بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..


Kecintaan Alam:
Terkini:
Redaksi Kecintaan Alam
Penasihat - Dato' Dr Ibrahim Ghaffar
Kata Pengantar - Dr Shamsudin Othman
Penyelenggara/Editor - Ilhami Hisham
Panel Penilai - 5 anggota
Pereka Letak - Grup Grafik BeTA
Urus Terbit - IBH Khidmat
Penyair Tamu:
1) Datuk Dr Awang Sariyan
2) Dato' Dr Ibrahim Ghaffar
3) Dato' Dr Radzuan Ibrahim
3) Dr Shamsuddin Othman
5) Dr Zefri Ariff (Brunei)
6) Dr Silfia Hanani (Indonesia)
7) Dr Phaosan Jehwae
8) Marzuki Ali
9) Hajah Anie Din (Singapura)
10) Darma Mohammad
11) Sabahuddin Senin
12) Syarifuddin Arifin (Indonesia)
13) Syed Mahadzir Syed Ibrahim
14) Sahrunizam Abdul Talib
15) Ladin Nuawi
16) Hilmi Rindu
17) Mohd Fudzail (Dubai)
18) Asrizal Nur
19) Abdul Latiff Hisyam
20) Nassury Ibrahim
21) Ruhie Isma
22) Alak Betatar
23) Asmira Suhadis
24) Tabir Alam
25) Anjana Ahzana
26) Juriyati Mat Jalil
27) Yatim Ahmad
28) Hoong Ling
29) Serigaring Lim
30) Mohd Iqbal (Mesir)
Pemikir bersama:
1- Adziah Abd Aziz
2- Aizamin Abd Aziz
3- Anggun PerformingArts
4- CT Nurza
5- Hasbullah Mohamed Rahman
6- Ilham Pujangga
7- Karmila Kris
8- Khairul Azhar Mat Kay
9- Leo Aws
10- Mustaffa Siraj
11- Nazim Mohd Subari
12- Norgadis Labuan
13- Pauzi Mohd Isa
14- Paridah Ishak
15- Rosmah Binti Lamat
16- Shamsazila Sa'aban
17- Sharee Jasmin Abdul Jalil
18- Siti Zaiton Ahmad
19- Syaifudin Duakim
20- Wacana Minda

BICARA EDITOR

Dengan Nama Allah SWT Maha Pengasih Maha Penyayang. Selawat dan Salam atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Kita berdoa, memohon keampunan dan agar Allah menganugerahkan limpahan rahmat-Nya kepada seluruh pejuang serta pecinta kebenaran dan keamanan sepnjang zaman. Begutu juga terhadap kita semua. Amin.
Lafaz setinggi kesyukuran kita rafakkan ke Hadrat Tuhan Pentadbir Alam ini kerana dengan inayah-Nya jua, dapatlah antologi apresiasi khas kita terhadap alam dapat diterbitkan. Meskipun terdapat kekurangan di banyak sudut, hasrat membukukan sejumlah lebih 230 kuntum sajak menjadi kenyataan.
Sesungguhnya kejayaan menghimpun da menerbitkn naskhah ini terhasil dengan kerjasama tinggi yang dihukurkan oleh semua pihak terlibat. Justeru ucapan tahniah dan penghargaan terima kasih dirakamkan atas kesudian semua penyair. Semoga intipati dan mesej terbaik di dalam semua karya dapat dimanfaatkan untuk semua pembaca hingga bila-bila.
Kecintaan Alam memaparkan rasa syukur hamba terhadap penciptaan sempurna oleh Tuhan. Ia meliputi kejaduan langit dan bumi eerta seluruh alam di antara keduanya. Jisim yang dapat dilihat oleh penglihatan mata. Mahupun jirim yang hanya boleh diketahui secara maknawi bersandarkan informasi oleh Baginda Nabi SAW.
Begitulah semua ruang kehidupan kita yang memerlukan bantuan dan kerjasama semua alam di sekeliling kita. Boleh dikarakan, manusia tidak akan dapat hidup jika enggan mengambil apa-apa manfaat daripada alam rerbabit. Tidak ada manusia boleh hidup tanpa bernafas dengan udara di sekitarnya...
Namun manusia seringkali alpa, terlupa dan kerap melakukan kerosakan secara jelas dan kasar. Malah ada juga secara berselindung di sebalik kepura-puraan melakukan kebaikan di masa sama memusnahkan alam sekitar yang selamanya dengan ikhlas memberikan khudmat secara percuma kepada manusia.
Tetapi itulah manusia. Makhluk yang berakal cerdik. Diberikan status mulia. Hidup penuh dengan daya hebat berintelek. Menggerakkan hidup dan sokongan secara magnetik. Acapkali buah putik tetap mahu ditilik meski belum tiba masa hasil itu dipetik.
Akibatnya berlakulah berbagai-bagai kerosakan sehingga mengaibkan keadaan serta mematikan perasaan insan termasuklah menafikan kasih sayang alam.
Perbicaraan ini tidak sempurna jika tidak nemuatkan peringatan Al-Quran yang bererti: “Telah nyata kerosakan di daratan dan di lautan, akibat tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS Ar-Ruum:41).
Sudah lama peringatan demi peringatan diberikan secara umum kepada kita. Ada juga yang diturunkan khas mengenai batang hidung kita, namun dengan kebijaksanaan yang dimiliki, dengan pantas dan dihiasi pelnagai alasan yang dirasakkan logikl pada akal, kitapun dengan tenang dan senang mengkesampingkannya. Hiduplah kita setiap hari dengan rasa tidak mempunyai apa-apa ancaman dan peringatan. Namun jauh di sudut hati kecil paling seni, ada sesuatu gerak jiwa yang sedang menderita. Sepi, Sentimenatl. Menangis.
Jika kecintaan terhadap alam sudah lama menyimpang jauh daripada landasan lurus dan sebenar, wajarlah alam juga hilang kecintaan terhadap manusia.
Tidal mustahil datang segala macam kejadian membabitkan alam seperti banjir besar, gegaran bumi, tsunami, galodo iaitu banjir dari daratan, gunung berapi meletus, angin puting beliumg, kebakaran dan kemarau panjang. Termasuklah pembunuhan kezaliman, penindasan, rompakan serta berbagai-bagai salah laku yang menakutkan.
Terima kasih kepada semua atas segala kerjasama terbaik dan perhatian serta doa ikhlas berpanjangan sehingga semua program BeTA dapat disempirnakan dengan jayanya. Mohon maaf atas segala kekhilalafan di semua sudut. Sumbangan pandangan dan idea bernas amat diperlukan pada setiap masa.
Salam Hormat,
Ilhami Hisham,
Shah Alam, Mac 2016

10 ulasan - "BICARA PENGARANG ANTOLOGI KECINTAAN ALAM"

Kak Nieyl delete icon 10 Mac 2016 10:52 PG

Singgah pagi kat sini ♥

Kakzakie Purvit delete icon 10 Mac 2016 11:16 PG

Alhamdulillah PI menjadi salah seorang pemikirnya.
Hebatlah PI ni, kakak kagum tau..
Tahniah dari kakak.

paridah delete icon 10 Mac 2016 11:59 PG

HEH..HEH..SIBUK JUGA NK SELITKAN DIRI DI CELAH PENYAIR2 HEBAT TU INSYA ALLAH...TKSH KAKZAKIE.

paridah delete icon 10 Mac 2016 12:00 PTG

TKSH NIEYL SUDI SINGGAH SINI.

aryan azra delete icon 10 Mac 2016 3:48 PTG

tahniah PI, semoga terus berjaya

paridah delete icon 10 Mac 2016 4:23 PTG

INSYA ALLAH..AMIIN...TQ ARYAN.

Khir Khalid delete icon 12 Mac 2016 12:02 PG

Tahniah kak PI... alhamdulillah.. :)

Fidah Shah delete icon 12 Mac 2016 7:21 PTG

Moga dipermudahkan segalanya
Moga suksess...aamiin

paridah delete icon 14 Mac 2016 3:37 PTG

TKSH DIK KK..KAK TU SAJA MENYELIT MENYIBUK JER PUN HEH..HEH..

paridah delete icon 14 Mac 2016 3:37 PTG

AMIIN...TKSH FIDAH...INSYA ALLAH.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”