بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Hati manusia ini umpama baling-baling. Sering berubah dan tidak pernah tetap kedudukannya. Jadi apalah hendak dihairankan jika seseorang berubah hati terhadap kita. Bak kata perbidalan, “Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang”. Tepat sekali apa yang diungkapkan itu.
Dalam bab berkasih sayang, biasanya kita amat mengharapkan supaya pasangan kita tidak berubah hati terhadap kita. Biarlah berkekalan sepanjang hayat hendaknya. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kenapa seseorang itu berubah hati terhadap kita hanya orang itu sahaja yang tahu. Dan yang pastinya Allah Yang Lebih Mengetahui.
Hati seseorang boleh berubah atas beberapa sebab. Mungkin dia mempunyai pilihan lain yang lebih baik. Boleh jadi juga diri kita sendiri sudah tidak punya tarikan lagi padanya. Mungkin juga hatinya terluka atas sikap dan perilaku kita. Jadi kita muhasabahkanlah diri kita. Carilah jawapannya sendiri.
Andainya perpisahan tetap juga terjadi, setelah kita mencuba sehabis daya upaya untuk tidak berpisah, akur, redha dan pasrahlah atas ketentuan Ilahi. Bukankah kita ini hidup di bawah takdir-Nya? Usahlah ditangisi atau diratapi. Jangan disesali nasib diri dengan menganggapnya sebagai malang. Mungkin ada banyak hikamh di sebaliknya. Berserahlah pada Allah sambil memohon petunjuk dan pertolongan-Nya. Andai kata kita tangisi kehilangannya dengan mengeluarkan air mata darah sekali pun, tidak mungkin nasib kita akan berubah. Biarkanlah semuanya itu berlalu. Hadapi hari muka dengan tabah. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama kita.
Ingatlah…. HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK DERITAI

9 ulasan - "ANAK SUNGAI LAGIKAN BERUBAH...."

PeRdU cINta delete icon 27 Mac 2016 12:29 PTG

betul kak..kalau dah tidak suka..tidak ada gunakan dipaksa-paksa..namun berhati -hati dengan tipu daya syaitan yang sering gemar menghasut si anak adam..

Norhayati Mohd Isa delete icon 27 Mac 2016 1:09 PTG

Iye lah kak PI..
Cari kebahagian diri sendiri..
Tidak perlu diratapi pada yg tak sudi..
Kebahagian diakhirat itulah yg hakiki.

Cilembu thea delete icon 27 Mac 2016 2:38 PTG

dalamnyalautan dan samudera bisa di ukur, dalamnya hati sulit diukur, sebab hati adalah hati yang tak ada alat ukurnya

paridah delete icon 27 Mac 2016 4:03 PTG

ya perlu berhati hati dgn godaan iblis n syaitan ni agar selamat hidup kita dunia n akhirat tq PC

Fida Z Ein delete icon 27 Mac 2016 4:29 PTG

Betul tu Pn PI...bertepuk sebelah tangan tentu tak berbunyi...

Jari Manis delete icon 27 Mac 2016 4:54 PTG

ye betul..jika x boleh juga..kita redho je

Fidah Shah delete icon 27 Mac 2016 10:24 PTG

Teringat pulak kat lagu Uji Rashid...

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan dikenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa diri rindu

Khir Khalid delete icon 28 Mac 2016 4:21 PG

Hati manusia ni hanya Allah jua yg tahu kan... wallahualam...

aryan azra delete icon 28 Mac 2016 4:49 PTG

betul tu PI, hidup ini terlalu indah dan singkat jadi lalui dengan gembira, usah ingat perkara derita

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”