUS MEMBANTU PETANI PALESTIN
-
Hye korang. Assalamualaikum.
Lama tak update, busy dengan urusan keluarga sementalah kami diuji dengan
ujian yang sangat besar. Nanti-nantilah aku ceri...
1 month ago
-
Selamat Bertunang...
-
Kerana lama sungguh tidak menulis dan mencatat dalam blog ini, rasanya agak
payah untuk memulakannya kembali.
Tapi kali ini mak gagahi juga untuk menulis...
1 month ago
-
BAKSO JAWA MALAYSIA
-
Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes
kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
...
2 months ago
-
Alternatif Mendekatkan Jodoh , Semoga Allah permudahkan Jodohmu
-
ehsan google
Assalamualaikum,
Setiap orang pasti mempunyai cita-cita dan harapan untuk membina kehidupan
yang bahagia terutama kepada mereka yang kian...
3 months ago
-
Koleksi Testimoni ResV Shaklee
-
Assalamualaikum wbt,
ResV adalah produk terunggul shaklee yang mengandungi ekstrak semulajadi
dari anggur muscadine, knotweed Jepun, pati anggur, delima, c...
4 months ago
-
Harap ada rezeki kali ni
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah
tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat peluang yang
ke-...
6 months ago
-
Google Adsense: Penambahan Hasil Dalam Kejatuhan Ringgit
-
Assalamualaikum. Google Adsense sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai
salah satu platform menjana pendapatan bagi pemain dan penggiat digital.
Platf...
7 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M
-
Assalamualaikum semua😍❤️
Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin
menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...
7 months ago
-
Pintu Kayu Durian
-
Assalamualikum
Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita
Tidak seperti di Indonesia
Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...
7 months ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023
-
*Assalamualaikum & Salam Sejahtera...*
Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update
Cerita...
Di Bawah Adalah Gambar Lama......
7 months ago
-
Ramadan ke 11 baru muncul entry ini
-
Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum
nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis
busy...
8 months ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan
-
*Soalan:*
Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan
sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan.
*Jawapan: *
Hukum bagi wani...
8 months ago
-
-
Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya
-
Adakah anda sedang mencari kedai komputer yang terbaik di Petaling Jaya?
Sebaiknya anda mencari *kedai komputer* yang boleh dipercayai untuk *membaiki
k...
11 months ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu
-
Assalammm....
Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini,
rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...
1 year ago
-
Salam Dari Tanah Suci
-
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja
disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini.
K...
1 year ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung
-
Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan
hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43
per...
1 year ago
-
NEW BLOG I AM
-
Assalamualaikum semua.
Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini.
Terpaksa dipasungkan. Huhu.
*Due to the technical issue, please vi...
1 year ago
-
PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON
-
Assalamualaikum and Hi!
Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa
Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis ten...
1 year ago
-
Perubahan dunia blogging?
-
Salam.
Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni;
blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari
lalu. ...
1 year ago
-
Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak?
-
Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖
View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air
Asia ingat JM okey hehe
Ya Allah!...
1 year ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK
-
SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA
Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh
tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...
3 years ago
-
Kisah Vaksin Saya
-
Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja
ataupun tak. Hehe
Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...
3 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H.
-
Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd
teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung.
Apapun terima...
3 years ago
-
Tips Sihat
-
Assalammualaikum
Selamat Berpuasa Semua
TIPS SIHAT
Ingat selalu,
Low Carb No Sugar.
Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni..
Semoga di b...
3 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE
-
*VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan
ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon
dalam drama ...
3 years ago
-
Menginjak usia
-
Assalamualaikum
22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu
kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...
3 years ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak
-
Bukit Intan, Trolak Timur.
Mendaki : 45 minit.
Kesusahan pendakian : Easy hiking.
Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...
3 years ago
-
JANGAN BERSEDIH
-
SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺
.
Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang
terdekat seperti Pasa...
3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo
-
Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin
adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah
satu le...
3 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak
-
Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang
diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak.
Berad...
4 years ago
-
-
Gambar Google
Assalamualaikum dan Salam Sayang
Kali ni nak kongsikan tips agar anak-anak tidak mudah lupa apa yang
diajarkan oleh guru di dalam kelas. S...
4 years ago
-
BubbleBee Bangi
-
Assalamualaikum,
salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP
So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu.
Sepanjang PKP lep...
4 years ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH
-
Hi Assalamualaikum Guys.
Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam
ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni.
...
4 years ago
-
Taufufa segera
-
Assalamualaikum..
Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan
fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...
4 years ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan
-
Assalamualaikum.
Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan
pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklum...
5 years ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena
-
Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay
atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang
diberi ...
5 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort
-
Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang
15 km dari pusat bandar Kuantan.
Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...
5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional
-
Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International
University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama
berganding b...
6 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah
-
Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers.
Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada
https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...
6 years ago
-
mencuba untuk kembali
-
ASSALAMUALAIKUM
PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk
terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...
6 years ago
-
Review Filem Pulang
-
Assalamualaikum.
Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok
filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti
...
6 years ago
-
Meniti Suratan
-
*Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau
hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan
saling memb...
6 years ago
-
Booth di Subang Parade
-
Assalamualaikum kawan2 semua.
Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad
lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...
6 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis
-
*Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk
menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina
yang ...
6 years ago
-
Happy Birthday To ME !
-
Assalamualaikum wbt.....
Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni...
(credit Youtube)
Alhamdulillah Ya Rabbi...
Bersyukur kerana ma...
7 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong
-
Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama
lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah
kosong dal...
7 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H
-
Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun
dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak
rentetan y...
7 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.."
-
Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak
memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian
besarnya akan...
7 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva
-
Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya
menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side
mirror...
8 years ago
-
Segmen Apakah Saya...??
-
Sila cari saya???
hehehe saja nak memeriah kan lagi
Segment Apakah Saya...??
Anjuran blogger Fida Z Ein
Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...
8 years ago
singgahan malam ;)
ReplyDeletetq Dwi Alfina...
DeleteSya tak mrsa kehidupan di kmpung.sbb mak trus pindh ke bndar masa sya umur 3 thn.tp sya suka bca tntng kmpung2 ni...terutama dr buku2..seperti buku seorg tua dikaki gunung..dan sya sukakn sawah padi yg hijau... :D
ReplyDeletenostalgia Pak Engku ni kisah kampungnya di NS yg sudah hilang keasliannya kerana kemajuan n gaya hidup baru yg tinggal kini hanya imbau kenangan tapi masih banyak kampung2 tradisi yg kekal spt dulu2...tq addriana syaz.
ReplyDeletesaya merasa hidup di kampung tapi tidaklah merasa seperti pak engku lalui.. seronok membacanya
ReplyDeleteye pengalaman kita berbeza-beza mengikut tempat n masa...tq Aku Penghibur sudi ke laman kak...
DeleteTerlalu rindu rasanya untuk berlari di batas bendang....melihat beburung pipit yg mencuri padi padi yang menguning...menangkap ikan dikala padi sedang dituai......tak tergapai dah rasa nya nostalgia silam itu
ReplyDeletenostalgia masa lalu hanya imbauan kenangan indah yg menggamit memori ...tq ANAK KUALA selalu beri kak sokongan n menikuti laman kak....
ReplyDeleteseronok bila teringat zaman kanak2...saya pun pernah mengalami suasana macam ni..walaupun kami tak ada sawah padi..tapi arwah ayah pernah pajak dan tanam padi...
ReplyDeleteyeke...kenangan yg jadi hak milik kita abadi n tidak menyesali melauinya....tq Sarah Talib.
ReplyDeletemembaca artikel diatas sungguh membuat saya ingin segera pulang kampung.
ReplyDeletePULANGLAH...Ramai yang merinduimu di kampung tu....tq Abd Kholiq Hassan.
Deletesinggah jgk kejap cuti2 ni !
ReplyDeletetq KA...sdg seronok brcuti pun ingat nk singgah...moga KA sekeluarga sht semuanya menikmati percutian yg mnggmbirakan...
ReplyDeletesungguh menarik pengalaman pak engku.. aiza lahir dan membesar di kampung.. ketika aiza lahir mak tidak lagi mengusahakan sawah padi, jadi tidak berpeluanglah untuk merasai pengalaman itu.. cuma mak aiza membesarkan aiza dengan menoreh getah iaitu selepas kematian arwah ayah ketika aiza berusia 12 tahun, selalu juga aiza mengikut mak ke kebun getah ketika cuti sekolah sambil membaca buku di sana.. ketika itulah banyak nyamuk datang menyerang.. bila dikenangkan balik terasa teringin untuk kembali ke zaman itu.. sungguh indah walaupun susah.. :D
ReplyDeleteMerasa juga era kesusahan dulu yer aiza....hidup berpada dgn apa yg ada, yg miskin tetap gembira dlm kemiskinannya, bermain-main dgn ikan n burung2 di sawah kadang bertepuk tampar nyamuk2 yg mnghurung badan sambil mengintai lotong r monyet yg brgayutan di pohon getah...itulah pengalaman kak dulu2...tq Mizz A
ReplyDeleteBurung Goreng Cili Api??? ermmm.. menarik nie... tak pernah lagi idah rasa...
ReplyDeleteErmm... mungkin sebahagian besar pengalaman pak engku tu tak pernah dapat idah rasai... tapi membacanya pun dah membuatkan idah seperti berada di situasi itu... :D
Salam.. Lady ade persamaan pglmn sikit.. Sb lady ank kg.. Depan umh lady ade swh.. Taliair.. Pernah cabut semai.. Tangkap ikan.. Sb keluarga ldy org sush dlu dlu.. Tp pglkn itu sgt sgt menyeronokkan..
ReplyDeleteyeke...samalah pengalaman kita...walau susah kehidupan dulu2 kita tetap gembira mengenangkannya sbg pengalaman indah...tq Ladybird.
Deletedaging burung goreng cili api memanglh enak idah...bukan senang nk merasanya...pengalaman org dulu di situasi dulu2 digambarkan bak realiti itulh kelebihan cara org lama menulis idah....tq acik idah.
ReplyDeletesy merindui sawah padi yg pernah terbentang luas di belakang rumah sy dulu waaaa
ReplyDeletekenapa annies sudah hilangkah sawah tu? sawah tu masih ada tapi kegunaannya berbeza kot...jgn nangis syg luas lg sawah yg trbentang di Kedah, Selangor, Pahang, Perak, boleh lontar pandang ke sana...tq Khairin annies.
ReplyDelete