بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

MENGHILANG KE KEDAH DARUL AMAN TIGA HARI LEPAS BERSAMA ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU. KEDAH NI KAMPUNG LAMAN PI YANG TIDAK PERNAH DILUPAKAN
WALAU SUDAH LAMA BERHIJRAH MENINGGALKANNYA.

BAK KATA PEPATAH TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TANAH TUMPAH DARAH TEMPAT KELAHIRAN.

RAMAI SAUDARA MARA SEPUPU SEPAPAT BERADA DI SINI TAPI PI TIDAK AKAN MENYUSAHKAN MEREKA DENGAN MEMBAWA ROMBONGAN ANAK BERANAK PI MENUMPANG KEDIAMAN MEREKA SEMALAM DUA.

SEKADAR BERZIARAH SEBENTAR SALING BERTANYA KHABAR PUN SUDAH MEMADAI. DI SINI PI DAN ANAK-ANAK TINGGAL DI HOMESTAY DGUAR. TEMPATNYA SELESA SEKALI DAN MAMPU MENAMPUNG AHLI KELUARGA PI YANG RAMAI.

LENGKAP KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN...SIAP BOLEH MEMASAK LAGI.





MEMASAK SENDIRI LEBIH JIMAT BELANJA BAGI YANG TIDAK BERKEMAMPUAN SEPERTI PI TAPI TETAP INGIN BERCUTI JALAN-JALAN MENGHIBUR HATI. BARANG-BARANG UNTUK MASAKAN MUDAH DIBELI DAN MURAH HARGANYA. BERKUALITI PULA.

LAUK-LAUKNYA KAMI BELI DI KAMPUNG NELAYAN SG.YEN KECIL TIDAK JAUH DARI GUAR CHEMPEDAK. ADA LALA, MENTARANG, IKAN TEMENUNG, IKAN TALANG SEGAR, WALAU DIGORENG DAN DIREBUS SAJA AMATLAH SEDAPNYA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS.

SUDAH BERPULUH TAHUN TIDAK MAKAN LALA REBUS DAN MENTARANG REBUS DI SINI...HUISH ALANGKAH NIKMATNYA.




STELAH PERUT DIISI KENYANG-KENYANG BARULAH BERTOLAK KE ULU LEGONG PULA. JAUHNYA DARI GUAR CHEMPEDAK BUKAN MAIN LAGI. TERLETAK NUN JAUH BERSEMPADAN DENGAN KROH, GRIK PERAK.

ANAK-ANAK CUCU HENDAK BERMANDI-MANDA DI KOLAM AIR PANAS DI SITU...DIIKUTKAN SAJALAH.
BANYAK SEKALI KOLAM AIR PANAS YANG DISEDIAKAN UNTUK MERENDAM DIRI DARI SUMBERNYA YANG SEMULA JADI.




Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas serta mereka menyukai aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat. 

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.

"Dimaklumkan no telefon 0134720255 telah ditamatkan perkhidmatan. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sila hubungi no telefon berikut 04-4721548 ; 04-4721468; 04-4731024;04-4731025"


18 ulasan - "ULU LEGONG DI MANA TU? WISATA KE KEDAH DARUL AMAN....1"

Sweetie delete icon 23 Disember 2014 12:14 PTG

Bila Paridah ke Kedah ni? Saya pun baru balik dari Arau...

Kakzakie delete icon 23 Disember 2014 12:32 PTG

Seronoknya PI. Kakak dan keluarga pun lebih suka tinggal di homestay berbanding di hotel. Lebih privacy kalau homestay ni sebab kita-kita aje. Masak pun ikut suka. Kalau agak tak nak pun boleh cari kawasan keliling. M'sia ni kakak rasa mana-mana pun ada restoran..

Mentarang kakak tak pernah makan. Kat JB ni macam tak adalah..

Puan Wawa delete icon 23 Disember 2014 1:07 PTG

Wahh, seronoknye main kolam..")

paridah delete icon 23 Disember 2014 1:20 PTG

3 hari lepas sweetie baru sampai dari sana mlm tadi tq sweetie.

paridah delete icon 23 Disember 2014 1:25 PTG

yelah kakzakie...makanan di restoran sekitar sini pun sedap n xmhl sgt...mentarang ni kalau kakzakie bercuti ke kuala selangor n ke utara mudah jumpa sbb mentarang ni hdp dpantai berselut...tq.

paridah delete icon 23 Disember 2014 1:27 PTG

mmg seronok tika cuaca masa ni agak sejuk berendam jer dlm kolam air panas tu...tq puan wawa.

Bin Muhammad delete icon 23 Disember 2014 3:07 PTG

Lala yang fresh...memang tak cukup seperiuk meratahnya! Tapi saya kurang suka mentarang sebab isinya mcm berpasir sikitlah.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 23 Disember 2014 3:46 PTG

wah..seronoknya PI balik kg n pegi jejalan..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 23 Disember 2014 4:53 PTG

macam mana nak kira sewa homestay tu?

paridah delete icon 23 Disember 2014 6:01 PTG

yelah kaknah xcukup masa nk pusing Kedah dlm masa 3 hari...tq kaknah.

paridah delete icon 23 Disember 2014 6:08 PTG

SEWANYA 200RM SEMALAM...TIGA BILIK TIDUR...TQ MKL.

nohas delete icon 23 Disember 2014 6:17 PTG

Masak sendiri memang seronok bila ramai2 mcm ni... pernah sekali makan mentarang..

paridah delete icon 23 Disember 2014 9:36 PTG

yalah nohas bila ramai2 mmsak jimat belanja...tq nohas.

paridah delete icon 23 Disember 2014 9:39 PTG

Pandai mkn lala ya sedap tu...tq BM.

Khai♥Rin : anies delete icon 24 Disember 2014 9:57 PG

penah dgr je tp x penah smpi lg...

Etuza Etuza delete icon 24 Disember 2014 2:19 PTG

bertuah orang2 sana banyak tempat menarik...lagi pun cutikan elok disikan dengan pelancongan antaranya lah ya

paridah delete icon 24 Disember 2014 6:07 PTG

yeke...di sini agak pedalaman sikit tapi banyak chalet n rumah tumpangan yg didirikan utk kemudahan pengunjung yg ingin mengadakan event tertentu...tq anies.

paridah delete icon 24 Disember 2014 6:09 PTG

tempat bercutinya mmg banyak cikgu boleh dipilih kemana saja...sesekali bercuti santai cikgu tq.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”