بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES

ARANG ITU BERLIAN

Bara digenggam menjadi arang
Dicanai menyerlahkan berlian
Walau bertahun walau berkurun
Dinanti pasti
Tanpa diragui.
Ditatah bersungguh hati
Lalu dibingkai digantung
Dari penjuru ke penjuru
Segenap sisi meski tersudut.
Sayang teramat sayang
Berlian semakin sirna sinarnya
Justeru cermin bingkainya
Telah retak seribu
Dicemburui waktu berlalu

PARIDAH ISHAK
1 MAC 2016

SELAYANG UTAMA.

14 ulasan - "ARANG ITU BERLIAN..."

babYpose delete icon 1 Mac 2016 10:47 PG

Betul arang itu berlian, buang arang kira buang berlian, dulu carbon kat pensil tu pun nak simpan :) suka berlian

dorsett pink delete icon 1 Mac 2016 10:59 PG

gabar tu memang Nampak gemerlapan berliannya

saniah ibrahim delete icon 1 Mac 2016 11:46 PG

Penuh tersirat makna nya...

Khir Khalid delete icon 1 Mac 2016 12:20 PTG

Anugerah ciptaan Illahi yg penuh hikmah buat renungan insan...

Kakzakie Purvit delete icon 1 Mac 2016 12:22 PTG

Tak silap kakak baru beberapa minggu lepas radio ikim ada buat teka-teki PI
Bentuk bagaikan berlian. Hitam sebelum diguna, merah ketika diguna dan akhirnya kelabu selepas diguna. Jawapannya arang:)

Yg pasti pemilik berlian akan rasa puas bila dpt pakai.

Fidah Shah delete icon 1 Mac 2016 1:38 PTG

berlian..sahabat baik wanita nih...hihi :)

seraa rose delete icon 1 Mac 2016 3:47 PTG

berlian cantik..

paridah delete icon 1 Mac 2016 4:13 PTG

BERLIAN MAHAL CANTIK BERHARGA...TQ SERAA ROSE.

Norhayati Mohd Isa delete icon 1 Mac 2016 6:23 PTG

Berlian yg mahal bila dibeli..
Tetapi tidak utk dijual balik..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 1 Mac 2016 6:57 PTG

nice sharing

Dunia Zumal delete icon 1 Mac 2016 10:09 PTG

Jangan sangka hitam itu buruk kan

Diana Rashid delete icon 2 Mac 2016 1:33 PTG

saya punya barang kemas tak de satu pun yang ada berlian..cincin tunang ada la batu.tapi tak tahu la tu berlian ke apa..hahah..kalau arang memang ada la kat rumah ni...heheheh

Siti Yang Menaip delete icon 4 Mac 2016 12:14 PTG

haaaa kita ingat tak berguna.. rupanya lebih dari nilainya..
tapi kita mmg fitrah menilai pada luarannya saja =)

Jari Manis delete icon 6 Mac 2016 6:17 PTG

arang itu berlian? garu2 kepala sbb kurang faham huhuh ke ada maksd lain di sebaliknya

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”