Saturday 2 May 2015

KAD PRABAYAR...

ASSALAMUALAIKUM...

HMM...PAK MENTERI GUANE NIH..





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari semalam mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar. Tegas perdana menteri, hanya menteri berkenaan iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. "Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya semalam. Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April. Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa hari semalam (1 Mei) ditangguh selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Halim Shafie membuat kenyataan pada Rabu bahawa isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan CBP. Jelas Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra-CBP itu agak mustahil untuk dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem. -




- See more at: http://pahang-ku.blogspot.com/2015/05/prk-rompin-hanya-menteri-kkmm-sahaja.html#sthash.iUymG6rT.dpuf

10 comments:

  1. Ntah lah..isu top up ni.. yg terbeban akhir nya rakyat.. gst sana sini.. harga barang lain pun naik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERHIMPIT HINGGA XBERNAFAS KITA DIBUATNYA..TQ ATIE.

      Delete
  2. Semoga kebijakan yang di buat pro rakyat :)

    ReplyDelete
  3. kena sabar dan tunggu ... terpaksa lah kan .

    ReplyDelete
  4. HMM..DUK MAIN TARIK TALI SUSAH KITA...QV TQ.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tunggu dan lihat...eerrmmm apa lagi boleh di buat.
    Ibarat mentimun dgn durian..hihi :)

    ReplyDelete
  7. KITA PUN BOLEH NILAI SETAKATMANA BIJAKSANA PERUNDINGN MRK NI...TQ FIDAH

    ReplyDelete
  8. ingatkan x perlu bayar 6% tu rupanya tidak huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist