بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SIAPA PAK ENGKU? ITULAH PERTANYAAN MUHAMMAD KHAIRUDIN LIM BLOGGER
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/ KEPADA PI. DAN PI TERPAKSALAH MERISIK TANYA KEPADA PAK ENGKU RAKAN FB PI YANG SERING PI MUAT NAIK KARYA-KARYA PANTUN PERBIDALANNYA YANG UNIK BERSENI.

INILAH PROFILE DIRI PAK ENGKU.


  • Profile Saya....... Nama Penuh: Kamaruzzaman Osman Umur: 66 tahun Lahir: Pukul 12 t/hari, Hari Jumaat, 11 April 1948. Tempat Lahir: Kg Kuala Sawah, Rantau. N.S. Dari umor 6 tahun menetap bersama keluarga (ayah, ibu dan adik beradik di Kg Pantai, Seremban Rumah tua masih ada di kampung itu. Pekerjaan: Pesara guru (Bersara pada tahun 2004) Guru Biasa di Sekolah Rendah. Pengalaman Jadi Guru: 34 Tahun - Dari tahun 1970 - 2004 Pendidikan: 1954 - 1957 : Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban. N.S. (Sekolah Melayu) Darjah 1 hingga Darjah 4.

    1958 - 1960 : King George V (Primary) School, Seremban. N.S. (Sekolah Inggeris) Special Malay Class 1, Special Malay Class 2 and Standard 6. 1960 - 1965 King George V (Secondary) School, Seremban. N.S (sekolah Inggeris) Form 1 to Form 5. 1967 - 1999: Maktab Perguruan (Pusat Latihan Harian), Seremban . . Beristeri. Anak 4 orang. 2 lelaki dan 2 perempuan. Anak lelaki (anak nombor 3) meninggal pada tahun 2006 ketika berusia 26 tahun dan masih bujang.

  • Pak Engku
    Pak Engku Lupa pula:: Moyang sebelah ayah berketurunan Raja dari tanah Minangkabau. Moyang saya bernama Raja Ibrahim. Tapi datuk dan adik beradiknya hilangkan title Raja itu kerana takutkan pihak British pada suatu masa dahulu. Sampai kubur pun diwasiatkan oleh adik beradik datuk dan moyang saya supaya tidak dibubuh nama pada batu nesan mereka. Begitulah ceritanya. Kerana saya berketurunan Raja maka saya gunakan gelaran Pak Engku.tu. Ini ceita sejarah yang sahih. Ada alat2 kebesarannya berserta cap mohornya sekali yg diiktiraf oleh Mufti Negeri sembilan sebagai benar dan sah.


    Sekarang menetap di Taman Matahari Heights, Senawang. N.S.
  • Hobi: Suka Menyanyi, Mengarang Pantun, Syair, Sajak dan Bercorat-coret di FB.

  • BUKAN SEBARANGAN ORANG PAK ENGKU KITA NI..
  • CORAT CORET PAK ENGKU..

    PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU

    SEDARI PAGI MENGANYAM ROMBONG,
    KELARAI LONGGAR BUAT SAMBILAN;
    BERCAKAP TINGGI BEGITU SOMBONG,
    BAGAI TAGAR DI PULAU SEMBILAN.

    Perbidalan: Bagai tagar di Pulau Sembilan.
    Maksudnya:Percakapan yang terlalu tinggi dan sombong.

    BUANG KE LEMBAH SI UBI GANYUT,
    LEMBAH MENGHALA SAWAH SEJENJANG;
    SELANGKAN BAH KAPAR TAK HANYUT,
    INIKAN PULA KEMARAU PANJANG.

    Perbidalan; Selangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.
    Maksudnya::Sedangkan semasa ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud
    (yang dihajati) apalagi sewaktu tida berpencarian.
    ('Selangkan' sama maksudnya dengan 'Sedangkan'.)

    POKOK SEMBUNG TUMBUH DI LATAH,
    AKAR BERSAUR BANYAK GUNANYA;
    SEMASA REBUNG TIDAK DIPATAH,
    DAH JADI AUR APA GUNANYA.

    Perbidalan: Tatkala lagi rebung tidak dipatah, ketika sudah jadi aur apa
    gunanya.
    Maksudnya: Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih kecil, kalau
    sudah besar tidak akan berhasil lagi.
    ('Latah' adalah Sampah (daun dll) yang di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dll).

    HANYUT TERAPUNG SI DAHAN KASAP,
    DAHAN YANG MATI MENIMPA PERAHU;
    TERBAKAR KAMPUNG KELIHATAN ASAP;
    TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU.

    Perbidalan: Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.
    Maksudnya: Kesusahan sseorang jarang dipedulikan oleh orang lain kerana
    tidak kelihatan olehnya.

    IKAN SELIGI SI IKAN TALANG,
    DIBELI NYONYA BARANG SEKATI;
    AKAN MENGAJI SURATLAH HILANG,
    AKAN BERTANYA GURULAH MATI.

    Perbidalan: Akan mengaji suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati.
    Maksudnya: Keadaan sulit yang tiada dapat diselesaikan lagi kerana
    punca untuk menyelesaikannya sudah tidak ada lagi

    TERBANG KE PANGKIN SI BURUNG PERLING,
    BURUNG SEKENDI DI DAHAN MERLIMAU,
    MANAKAN MUNGKIN ANAKNYA KAMBING,
    BOLEH MENJADI ANAK HARIMAU.

    Perbidalan: Anak kambing tak akan jadi anak harimau.
    Maksudnya: Orang yang pengecut atau bodoh tidak akan menjadi orang
    yang berani atau pandai.

    DI ATAS LANGKAN DUDUK MENCUPAK,
    DITUAI AKAN PADI YANG RUNDUK;
    JIKA DIIRINGKAN DIA MENYEPAK,
    DIKEMUDIANKAN DIA MENANDUK.

    Perbidalan: Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.
    Maksudnya: Perihal sesuatu yang serba menyusahkan atau serba salah.

    SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

20 ulasan - "SIAPA PAK ENGKU?"

Fiu S delete icon 23 September 2014 6:15 PTG

sesepuh nya orang malaysia nih yah .... :D

Abdul Kholiq Hasan delete icon 23 September 2014 7:44 PTG

ikut nyimak aja mbak soalnya gak paham hehehe

Aku Penghibur delete icon 23 September 2014 9:17 PTG

hebat pantun pantunnya ... kagum ^_^

paridah delete icon 23 September 2014 9:41 PTG

pantun2 perbidalan berbeza drpd pantun biasa perlu arif n lbh teliti mampu menciptanya...tq acik Aku Penghibur.

paridah delete icon 23 September 2014 9:44 PTG

terima kasih walau menyimak saja...tq Abdul Kholik Hasan.

paridah delete icon 23 September 2014 9:45 PTG

sesepuhnya? apa maksudnya tu ...kak yg xfaham...tq Fiu .S

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 23 September 2014 10:54 PTG

Begitu yer sàlasilah insan bergelar Pak Engku ^_^

AMIIZAA delete icon 24 September 2014 9:39 PG

assalams saya tertarik dengan profile pak engku & arwah moyang yg berkurunan raja. Mesti banyak sejarah disebalik nama 'raja' - moyang.

Bin Muhammad delete icon 24 September 2014 9:49 PG

Seorang sasterawan yg punya bakat dan menghasilkan hasil seni satera yg indah dan bernilai tinggi! Tabik Pak Engku!

paridah delete icon 24 September 2014 10:49 PG

salahsilah n susur galur keturunan pak engku yg ada nilai sejarahnya...tq zumal

paridah delete icon 24 September 2014 10:56 PG

wsalam...kak rasa pun begitu citer moyang nya yg berkuturunan raja minangkabau yg terpaksa disembunyikan identiinya kerana bimbangkan tindakan British ada nilai sejarahnya...tq AMIIZA.

paridah delete icon 24 September 2014 11:03 PG

Pak Engku ni sasterawan yg xpernah menonjolkan dirinya dlm media massa.. kini sedang berusaha untuk menerbitkan buku pantun2 perbidalan lama. Pak Engku ada pelawa kak join usaha beliau tapi kak ni xreti bab2 pantun perbidalan ni heh...heh..tq BM

Kesuma Angsana delete icon 24 September 2014 12:10 PTG

Singgah jenguk ari ni bila ada masa sikit. Tq terus support KA yer. Tq berkongsi infor sama yer kak, baru kenal pak engku lebih dlm

Kakzakie delete icon 24 September 2014 12:19 PTG

Sebaiknya semua pantan dan hasil karyanya dibukukan atau dijilidkan buat tatapan ramai.
Hargai selagi hayatnya ada bukan bila dah tak ada baru tercari-cari
Kakak suka karyanya sangat indah.

paridah delete icon 24 September 2014 2:21 PTG

benar tu susah kita nk temui penulis yg benar2 mahir tentang pantun2 perbidalan lama spt Pak Engku ni n beliau juga sdg berusha mengumpul semua karyanya untuk dibukukan....tq kakzakie.

paridah delete icon 24 September 2014 2:39 PTG

sudah ada masa bw ya...baguslah urusannya yg bz dh semakin usai...insya Allah kak sentiasa akn support spt KA yg xjemu support kak sejak lama...selamat kenali pak engku...tq Kesuma Angsana.

Khai♥Rin : anies delete icon 25 September 2014 9:50 PG

yang pasti beliau mmg pencinta sastera...

Sue Bee delete icon 25 September 2014 3:27 PTG

Kagum jugak dgn Pak Engku..bkn sebarangan org tu

paridah delete icon 27 September 2014 9:01 PG

benar tu pencinta sastera lama budaya kita...tq anies.

paridah delete icon 27 September 2014 9:04 PG

ya beliau mmg seseorang yg mahir pula dgn ilmu sasteranya...tq Sue Bee

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”