Friday, 12 May 2023

KEMBARA SEORANG PEMBURU KUMBANG

 

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



ULASAN BUKU

KEMBARA SEORANG PEMBURU KUMBANG

Genre : Novel

Penulis : Mohd Saleh Said

Penerbit : SHE

Nombor ISBN : 978-967-2378 -  93-8 ( Sastera Kehidupan)

Bilangan mukasurat : 282

Pengulas : Paridah Ishak

 

Penulis novel ini mengolah catatan kembara seorang Professor, pesara akademis university Utama meneruskan kajiannya untuk mengemaskinikan biodiversity, menyemak Garis Wallace pembatas pengagihan fauna di beberapa bahagian negara Indonesia.

Sulaiman watak utama novel ini ditonjolkan maksima. Watak-watak lain muncul seiring dengan pengembaraannya memburu kumbang Chrysomelidae dan spesies baharu. Sebelum memulakan pengembaraannya, Sulaiman berbincang dengan isterinya Aisyah berkenaannya sisi pro dan kontra. Akhirnya pasangan itu mencapai persetujuan dan persefahaman.

Perburuan kumbang Chrysomelidae bermula di Lombok, Indonesia. Agus watak ketiga seorang pemandu hotel tempat penginapannya menjadi pembantunya. Setiap lokasi yang dijangka kedapatan pelbagai spesies kumbang akan djejaki Sulaiman bersama Agus.

Sulaiman diperas ugut pegawai perahanan Lombok kerana mengambil spesies kumbang di pinggiran hutan itu. Setelah Agus muncul keadaan menjadi ironi. Tapi Agus dan Sulaiman dibawa bertemu dengan ketua jabatan untuk mendapatkan hukuman setimpal kesalahannya.

Di sini Penulis sertakan insiden kebetulan. Subagio, ketua jabatan perhutanan Lombok ialah rakan sekuliah Sulaiman di university Bandung suatu ketika dahulu. Insiden itu menyelamatkan Sulaiman daripada dendaan dan hukuman kerana kesalahan itu.

Di Lombok Sulaiman turut meneliti budaya tempatan. Lombok berhampiran Bali di bawah pemerintahan sultan beragama hindu sebelum ditakluki sultan beragama Islam.

Sebaik tiba di KLIA specimen yang dibawa ditahan pihak kastam kerana membawa specimen dari luar negara tanpa izin. Apakah tindakan Sulaiman?

Agus mengikuti Sulaiman untuk meneruskan penyelidikan kumbang di Sumbawa. Watak keempat Deddy menjadi teman Agus sebagai pemandu gantian.

Antara sedar dengan tidak Sulaiman dibawa bertemu sultan Sumbawa yang alim bertanyakannya kenapa Wallace tidak singgah di Sumbawa dalam kajiannya menentukan pemisahan fauna. Sultan mengagak Alfred Russel Wallace tentu menggangap Sumbawa telah musnah kerana letusan gunung berapi Tambora. Baginda mengatakan kejadian letusan gunung berapi Tambora tercatat dalam Syair Kerajaan Bima. Syair itu disimpan seseorang bernama Lukman.

Sulaiman menyedari mungkin dia sekadar berilusi dan meneruskan perjalanannya ke Bima. Tapi kebetulan menemukannya dengan watak Lukman di sebuah taman di Bima. Lukman menerangkangkan Henrie, seorang seorang sarjana Peranchis menemukan banyak manuskrip Melayu adalah bukti bahasa Melayu ialah bahasa persuratan nusantara.

Perburuan kumbang Chrysomelidae diteruskan ke Timor. Penbantunya seorang berkulit hitam yang tidak segan silu menceritakan pernah membunuh kawannya secara tidak sengaja. Bagaimana agaknya perasaan Sulaiman?

Apakah Sulaiman berjaya menemukan spesies baru kumbang Chrysomelidae  sepanjang pengembaraannya meliputi, Sulawesi, Sunda Kecil, Timor, Makasar, Ternate, Buru, Acheh, Pulau Nias, Menado, Kendari dan Manokari?        

Banyak lagi pengalaman menarik, mengujakan, menakutkan Sulaiman hanya boleh diketahui dengan membaca novel Kembara Seorang Pemburu Kumbang.

Sedikit biodata novelis ini, lahir pada 1947 bersekolah di sekolah Alam Shah. Meneruskan pendidikan sarjana di Institute Teknologi Bandung dan Illionis Urbana Amerika Syarikat. Pernah menjadi Proffessor pensyarah di UKM.   

Wednesday, 10 May 2023

MENJAUH

 ASSALAMUALAIKUM



MENJAUH

Mulai menjauh
menghindari meriah media maya
meskipun mengasyikanku
menjerumuskanku mazmumah
.
Memohon Mujib
merestuiku mencintai
menyantuni mesra mahmudah
maka mendekati mauduk mualim
manusiawi muslim
.
Meleraikan masalah membelitku
membiarkanku meragukan mauduk
mengabaikan masa
melayarinya memeningkan
membuatku musyhkil
mewajarkanku melupakannya
All re

Tuesday, 9 May 2023

ASIMILASI

 ASSALAMUALAIKUM


Pic Utusan Malaysia (C)


ASIMILASI
.
Adaptasi sebati bersatu
kemas dirangkum jadi gabungan
adun serasi harmoni jitu
.
Erat bersama berpisah jangan
demi Malaysia nan tercinta
maju warga jalan seiringan
.
Berada di desa atau kota
jiwa dan raga harus berubah
usaha gigih kurang berkata
.
Apa yang kurang harus ditambah
sifat mulia budi pekerti
teguh berdiri walau di lembah
.
Asimilasi memang sudah pasti
sekian lama telah berlaku
kongsi ruangan setulus hati
.
Walau budaya berbilang-bilang
setia warga nyawa bergalang

Sunday, 7 May 2023

BERTANYA

 ASSALAMUALAIKUM



BERTANYA
.
Jikalau masih bertanya-tanya,
tentulah tahu sedikit hanya.
.
Jikalau segan mahu bertanya,
tersesat pula arah halanya.
.
Jikalau asyik mengulang tanya,
tanda pastikan maksud jawabnya.
.
Jikalau jawab seolah ragu,
belumlah layak sebagai cikgu.
.
Jikalau tanya perkara sulit,
jawapan susun tidak berbelit.
.
Jikalau hendak mesti bertanya,
supaya jelas akan empunya.
.
Jikalau minat menuntut ilmu,
tanya murabbi tentu bertemu.
.
Jikalau musykil, soal berhadapan,
pertanyaannya ada jawapan.
All reaction

Saturday, 6 May 2023

MASIH

 ASSALAMUALAIKUM



Selamat berhujung minggu sahabat blogger n viewers. Nikmati puisi tatogram PI seadanya.


MASIH
.
Masa masih membiarkanku mencari-cari
menyelak memori mengalir menyirami mindaku
menangislah mengenangkan malang
menimpaku
.
Membuatku mahu memutar masa
mengembalikan mandala menggirangkanku
mengharapkannya menjadi mungkin
.
Menyesalinya merusuhkan
melampiaskannya mengukirkan madah
mencoret maya
maka mandiri mengusir mega malu
malam menginspirasi mahakarya mimpi

Wednesday, 3 May 2023

MAKMUM SAF KE1

 ASSALAMUALAIKUM

 


----------

MAKMUM DI SAF KE-1

 

Aku tertolak ke saf pertama di solat Subuh di masjid itu

tidak layak aku di situ

kiri kanan orang alim-alim belaka

mereka berjubah putih panjang dan berserban

sekurang-kurangnya berpelikat baharu dan bersongkok putih

pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah

tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.

 

Makmum di kiri kananku alm-alim belaka

amat bersistem duduk dan geraknya

tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut "Hai ya alas solat"

tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk

dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna duduknya di sejadah

memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam

sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan

lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur

tidak memberi salam kanan mereka, sebelum imam selesai salam kirinya.

 

Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan

bersama imam berzikir hingga tamat mengamimkan doa imam di akhir lantas disalam tangan imam.

 

Selesai segala-galanya, aku berdoa:

"Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini

bersama-sama mereka apabila kelak mereka ke syurga dan aku di tahan nanti."

 

Selesai solat begegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan

sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan

datang orang-orang dari saf pertama solat Subuh di masjid tadi

mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya bepelikat baharu dan bersongkok putih

pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah

duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah

makan juga mereka setiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas.

 

Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua

tersentak mereka lalu mereka ramai-ramai berdoa

"Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya

apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti."

 

Terpinga-pinga aku.

 

Kuala Lumpur, 24.01.2017.

 

(Sajak ini dipetik dari buku kumpulan sajak "AM Ke PM", Kuala Lumpur, eSastera Enterprise, 2020).

 

ULASAN  SAJAK MAKMUM DI SAF KE1

Oleh Paridah Ishak

 

“MAKMUM DI SAF KE1” sebuah puisi sajak genre prosa yang menarik. Penulis membina puisi ini secara bersahaja 53 larik bersambung. Ada  perenggan yang melukiskan sesuatu kisah.  

Amat mudah memahami maksud pengkarya justeru ditulis seolah anekdot menceritakan pengalamannya yang ironi. Tapi tiada menggunakan tanda baca persis kebiasaannya sebuah puisi prosa.

“Puisi prosa juga sebenarnya sudah wujud dalam banyak budaya di seluruh dunia. Di Jepun, prosa dalam puisi menjejaki akarnya sejak abad ke-17.”

-     Petikan artikel Dr Saleh Rahamad Dewan Sastera Jendela DBP.my March 022

Meneliti sajak ini tidak menyusahkan pembaca menikmatinya kerana susunan diksi pilihan  bahasa Melayu standard digunakan seharian. Penulis sajak ini berjaya mengemukakan maksud menjadi intipati sajak tanpa menggunakan diksi puitis, bombastik, simbol, perlambangan, personafikasi, bahasa Melayu klasik dll unsur puisi yang sering dipetik penulis untuk mengindahkan sajaknya.

      Ungkapan sajak ini mencitrakan situasi Penulis teruja berada di saf pertama barisan jemaah bersolat subuh walau sebenarnya Penulis tertolak ke situ. Penulis amat mengagumi makmum di saf 1 kerana kelihatan berilmu, zuhud, alim dan tertib beribadah. Terasa dirinya teramat kerdil lantaran tidak persis mereka yang bersolat di saf pertama yang memperagakan busana Islam sempurna.

      Lantas beliau berdoa semoga kelebihan mereka mampu menampung kekurangannya andai tertahan ketika ke syurga kelak.

      Setelah usai bersolat Penulis bersarapan di kedai mamak. Turut bersarapan di situ makmum yang bersolat bersamanya di saf ke1. Penulis membayar harga sarapan semua kenalan barunya, makmum sah ke1.

Penulis terpinga-pinga apabila mendengar makmum ke1 mendoakan semoga baik budi dan keikhlasan Penulis mampu membawa mereka ke syurga seandainya tertahan kelak.

Kejadian ironi mengejutkan Penulis seakan hijab pengertian ikhlas itu tersingkap luas. Penulis secara bersahaja berdakwah menekankan nilai murni keikhlasan melakukan ibadah Islam syumul maha penting walau sekadar melakukan kebajikan kecil sekadar kemampuan dan tidak terlalu berlebih-lebihan.

      Sajak ini keseluruhannya digarap dengan sempurna. Maksud hendak disampaikan Penulis ternyata berkesan menyentuh perasaan. Membuat pembaca merenung akan kebenarannya. Cuma ada sedikit kesilapan kecil ejaan. Mungkin kerana masalah teknikal.  

1. alm-alim - alim

2. . "Hai ya alas solat" - solah

3. Subuh – subuh

4. Bepelikat – berpelikat; tiada dalam kamus Dewan

Walau puisi sajak luahan hati Penulisnya bebas tanpa pola namun masih terikat dengan struktur ejaan yang tepat.  


Monday, 1 May 2023

PUISI TAUTOGRAM

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERCUTI HARI PEKERJA



TAUTOGRAM

Puisi *Tautogram mula diperkenal pada kurun ke-15. Puisi aneh ini pertama diperkenalkan oleh John Leo Placentius bertajuk "Pugna Porcorum Per Portium Poetam" dengan mengguna nama samarannya Publius Porcius.

*Tauto bererti *sama, dan *Gram pula bererti *huruf yang membawa maksud keseluruhannya *sama huruf. Dengan yang demikian sajak ini digelar sajak sama huruf kerana setiap perkataan yang ditulis dimulai dengan huruf yang sama. Pemuisi boleh pilih mana-mana huruf antara A hingga Z.

-----

PUGNA PORCORUM PER

Porcorum pigra propago
progeditor, plures Porci pingvedine plceni
pugnantes pergunt, pecudum pars prodigiofa
perturbat pede petrofas plaerumque plateas
pars portentofe populorum prata prophanat
pars pungit populando porens, pars plurima plagis
praetendit punire pares, profternere parvos
primo procorum praefecti pectore plano

~ Publius Porcius

------

SAYANGKU

Sayang...
saya senantiasa sayangimu
selalu senyum sendirian
sering sampai senja
seiringan sinaran suria
semakin sepi

Sayu...
selamanya saya seorang
sayang seribu sayang
sambutlah sayangku
seadanya

~ TabirAlam

------

PERATURAN

1.  Tajuk bebas pilihan pemuisi dalan tautogram

2.  Bentuk penulisannya bebas

3.  Tiada had bilangan perkataan pada tiap baris

4.  Tiada had bilangan pada tiap rangkap


 

SENYUM

 

Semalam seolah saat sedih

sedang sakitiku sehingga

segalanya semakin sirna

sukma seluruhnya

senantiasa suram seri  

 

Senyum sinis sendirian

seolah sesuatu sedang  sergah

sudahnya seperti seorang sewel

 

Sukar sekali sayangku

seandainya seringkali sepi

sekiranya seiringan

sama segandingan

setia sayang selamanya


Paridah Ishak

Desa Melor Serendah

1/05/203


MyBloglist