بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM…



Fenomena alam gerhana matahari tidak seharusnya menjadi bahan tontonan semata. Dari fenomena gerhana matahari Allah Swt ingin menyedarkan manusia bahawa matahari yang merupakan sumber kehidupan bolih saja di tutupi dengan bulan. Bahkan bolih jadi di padamkan sama sekali jika Allah berkehendak.

Apa akan terjadi jika Allah padamkan matahari?
Jika Allah padamkan matahari dalam waktu 48 jam sahaja, maka seluruh air di muka bumi akan membeku. Dan saat itulah seluruh kehidupan didunia akan perlahan lahan berakhir.

Kemudian, jika Allah Swt mendekatkan matahari ke bumi dalam beberapa detik sahaja seluruh benda di muka bumi ini akan terbakar dan meleleh. Kehidupan di muka bumi ini akan berakhir dengan dahsyat nya.

Hal saperti ini lah yang harus membuat manusia banyakkan bersyukur di atas Rahmat dan kasih sayang Nya terhadap kehidupan di seluruh alam semesta.
Hal saperti inilah mengapa kita perlu mentadaburi segala fenomena alam.

Manusia di sunnahkan menunaikan solat kusuf sebagai bentuk kesyukuran dan ketaatann kepada Sang Maha Pencipta yang Maha adil lagi bijaksana.

Sayugia di ingatkan juga bahawa ini berita benar bahawa gerhana memang bolih terhitung sebagai pertanda terjadinya kiamat. Ini bukan dugaan seorang semisal Siti Nurbaya Usman dan bukan pula ramalan tapi merupakan kegelisahan baginda Rasulullah saw sebagaimana terungkap di dalam sebuah hadis yang menuturkan bahawa:.

Dari Abi Musa Al – Asy’ari ra beliau berkata: 
Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah saw, lalu beliau bediri dalam keadaan takut kerana bimbang hari kiamat telah tiba, sehingga beliau tiba di masjid dan bergegas solat, ruku’ dan sujud dengan sangat lama. Tidak pernah sama sekali melihat beliau melakukan saperti itu di dalam mana mana solat pun.

Kemudian beliau bersabda:
Sesungguhnya ini merupakan tanda tanda kekuasaan yang di kirimkan Allah Swt yang tidak terjadi di sebabkan kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupan seseorang, tetapi Allah swt mengirimkan untuk menjadikan hamba hamba Nya takut. Sekiranya kamu melihat sebahagian gerhana tersebut, maka bermohonlah pertolongan dengan berdoa , berzikir, mengingati Allah Swt dan mohonlah keampunanan kepada nya.

Beberapa ayat memang menjelaskan bahawa kiamat terjadi dengan lenyapnya cahaya bulan dan matahari.

Ini bersesuaian dengan apa yang beritakan Allah Swt di dalam Al Quran. Cuba perhatikan pula firman Allah Swt:
وَخَسَفَ ٱلْقَمَرُ 
وَجُمِعَ ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَ
يَقُولُ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ ٱلْمَفَرُّ
(8) Dan apabila bulan telah hilang cahayanya
(9) Dan mathari dan bulan di kumpulkan
(10) Pada hari itu manusia berkata: “Kemana tempat berlari”.
(Surah Al Qiyamah ayat 8 – 10)

Sunber Ustazah Siti Nurbaya Usman


12 ulasan - "JIKA ALLAH PADAMKAN MATAHARI?"

Fidah Shah delete icon 8 Mac 2016 10:53 PTG

Kadang-kadang, kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang selalu kita dapat, hinggalah nikmat itu ditarik semula.
Moga menjadi peringatan.

abuikhwan delete icon 9 Mac 2016 12:05 PG

Assalamualaikum kak,
Terima kasih ingatan yang menginsafkan. Mudah-mudahan kita semua mengambil pengiktibaran di atas apa yang disampaikan. Tidak dapat dibayangkan kondisi yang berlaku jika matahari dipadamkan.

Di dalam satu hadis riwayat at-Tirmidzi, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Barangsiapa yang ingin melihat gambaran hari Kiamat, hendaklah dia meihat surah at-Takwir, surah al-Insyiqaq dan surah al-Infithar. Pada surah-surah tersebut tergambar dengan terang tentang hari Kiamat."

Bunda_nora delete icon 9 Mac 2016 1:40 PG

Betul tu PI... sepatutnya kita lebih muhasabah diri..bahawasanya segala kejadian alam adalah menunjukkan kebesaran NYA..

kamu master delete icon 9 Mac 2016 2:12 PG

awesome kata"nya, subhanallah :(

babYpose delete icon 9 Mac 2016 7:37 PG

Duduk dalam gua pasti cari cahaya intuk jalan keluar, kalau tak da matahari susah kan nak berpandukan, semua yang dijadikan ada fungsinya, bersyukur kepadaNya Alhamdulillah.

Qaseh Vee delete icon 9 Mac 2016 8:59 PG

ramai yang menjadikan gerhana matahari sebagai suatu fenomena yang seronok utk dilihat . harap ada keinsafan dihati mereka juga ...

SalbiahM delete icon 9 Mac 2016 10:31 PG

terima kasih atas entry yang bermanfaat ni kak..

Husna Rahman delete icon 9 Mac 2016 10:42 PG

masyaalah sentap..setiap yg diatur even jarak matahari dgn bumi pun diteliti olehNya sehalus-halusnya...betapa kerdilnya kita..tambah2 lg yg jrg2 sekali nak ucap alhamdulillah... leka sgt dgn kenikmatan dunia...

Nor Azimah delete icon 10 Mac 2016 6:58 PG

Singgah di sini.

Nor Azimah delete icon 10 Mac 2016 6:58 PG

Singgah di sini.

Robin PayTren delete icon 10 Mac 2016 6:30 PTG

Jangan lupa sholat sunnah kusufnya ^_^

Khir Khalid delete icon 12 Mac 2016 12:07 PG

Nauzubillah... mohon dijauhkanlah... semakin membeku dunia ni tanpa matahari...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”