بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
AASSALAMUALAIKUM...

CORAT-CORET PAK ENGKU..
Memang sukar kita nak baca hati orang. Susah nak tahu apa yang bersarang di dalam dadanya. Terkadang-kadang kita lihat orang itu mudah tersenyum dan ketawa tetapi di dalam hati tidak siapa yang tahu. Ada orang,kita nampak dia sering ketawa tetapi di dalam hati dia menangis! Bak maksud pantun ini....
SELAT MELAKA AIRNYA TENANG,
BERLABUH MERATA PERAHU BUGIS;
JANGAN DISANGKA HIDUP KU SENANG,
DI DALAM KETAWA AKU MENANGIS,
Bagi sesetengahnya pula tersangat suka berahsia. Suka menanggung duka lara atau duka nestapa bersendirian. Mereka beralasan tidak mahu menyusahkan orang lain. Walaupun orang itu kawan karibnya sendiri! Sedangkan semua orang tahu, apabila kita menanggung beban perasaan yang berat kawanlah tempat kita mencurahkan perasaan itu. Dengan cara itu ia sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan yang kita tanggung. Tetapi tidak sebegitu halnya pada sesetengah orang. Dia lebih rela menanggungnya seorang diri daripada berkongsi masalah dengan orang lain.
TUMBUH MERATA DI TEPI RAWA,
POHON JAGUNG TINGGI BERDIRI;
BIAR DERITA MENGHIMPIT JIWA,
AKAN KU TANGGUNG SEORANG DIRI.
Kadang-kadang seseorang itu tak pernah kita lihat dia menangis. Tak pernah menitiskan air mata walaupun kita sedar dia sedang menanggung bebanan perasaan yang maha hebat. Mungkin ini berlaku kerana air matanya sudah kering untuk dia menitiskan air mata.. Atau mungkin tetesan air matanya sudah tidak mengalir di pipi lagi tetapi mengalir ke dalam dada!
DARI LENDU BERKERETA KUDA,
MANA ARAHNYA HALUAN TIADA;
AIR MATA SENDU DI PIPI TIADA,
SEBAB TETESNYA KE DALAM DADA.
Begitulah adanya kehidupan di dunia yang fana ini. Kita kasihan dan simpati akan penderitaan seseorang itu, tambah pula jika dia kawan baik kita. Ada ketikanya kita hanya mampu memandang tetapi tidak tahu bagaimana atau tidak mampu untuk menolongnya.Kita tahu berat penanggungannya sahaja tetapi orang itu yang lebih merasakan betapa beratnya bebanan perasaan yang dia tanggung. Bak kata orang tua-tua..
MEMASANG JERAT DI TEPI BENDANG,
DI WAKTU PAGI MEMBAWA CANGKUL;
BAGAIMANA BERAT MATA MEMANDANG,
BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.
Untuk menghadapi situasi menanggung derita sebegini, sebaiknya kita
luahkan perasaan derita kita kepada seseorang yang boleh kita percayai. Bukan tujuan kita untuk meminta pertolongan atau simpati tetapi sekadar untuk merengankan bebanan perasaan yang kita tanggung! Kawan sejati pastinya ada. Walaupun orang tua-tua pernah berkata..
BUAT SERAWA GULA TERLUPA,
MANA NAK MANIS SERAWA DIBERI;
KAWAN KETAWA SENANG DIJUMPA,
KAWAN MENANGIS SUKAR DICARI.
Percayalah, kawan yang sanggup menangis bersama kita masih ada.
Carilah dia. Pasti akan terjumpa!
Sekian. Tamatul Al Kalam.

FB PAK ENGKU..

32 ulasan - "BERPANTUN MELAYAN PERASAAN...."

Khai♥Rin : anies delete icon 4 September 2014 11:04 PG

suka pantun yg ke tiga tu

sud@is delete icon 4 September 2014 11:44 PG

Program kursus hanya di Langkawi
Tak lama tiga hari cuma
kawan sejati payah dicari
kebanyakan kawan biasa-biasa saja


ntah apa2...pantun pun

paridah delete icon 4 September 2014 11:45 PG

menarik semua pantun2 pak engku kan...tq anies.

Kakzakie delete icon 4 September 2014 12:57 PTG

Hitam-hitam sitampuk manggis
gugur sebiji menjadi rebutan
mana sanggup sendirian menangis
marilah berkongsi dengan teman

Kakak suka pantun-pantun indah Pak Engku ni.

Bin Muhammad delete icon 4 September 2014 12:59 PTG

Melantun paku tertuding didada,
Layan kerenah badan binasa,
Pantun Engku terbanding tiada,
Jadi khazanah warisan bangsa.

paridah delete icon 4 September 2014 2:22 PTG

pandai sud@is berpantun...kak pun dh lama xmenulis pantun...tq.

POHON JATI HINGGAP KENARI,
BERBAJU MERAH BERKAIN KASA,
KAWAN SEJATI SUKAR DICARI,
HANYA ANUGERAH YANG MAHA ESA.

paridah delete icon 4 September 2014 2:34 PTG

Wah kakzakie pun suka berpantun ya...kak cuba nk bls pantun kakzakie pula...tq

DAUN MERANTI DISAYUR MANIS,
DAUN SEMALU DAUN BERDURI,
WALAU HATI SERING MENANGIS,
SEBAK PILU DITANGGUNG SENDIRI.

Pantun2 pak engku mmg sgt indah.

paridah delete icon 4 September 2014 2:58 PTG

wah ternyata dik BM juga penulis pantun yg hebat...tq

jalan berliku merimbun daun,
daun bersusun tepi verandah.
memang pak engku juara berpantun,
pantun disusun amat indah...

Diana Rashid delete icon 4 September 2014 5:23 PTG

seronok pulak saya baca pantun2 ni..anak pun siap baca sekali..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 4 September 2014 6:05 PTG

wah...pantun..best

paridah delete icon 4 September 2014 6:58 PTG

yeke...sesekali berpantun best juga..kan...tq Diana Rashid.

paridah delete icon 4 September 2014 6:59 PTG

pantun budaya kita mmg best...tq MKL.

Jery Yanuarlan delete icon 4 September 2014 8:00 PTG

waaw pantunnya bagus2 sekali, saya sangat suka sekali :)

Comtel Cell delete icon 4 September 2014 8:37 PTG

wah... keren nih pantunnya, ijin kopi yia...

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 4 September 2014 8:55 PTG

kak nah suka pantun2 ni..suka baca jela..nak susun ayat tu yang penin2 sikit..

Fiu S delete icon 4 September 2014 9:27 PTG

pantunnya bgus sangat ... saya suka macam tu ... :D

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 4 September 2014 9:55 PTG

Zumal suka gak berpantun ^_^

paridah delete icon 4 September 2014 10:07 PTG

betul tu pantun2 pak engku mmg indah...tq Jery Yanuarian.

paridah delete icon 4 September 2014 10:09 PTG

tq Comtell Cell...silakan copy...

paridah delete icon 4 September 2014 10:12 PTG

pantun tu ibarat gubahan bhasa yg indah n jiwa kita tenang membacanya....tq Kak nah.

paridah delete icon 4 September 2014 10:14 PTG

heh...heh pandai dialek Msia ya..tq Fiu S

paridah delete icon 4 September 2014 10:15 PTG

pantun kan budaya kita...tq zumal.

acik idah delete icon 4 September 2014 10:54 PTG

Salam kak paridah...
Mak ayah asal melaka... orang kata org melaka pandai berpantun... tapi kami tak pandai pun... huhuhu :D

Pha Is delete icon 5 September 2014 12:34 PG

mendalam maksudnya..

Bunda a.k.a KN delete icon 5 September 2014 3:50 PG

Cantik maksud pantun tersebut....begitulah kan...Air yang tenang jangan sangka takde buaya.....wajah yang riang jangan sangka takde lara...

Setiap kita ada suka duka dalam kehidupan...cuma sesetengahnya tu talnak tunjuk...

paridah delete icon 5 September 2014 11:26 PG

berpantun hanya pada yg minat kot....tq idah

paridah delete icon 5 September 2014 11:28 PG

pantun org lama ada yg tersurat n mksud tersirat...tq Pha is.

paridah delete icon 5 September 2014 11:32 PG

pantun indah mngutarakan maksud...benar tu bunda..apa saja rasa yg trsmbunyi di ati xketara di wajah...tq bunda.

babYpose delete icon 5 September 2014 12:30 PTG

berpantun berangkai-rangkai, yang penting mesej diterima pakai :)

paridah delete icon 5 September 2014 2:38 PTG

wah pantun dua kerat yg menarik....tq babYpose.

nohas delete icon 5 September 2014 3:33 PTG

menarik!!..dah lama tak jumpa pantun2 mcm ni..

paridah delete icon 5 September 2014 4:15 PTG

pantun lama n pantun baru pak engku yg menarik....tq nohas.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”