Friday 22 January 2016

WAJAH TANPA KENING?

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT YANG MULIA...

….
MENGHIAS SOLAT…

Apa yang difahami dengan tajuk di atas? Mungkin ada yang beranggapan menghias diri dengan berpakaian cantik dan bersih sebelum menunaikan solat. Betul juga tu. Tapi menurut kuliah yang diberi ustaz di kampung PI tidak hanya semata begitu.

Jangan abaikan setiap yang dikatakan sunat dilakukan dalam solat tapi hanya menyempurnakan rukun yang wajib saja. Meninggalkan amalan sunat boleh diumpamakan wajah kita tanpa kening dan alis mata dan kepala tanpa rambut yang ikal lebat. Tentu tidak cantik dipandang….bayangkan wajah kita tanpa kening dan alis mata yang lentik…

Hiaslah wajah secantik-cantiknya hanya dengan solat yang tidak diabaikan hukum sunat yang dituntut kerana ingin cepat menyelesaikan solat wajib atau sunat.

PI hanya sampaikan sedikit ilmu yang diberi seorang ustaz kepada PI dan muslimah di kejiranan PI.



Pic google images sekadar hiasan.

16 comments:

  1. terima kasih PI berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian akak

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik terima kasih PI.

    ReplyDelete
  4. Mesti janggal kalau tak ada kening walau dah cantik mana sekalipun PI
    Begitulah gandingan wajib dan sunnah indah perbandingan diberikan. Suka kakak baca.

    ReplyDelete
  5. Ingat lagi kawan cakap tak da bibir sebab pakai lipstick pastel, maksudnya letak celak kat kening ye? Betul tu biar mata tu bersiapkan nak bersolat

    ReplyDelete
  6. Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas perkongsian ilmu ini kak PI. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian.Biasanya kita macam tuh la, lagi2 kalau solat kat rumah. Sebab dah pakai telekung, so kat dalam tak kesah dah pakai pe..

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak atas ingatn..")

    ReplyDelete
  9. Mmg ramai yg solat nk cepat je, entah apa yg dikejar, kita di hadapan raja manusia pun tunduk sopan penuh takzim jaga tata tertib, tapi bila berhadapan dengan Raja segala raja kita buat cincai je.

    ReplyDelete
  10. yg sunat itu menambah pahala . rugi tak buat . tak blh buat semua jgn pula tinggalkan semua ...

    ReplyDelete
  11. risau pula jika tak buat perkara sunat..terima kasih ya ..

    ReplyDelete
  12. risau pula jika tak buat perkara sunat..terima kasih ya ..

    ReplyDelete
  13. Kita manusia ni sentiasa alpa... moga Allah ampunkan dosa2 kita dan menggerakkan hati2 kita untuj melakukan yang wajib dan sunat sebaiknya... amin...

    ReplyDelete
  14. betul sis... InsyaaAllah semoga kita istiqamah melakukan yg sunat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist