بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

BESARNYA IKAN LINANG

BOLEH BERKENDURI RAMAI-RAMAI...SEDAP DIGULAI LEMAK ATAU MASAK ASAM TEMPOYAK...IKAN LINANG JUGA BANYAK KHASIAT SEGI PERUBATAN..TERUTAMA MINYAKNYA....


Seorang nelayan darat tidak menyangka umpan anak ikan seluang yang diletakkan petang Sabtu lalu di Sungai Pahang, Kampung Bukit Genting, di sini menggunakan julai (sejenis kail) berjaya menaikkan sejenis ikan dipercayai ikan linang sepanjang hampir dua meter.

Kisah terbabit telah berjaya mencuri perhatian umum apabila ia mula tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Nelayan terbabit, Abdul Muin Husin, 48, berkata, setelah memasang julai petang Sabtu lalu, dia dan anak saudara sepupunya pergi melihat keadaan julai yang telah pasang keesokan paginya.

"Pagi itu (kelmarin) saya datang dengan anak saudara sepupu saya ke tempat saya pasang jelai. Bila sampai sana, saya tengok tali kail itu sering (tegang) menegak saja. Saya bagi anak sedara sepupu saya ada ikan itu. Ketika awal saya tarik, ikan masih tidak nampak. Dalam hati kata, besar betul ikan ini," katanya.

Usaha menarik tali pancing diteruskan sehinggalah kepala ikan sepanjang sejengkal timbul di dasar sungai.

"Saya tercengang bila tengok kepala ikan itu. Nak dikatakan ular bukan sebab saya tengok mulutnya luas. Nak kata labi-labi pun bukan juga sebab tak ada kaki.

"Kebetulan saya ada bawa candik (sejenis sauk besar). Hulur ke dalam sungai, tapi masih tak lepas nak angkat ikan itu sebab panjang sangat. Kebetulan ada kenalan dian kawasan sekitar, saya suruh dia tengok, dia kata toman, saya kata takkanlah toman sebab panjang. Bila tengok panjang, kenalan itu terus lari sebab geli tengok ikan itu," katanya.

Abdul Muin terus berusaha untuk cuba mengangkat ikan itu ke atas botnya dan setelah ikan itu berjaya dinaikkan, dia terus membawanya ke rumah rakit.

"Kebetulan ada orang dekat rumah rakit itu, jadi saya pun tanyalah mereka ikan apa itu. Mereka kata bukan belut sebab ekor ikan itu lain. Ekor ikan ini macam ekor ikan Tilan Pengayuh.

"Ada seorang kawan saya panggil dia Angah. Angah memang sudah lama jadi nelayan darat. Angah tengok ikan itu, dia kata ada insang. Dia kata belut dan dia suruh saya bagi ikan ini pada madrasah (Madrasah Al-Fatihah Kampung Bukit Genting) sebab ustaz di sana suka makan belut," katanya.

Abdul Muin sempat mengambil gambar ikan terbabit sebelum dihantar ke Madrasah Al-Fatihah lalu menghantar gambar tersebut kepada pihak Jabatan Perikanan Jerantut untuk memastikan jenis ikan terbabit.

Pengarah Perikanan Negeri, Datuk Adnan Hussain berkata, melihatkan dari bentuk fizikal ikan terbabit dipercayai ikan tersebut adalah sejenis ikan Linang.

Beliau bagaimanapun tidak dipastikan sama ada ikan terbabit hanya wujud 30 tahun sekali kerana tiada kajian dilakukan setakat ini bagi menunjukkan penemuan sedemikian.


32 comments - "IKAN LINANG.."

Muhammad Shahril delete icon 16 February 2017 at 00:50

mak ai . besarnya ikan tu . tkut plk aril . hahaha

aril singgah ye

nohas delete icon 16 February 2017 at 01:56

besarnya..rezeki, rezeki..

Sweetie delete icon 16 February 2017 at 02:28

Kalau kail saya yang mengena ikan tu, sah-sah saya tinggalkan dan cabut lari. Takut dan geli pulak nengoknya PI.

Noor Maizan delete icon 16 February 2017 at 04:05

Besarnya ikan tu, rupa macam ikan keli ye kak? Rezeki2

aryan azra delete icon 16 February 2017 at 08:54

besarnya ikan tu, kalau saya memang tak pegang dah la heheh

Kamsiah Yusoff delete icon 16 February 2017 at 10:50

alhamdulillah..rezeki dia..boleh buat kenduri sekampug

dorsett pink delete icon 16 February 2017 at 11:12

masa mula-mula saya baca berita ni kat surat khabar semalam saya ingatkan itu ular, tapi bila baca news rupanya ikan.. memang besar sungguh!

dorsett pink delete icon 16 February 2017 at 11:13

agaknya apa lagilah binatang yang ada kat dalam sungai pahang tu.. entah2 naga Tasik Chini pun ada dalam sungai pahang tu. hehehe

paridah delete icon 16 February 2017 at 11:33

tksh Aril sesekali ikan yg pelik2 akan muncul kat sg Pahang ni

Sue Bee delete icon 16 February 2017 at 12:21

Omaii..tak pernah tengok ikan panjang sampai 2 meter..

Seorang Syed delete icon 16 February 2017 at 17:03

Mula2 tengok gambar sekali imbas macam ular rupanya ikan! hehe besar sangat ikan ni boleh buat maka nsekampung nampaknya.

ZULHILMI TEMPOYAK delete icon 16 February 2017 at 19:16

kalau besaq tu.. bapak besaqq...!!

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 16 February 2017 at 20:32

besarnya...

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:43

TKSH NOHAS REZKI BESAR TU

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:48

TKSH SWEETIE...KALAU TERANGKAT KEPALABESAR TERNGANGA GITU MESTI TERKEJUT TERUS CABUT LARI HEH..HEH..

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:50

TKSH NOR MAIZA YA SEAKAN KELI TAPI JARANG DITEMUI

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:52

TKSH YAN IKAN KAT SG.PAHANG TU...TAPI KITA YG DUK PHG PUN XPERNAH NENGOK

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:54

TKSH KAM...REZKI BESAR BOLEH DIKONGSI RAMAI

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:56

TKSH DP PELIK RUPANYA TAPI JEIS IKAN YGSEDAP DIMAKAN

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:58

HEH..HEH..RAHSIA SG.PAHANG YG BERJUTA USIANYA XSIAPA TAHU

paridah delete icon 16 February 2017 at 21:59

TKSH SUE..BESAR N PJG IKAN TU

paridah delete icon 16 February 2017 at 22:01

TKSH SYED...IKAN BESAR GITU KENA KENDURI MKN RAMAI2

paridah delete icon 16 February 2017 at 22:04

TKSH ZULHILMI..BAPAK BESAQ IKAN TU

paridah delete icon 16 February 2017 at 22:06

TKSH MKL.MM.G BESAR

Warisan Petani delete icon 16 February 2017 at 22:59

Macam ikan keli aje bentuknya.

dear anies delete icon 17 February 2017 at 11:54

ni mmg betul2 terlajak besar ni ;-)

Mrs. A delete icon 17 February 2017 at 17:27

Phew! besarnya seram pulak Mrs. A tengok

paridah delete icon 17 February 2017 at 21:27

TKSH WP YA SEAKAN IKAN KELI RUPANYA

paridah delete icon 17 February 2017 at 21:29

TKSH ANIES AGAKNYA SBB DH LAMA DLM SG.PAHANG TU YG BSR SHT

paridah delete icon 17 February 2017 at 21:31

TKSH MRSA IKAN BSR SGT NAK DIMAKANPUN XSAMPAI HATI HEH..HEH..

Pha Is delete icon 20 February 2017 at 01:00

selama ni pernah dengar pasal ikan linang cuma dari minyak dia je.. minyak ikan linang.. hehehe

paridah delete icon 21 February 2017 at 21:50

TKSH PHAIS...KAN DH DPT TENGUK TUBUKAN SELALU IKAN SUNGAI HIDUP SECARA SEMULAJADI NI MUNCUL

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”