ASSALAMUALAIKUM
MENCECEH!
MENCECEH! MENCECEH!
Ramai
sekali minat menceceh
sepantun
murai riang berkicau
menganggap
isu tidaklah leceh
gamat
suara riuh mericau
.
Terimbau
akan filem P.Ramlee
tiga
pemuda kayuh basikal
keliling
kampung girang sekali
lagu “Menceceh”
bersatu vokal
.
Lirik
tersusun kait cerita
meskipun
lucu selindung tamsil
bukan
sekadar karya tercipta
giat usaha
mendaya hasil
.
Era
menceceh telah bermula
terpana
sinar kerdipan bintang
cerlang
terpancar hikmat kemala
langgar
sahaja aral merintang
.
Gegak
gempita beka wacana
media
maya tapak berjejak
jaring
internet akan wahana
mencapai
khabar kusyuk terlajak
.
Menceceh
sudah jadi kerjaya
melipur
lara dalam video
tetap
mengundang gara bahaya
mpak mendurja kesan audio

.jpg)





