Thursday, 18 February 2016

MADAH HAMKA...

ASSALAMUALAIKUM..

MADAH PAK HAMKA...

SINGGAH DALAM ALAM DUNIA INI ADALAH SEPERTI BERHENTI SEBENTAR DI TENGAH PERJALANAN KERANA TUJUAN MASIH JAUH...BAGI SI PEMIKIR BIJAKSANA, SEWAKTU BERHENTI DIAMBILNYA SEKADAR YANG PERLU UNTUK BEKAL PERJALANAN DAN PERSIAPAN DI KAMPUNG YANG ASAL....

DIBAWANYA MAKANAN BEKAL YANG TIDAK BASI DAN DITINGGALKANNYA DI MANA YANG MANA AKAN MEMBERATI DAN MENGHALANGI LANGKAH-LANGKAHNYA SUPAYA DIA TIDAK TERLALAI MENEMPUH KAMPUNG YANG KEKAL ITU....BAGI SI BEBAL DUNIA INI DISANGKA RUMAHNYA SELAMA-LAMANYA....TIDAK MAHU MELEPASKAN DUNIA DARI HATINYA SEBELUM MALAIKAT MAUT SENDIRI MERENGGUT DARIPADA TANGANNYA...

..

HIASAN KAIN PERCA...

ASSALAMUALAIKUM....

KAIN PERCA HASIL LEBIHAN YANG DIJADIKAN PAKAIAN KALAU RAJIN BOLEH DICANTUM JAHIT UNTUK MENGHASILKAN KREATIVITI MENARIK APA SAJA YANG DISUKAI....NAK BUAT CADAR ATAU SELIMUT, HAMPARAN/PERMAIDANI,  SARUNG BANTAL, LAPIK KAKI PUN BOLEH...

PALING MENARIK CANTIK TERLETAK DI JENDELA DIJADIKAN LANGSIR.

DARIPADA DIBUANG SAJA MEMBAZIR ELOK DIMENAFAATKAN KEGUNAANNYA.

SEPERTI YANG DIBUAT KARTENA MOARALI PUAN/ISTERI KEPADA NORADABI ROSDI ...PASANGAN TERSEBUT ADALAH SAHABAT PI SEJAK LAMA.


PERMAIDANI PERCA SULAMAN TANGAN

Bahan-bahan: Kainperca, tapak sulaman (jaring plastik)



LANGSUIR PENGHIAS RUMAH 

Kain perca jangan dibuang
disambung-sambung buat langsir

berwarna-warni jadi hiasan
menambah seri istana menanti

bukan langsuir tapi langsir
penghias dinding penyeri hati

Normasri Adabi
#KFNor




Wednesday, 17 February 2016

ROTI BAWANG BOYAN @BAWEAN...

ASSALAMUALAIKUM....

JOM CUBA RESEPI ROTI BOYAN NI UNTUK SARAPAN PAGI...PASTI MENGENYANGKAN DAN ENAK MENJAMU SELERA PAGI HARI....NAMPAK RENYAH JUGA NAK SIAPKANNYA...TAPI JIKA NAK BUAT TAKLAH SUSAH SANGAT PUN...SIAPKAN INTINYA DULU KEMUDIAN ULI TEPONG UNTUK DIJADIKAN ROTI MENGISI INTI....LEPAS TU GORENG...DAH PUN SIAP...

ROTI BOYAN@ BAWEAN



Bahan2 Kulit
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 sudu besar air suam
50 ml minyak masak
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil gula
¼ sudu kecil garam


Cara membuat kulit :
1) Ayak tepung ke dalam mangkuk besen yg besar.
2) Cairkan minyak sapi & campurkan dgn minyak masakan. Garam dibubuh ke dalam air suam.
3) Masukkan minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi adunan yg lembut tapi jgn sampai lembik. Buat beberapa bebola daripada adunan tadi dan biarkan sebentar.


Ada dua pilihan untuk inti terpulang kepada anda..
Bahan2 Inti (Cara 1 )
400 gm/ 3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit
4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa


Bahan-bahan Inti (cara ke 2)
800gm kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
4 biji telur
2-3 biji bawang besar (dihiris atau dadu)
200 gm isi ayam (potong kecil2, perap dgn sedikit ketumbar jintan, garam & digoreng)
secukup daun sup & daun bawang
1 batang cili merah hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
garam secukupnya


Cara:
1) Gaul rata kesemua bahan di atas hingga rata dan sebati .
Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti


Cara2 menyediakan inti
1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.
( Cara yang sama untuk inti kedua)


Cara penyediaan kulit..
1. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli. Campurkan garam & gula & gaul rata. Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas. Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
3. Canai dan lipat macam buat murtabak
4. Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing.
5. Potong roti hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.


RESEPI LIKE PAGE KEK BISKUT RAYA.

ZIKIR DALAM HUJAN...

ASSALAMUALAIKUM...

PENGAJARAN DARIPADA HAIWAN..


Pic google images.

ZIKIR DALAM HUJAN

Kala rintik-rintik hujan
membasahi bumi kering kontang
bergemalah alunan katak sahut-sahutan
melagukan zikir kegembiraan kesyahduan
Setiap hela nafas adalah zikir
Tidak pernah terlupa di mana hadir
Walau asyik melompat ke darat dan ke air
Andai terlupa zikir di hati
Itu yang ditemui
katak terbungkang di jalanan
dilenyek kenderaan
Berzikirlah sebanyaknya basahkan lidah
tanda syukur kepada Allah mengelak masalah
laksana gemaan katak memanggil hujan

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.
17  FEB 2016.


Tuesday, 16 February 2016

SAMUU SIDA PERKAMPUNGAN RED INDIAN SWEDEN...

ASSALAMUALAIKUM....

MILLA CHIK SAHABAT PI MASIH BERADA DI SWEDEN MENERUSKKAN WISATA MENIKMATI MUSIM SALJI DI SANA...KALI INI KE SAMUU SIDA PERKAMPUNGAN RED INDIAN YANG PUTIH DILITUPI SALJI....
WALAU TIDAK DAPAT HENDAK JALAN KE SANA MENGALAMI SENDIRI SUASANANYA TAPI DAPAT MENIKMATI FOTO MENARIK KIRIMAN SAHABAT YANG BERADA JAUH DI SANA PUN SUDAH MEMADAI...TERIMA KASIH BANYAK MILLA INGATAN MANISMU ITU.

SEMOGA SAHABAT DAN FAMILI SIHAT SEJAHTERA DAN BAIK-BAIK ADANYA....DILINDUNGI ALLAH DARIPADA SEBARANG PERKARA YANG TAK DIINGINI.
SELAMAT MENERUSKAN KEMBARA WISATA.




RAINDEER SEAKAN RUSA TAPI HANYA HIDUP DI TEMPAT SEJUK.

Monday, 15 February 2016

LEBAH DAN BUNGA................

ASSALAMUALAIKUM...

LEBAH DAN BUNGA


Pic google images.

Permaisuri yang menguasai koloni menitahkan kaumnya
saling berkerjasama mencari nectar bunga-bunga.
Sambil merangsang pendebungaan
yang menghasilkan putik putik buah-buahan.
Segera pula pulang ke sarang untuk pengumpulan.
Nectar yang manis daripada bunga-bunga harum,
bergizi tidak bisa mahupun beracun.
Dipilih daripada bunga bunga terbaik,
tanjung, siantan, kenanga, mawar tercantik.
Terhasillah madu teramat manis unik.
Kesukaan baginda Rasullullah.
Ikutilah amalan sunnah
rezeki anugerah Allah
yang mengandungi beribu kebaikan kesihatan
untuk kehidupan.
Sebaik-baik pilihan menjadi suapan
biarlah yang perlu lagi halalan thoiyiban.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
16 JAN 016


SUSU BASI PENGGALAK ORKID BERBUNGA...

ASSALAMUALAIKUM…


Pemanfaatan susu basi untuk perangsang bunga

Susu basi memiliki kandungan beberapa unsur micro yang dapat membantu pertumbuhan tanaman seperti zat besi,kalsium, asam amino, dan bakteria labato bacilus bakteri labato bacilus dapat membantu peresapan unsur hara khususnya peresapan unsur fosfor yang dapat membantu merangsang pertumbuhan bunga dan beberapa unsur micro lain yang dapat membantu pertumbuhan batang dan pembungaan akan tetapi susu dapat mengundang hama semut, maka dari itu saya mengunakan minuman yakuld atau susu bayi non glokusa 2 sendok makan untuk 1 liter air.
Berikut cara pembuatan susu untuk perangsag bunga:

Cara pertama:

Bahan :
1. 100 ml air leri kelinci
2. 1 botol yakuld atau susu bayi
3. 3 buah jamur tiram
4. 4 batang kayu manis

Cara pembuatanya :
1.      Rebus kayu manis dan jamur tiram yang sudah di haluskan selama 10 minit
2. Setelah dingin di saring lalu masukan yakuld dan air leri kelinci 
dan siap di gunakan

Cara ke 2:
Bahan:

1. 11 kulit pisang 
2. 4 batang kayu manis
3. 3 buah jamur tiram
4. 2 sendok makan susu bayi non glokusa
cara pembuatanya:
haluskan semua bahan lalu merebusnya 15 mInit setelah dingin di saring dan siap di gunakan. aplikasi ini untuk orkid dewasa siap berbunga

SUMBER HADI PERAWATAN PONDOK ANGGERIK FB.

Sunday, 14 February 2016

ISYARAT SARAF TUBUH...

ASSALAMUALAIKUM...


PIC GOOGLE IMAGES.

KALAU ANAK MATA KANAN BERGERAK-GERAK.

KATA ORANG TANDANYA NAK BERTEMU DENGAN SESIAPA YANG AKAN MENGUNJUNGI KITA.

KALAU ANAK MATA KIRI YANG BERGERAK-GERAK.

ALAMATNYA KITA AKAN BERSEDIH DAN MENANGIS....RISAU JUGA KAN MEMIKIRKAN SEBAB MUSABAB YANG MENGAKIBATKAN KITA BERURAI AIR MATA KESEDIHAN ITU...

BIMBANG INSIDEN YANG TIDAK DIINGINI AKAN BERLAKU....PERCAYAKAH TIDAK DENGAN ANDAIAN BEGITU?....SAMAADA YANG LAIN PERCAYA ATAU TIDAK ITULAH YANG SERING PI ALAMI....PERLU BERSEDIA DENGAN KEMUNGKINAN HADAPI PERISTIWA YANG DIHANTAR ISYARAT TUBUH...

SETAKAT NAK MENERIMA TETAMU WALAU SESIAPA SAJA TIDAKLAH JADI MASALAH BAGI PI TAPI KALAU NAK MENANGIS TU YANG BERAT SIKIT....BILA DAH BERUSIA TIDAK MAHU LAGI MENANGIS KESEDIHAN WALAU TIDAK BERKETAWA SEPANJANG MASA... .

MyBloglist