Thursday, 13 December 2018

PENGHARGAAN YANG TIDAK TERNILAI...

ASSALAMUALAIKUM

Image may contain: 15 people, including Yatim Ahmad and Tati Sitaim, people smiling
Image may contain: 2 people, including Yatim Ahmad, people smiling, people sitting
PI BERKONGSI STATUS  FB YANG DITULIS SDR YATIM SEORANG PENULIS SABAH JUGA EDITOR AKHBAR NST YANG MASIH BERCUTI EKORAN STATUS FB PI TENTANG BUKU-BUKU YANG MENERBITKAN KARYA PI SEPANJANG 2018.

SELANGKAH MENUTUP PINTU 2018
PENULIS yang berjaya ialah yang memiliki dokumentasi untuk karyanya, tidak kira atologi atau kumpulan karya. Dan kerana itu kita berbangga kepada Paridah Ishak atas usahanya menyertai pelbagai terbitan antologi dari persatuan penulis atau kumpulan penerbit.
Parida di statusnya, berkata Disember 2018 perlahan-perlahan mengansur diri meninggalkan catatan kenangannya dalam lipatan memori. Dalam tempoh setahun, Kakpidah hasilkan beberapa antologi antaranyanya SPTA - Sifu Tabir Alam, Yatim Ahmad (Jom sastera), Dato Radzuan Ibrahim (Penyair Malaysia), Karyawan Pk, BeTA: Ilhami Hisham (BeTA), Roslan Madun (Perpustakaan Negeri Pahang), Md Share Abd Ghani/TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar (Bahtera Publishing), Tati Sitaim(Iris Publishing & Distributors) dan E-Sastera Malaysia oleh Prof Irwan Abu Bakar.
"Terima kasih banyak kepada semua editor penyelenggara atas kesudian menyertakan karya kak Pidah dalam antologi berkenaan," kata Parida.
Berdasarkann perkembangan sastera, terbitan antologi karya begini tidak pernah dinikmati oleh mana-mana penulis sebelum dunia memasuki Abad ke-21. Ini kerana waktu itu penerbitan sangat menitik beratkan kualiti karya (pemilih) serta hanya menumpu personal yang dikenali sahaja semata-mata mahu menjaga 'standard' terbitan mereka, wal hal seperti mana-mana bidang, memerlukan pemula yang perlu diberikansuntikan semangat.
Bagaimanapun, apabila Abad ke-21 memasuki fasa pertama suku tahun pada 2010 iaitu persamaan pembentukan banyak persatuan dan kelab penulis alam maya, industri perbukuan mula berubah apabila mereka memulakan terbitan buku untuk ahli. Kita lebih terbuka dan toleran kepada semua pihak tanpa mengkelaskan mereka.
Kumpulan sastera maya seperti Rakan Sastera (Sabah) memulakan langkah membukukan ahlinya pada hingga hasilkan Antologi Puisi Kelarai diselenggarakan oleh Kathirina Tati Sitaim. Kelab penulis ini saya tubuhkan pada 2011, walaupun tidak lagi aktif, tetapi beberapa ahlinya terus menulis dan hasilkan buku.
Begitu apabila saya menubuhkan Ikosas, kami menerbitkan antologi puisi, sebelum menubuhkan Jom sastera, bukan sahaja buku malah majalah. Langkah menerbitkan karya ahli persatuan dan kelab penulis alam maya semakin pesat sejak dua tiga tahun lalu.
Kesedaran mendokumentasikan karya penulis ini telah memecahkan monopoli penerbitan buku oleh penerbit arus perdana dan berikan saingan dari segi pembelian buku-buku sastera.
Selain puisi, penerbit maya juga hasilkan antologi cerpen dan ini berikan peluang mengasah bakat kepada penulis maya. Persoalan kualiti tidak timbul, walaupun menerima banyak ritikan, namun akhirnya kita pasti menuju kematanagn berkarya, cepat atau lambat. Kematangan dan kualiti akan datang sendiri apabila kita berikan peluang kepada semua penulis untuk ikut sertakan antologi.
Budaya terbitan buku sastera maya ini secara tidak langsung hasilkan 'keusahawan' penulis apabila mereka mengeluarkan kos terbitan bersama-sama, selain menjual antologi kepada awam. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penulis sebelum sastera siber meledak kerana sebelum itu, promosi dan penjualan buku dilakukan oleh pihak penerbit. Dalam skala yang terhad, tanpa bantuan, pemasaran buku ketika itu amat terhad.
Sebelum sastera siber berkembang, penulis bagaikan raja kepada penerbit. Walaupun dibayar royalti dan buku terus dicetak, namun penulis bagaikan tidak boleh diganggu gugat kerana tiada sesiapa boleh hasilkan buku dan ini menyebabkan segelintir penulis dan tokoh sasterawan seperti anak emas kepada penerbit berkenaan menyebabkan wujudnya kelompok feudal dan eletis sastera yang lupa bahawa masyarakat adalah faktor utama menentukan bidang itu bertahan atau tidak.
Namun, apabila persatuan dan kelab penulis alam maya tumbuh seperti cendawan di musim hujan, cici-ciri memasyarakatkan sastera pun turut berkembang, tetapi usaha ini tiba ketika industri buku pula merundum berikutan peralatan lebih canggih seperti telefon pintar menyebarkan pelbagai maklumat.
Begitulah. Walaupun perkembangan semasa sastera begitu maju, tetapi hadapi kesan kejatuhan sejak setahun lalu- antaranya syarikat penerbitan tutup, buku dilelongkan atau dibuang, tetapi pengamal sastera maya mampu menjadi tonggak kekuatan infrastruktur yang hampir roboh itu menerusi budaya keusahawan penulis.
Setidaknya, sesama kita menerbitkan buku dan membeli akan terus wujudkan persekitaran sastera kalangan masyarakat.
Semoga semua penulis terus komited hasilkan karya dan dibukukan, selain kita berusaha untuk keluar dari kepompong berkelompok ke kawasan umum untuk menjual produk sastera sambil mengadakan acara deklamasi puisi.
KIta juga perlu menggalakan agar semua persatuan penulis dan kelab sastera maya agar membuat perancangan ke sekolah-sekolah untuk memastikan kita dapat membentuk pelapis muda sastera selain mendorong mereka membeli dan membaca buku sastera.
Tahniah kepada Parida dan semua rakan-rakan yang mendokumentasikan karya. Semangat bekerjasama ini perlu terus dipertahankan dan semoga akan ada karya besar dihasilkan oleh penulis alam maya suatu masa nanti.
Untuk memastikan struktur sastera ini tidak roboh, semua pihak harus berada di belakang pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan menyokong semua program pihak berkanun itu agar dapat membentuk program bersepadu. Begitu kita kena usahakan bagaimana ITBM terus berikan khidmat kepada penulis dan masyarakat keseluruhannya.
Semoga semua maju jaya
Ketua Satu
*Foto KKDJ terbitan JS yang turut memuatkan karya Paridah Ishak

Tuesday, 11 December 2018

ANTOLOGI CERPEN PUISI 2018

ASSALAMUALAIKUM


Disember 018 pelan-pelan mengansur diri meninggalkan catatan kenangannya dalam lipatan memori...sepanjang 018 kakpidah dapat juga menghasilkan beberapa antologi bersama antaranya;
Terbitan;
SPTA: Sifu Tabir Alam
JOM SASTERA: En Yatim Ahmad
PENYAIR MALAYSIA : Dato Radzuan Ibrahim
Karyawan Pk
BeTA: En Ilhami Hisham
PERPUSTAKAAN NEGERI PAHANG : En Roslan Madun
BAHTERA PUBLISHING: Md Share Abd Ghani/TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar
IRIS PUBLISHING & DISTRIBUTORS: Tati Sitaim
E-Sastera Malaysia: Prof Irwan Abu Bakar
Terima kasih banyak kepada semua editor penyelenggara atas kesudian menyertakan karya kakpidah dalam antologi tersebut.




















Sunday, 9 December 2018

BERKHATAN PULAK...

ASSALAMUALAIKUM...

MUSIM CUTI SEKOLAH MEMANG  SINONIM DENGAN KENDURI KENDARA PERKAHWINAN, PERTUNANGAN JUGA TIDAK TERKECUALI YANG MENGAMBIL MASANYA UNTUK  MENGKHATANKAN ANAK-ANAK...MASA CUTI SEKOLAH YANG AGAK PANJANG DI MANFAATKAN SEBAIKNYA.

KALI INI SUDAH SAMPAI GILIRAN TIGA CUCU LELAKI PI DIKHATANKAN....MULANYA AQIL, ARIFF DAN  ABQORI YANG BARU BERUSIA 5 TAHUN BEGITU TERUJA HENDAK HADAPI PENGALAMAN ITU....MASING-MASING TIDAK SABAR MENUNGGU HARI HENDAK KE  KLINIK...ABQORI YANG KELETAH TU AMAT TERPENGARUH DENGAN CERITA UPIN UPIN DALAM SIRI BERKHATAN DI YOUTUBE YANG SERING DITONTONNYA.
                                                          PIC GOOGLE(C)
DAN MALAM SABTU LEPAS BERAKHIRLAH PENANTIAN  TIGA BERADIK ITU...TELAH SELAMAT MENJALANI IBADAH KHATAN SEBAGAI BUKTI LELAKI ISLAM SEJATI YANG BERANI. DI SEBUAH KLINIK SYIFA SERENDAH.

RIUH PULA RUANG RUMAH DENGAN ERANGAN HERO BERTIGA  ITU MENAHAN NYERI KESAKITAN   YANG MENYENGAT KADANGKALA....KESIAN SUNGGUH PI MELIHAT DERITA YANG MEREKA TANGGUNG WALAU HANYA SEMENTARA                                                                                                                                                                                                 
                                     ABQORI AQIL ARIFF BERSMA PAPA/MAMA         

Friday, 7 December 2018

LENGKARAN MAYA...

ASSALAMUALAIKUM





LENGKARAN MAYA 

Samseng samseng jalanan maya
menggonggong nota kebenaran
menggempur wujud persona
mengadili kebenaran

Menyatakan jawapan berbeda tentang isu
walau dengan manis melafazkan
tidak salah berbeda pandangan
meluah rasa termengkelan
sukar ditelan
Lalu samseng jalanan maya
membawa peranan
menggembur permusuhan

Tidak pernah ia meredap
bak api dalam sekam
dihembus pawana bicara
menyalalah api meliuk kuning
membara merah menggila
membakar langit damai
tiada sudahnya

PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol  Pahang DM

Wednesday, 5 December 2018

KHASIAT MADU DI UJUNG IBU JARI

ASSALAMUALAIKUM...

PETUA MUDAH MENJADIKAN ANAK MENDENGAR KATA

ZAMAN KINI MENDIDIK ANAK MENJADI MANUSIA BESAR DUGAANNYA....DITAMBAH DENGAN GANGGUAN GAJET-GAJET CANGGIH YANG MENGUASAI KEPERLUAN HIDUP SEIRING MASA...ANAK-ANAK YANG TERDEDAH DENGAN PELBAGAI INFORMASI SERING MERAGUI KATA IBU-BAPA DAN MEMBANTAHNYA....TENTULAH PENING IBUBAPA DENGAN PERANGAI ANAK YANG BEGINI....UNTUK PENYELESAIAN MASALAH INI BOLEHLAH DICUBA TIP MUDAH YANG DIBERI SEORANG USTAZ YANG MEMBERI KULIAHNYA DI SURAU KAMPUNG PI.

MENURUTNYA LETAKAN MADU LEBAH DI UJUNG IBU JARI DAN BIARKAN BAYI YANG MASIH KECIL MENGHISAP IBU JARI ITU DAN IBU BAPA YANGMELAKUKANNYA BERSELAWATLAH SAMBIL BERNIAT  AGAR  ANAK ITU MENDENGAR KATA DAN MENJADI ANAK SOLEH  ATAU SOLEHAH.

TAK RUGI MENCUBA....INSYAA  ALLAH                                                       

Monday, 3 December 2018

NOSTOSALGOS

ASSALAMUALAIKUM

Nostosalgos
Apa itu?
Maksudnya, pulang (nostos) dan derita atau keinginan (algos)
Pada akhir kurun ke-17, seorang pelajar perubatan bernama Joanna Hofer mendapati para pesakit di hospital seperti pedagang yang jauh dari tanah asal dan tentera yang ditugaskan luar tanahair mengalami situasi seperti insomnia, kepenatan, degupan jantung tidak sekata, demam dan sakit perut disebabkan satu keadaan, iaitu nostalgia.
Pada mulanya dianggap satu masalah mental dan kajian demi kajian dibuat.
Lama kelamaan penemuan ilmu baharu menjadikan kedudukan nostalgia sekarang dipanggil situasi mental sahaja.
Ia bukan penyakit tetapi keinginan pada masa lalu.
Penulis Perancis bernama Marcel Poust menggambarkan kek madeleine yang dimakan mengingatkan dia kepada kehangatan kasih sayang ibu yang pernah menyediakan kek yang sama ketika beliau kanak-kanak.
Marcel menulisnya dalam Search of Lost Time bagi memberitahu bagaimana situasi mengingati secara sukarela dan memori secara paksaan.
Menulis kisah hidup berkaitan menggunakan nostalgia terpilih akan mempunyai kesan psikologi kepada penulis.
Perkara ini disedari oleh pembuat filem dan pengiklan yang menyedari bagaimana nostalgia memberi rasa puas hati dan kegembiraan pada seseorang.
Disebabkan nostalgia, filem Rocky lakonan Slyvester Stallone disambung dan wujud kedai-kedai kopi bertema dulu-dulu.
Kajian ke atas individu yang bernostalgia menunjukkan kepada empat keadaan pada pelakunya.
1. Nostalgia membuat seseorang lebih menghargai kehidupan. Dia sedar ada sesuatu yang bermakna yang pernah dilaluinya.
Apabila dikongsi (ditulis) ia meningkatkan rasa positif kepada diri.
2. Nostalgia membantu menaikkan estim diri dan menguatkan perasaan bahawa diri diterima dalam masyarakat.
3. Nostalgia mendorong pembesaran psikologi positif pada diri dan mendorong sifat kebajikan seseorang.
4. Nostalgia mengembalikan mood positif terhadap orang yang stress.
Misalnya selepas seharian dia tertekan di tempat kerja, dia bermain batu seremban di rumah bagi merangsang perasaan keanak-anakan yang dapat mendorong kawalan emosi kembali.
Menulis kisah hidup menggunakan nostalgia adalah cara memberi makna baharu dalam kenang-kenangan dahulu, mendorong emosi lebih baik dan merangsang diri.
Mahukah tuan dan cik puan mendapatkan kekuatan fikiran dan jiwa dengan menulis nostalgia?
Pada hari Ahad, 2 Disember kita belajar Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca. Klik komen pertama bagi pendaftaran awal.

Ahad, 2 Disember Kelas Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca. Klik di sini https://www.subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_kisah_hidup

Mahu hadir bengkel-bengkel lain?

Sabtu 1 Disember akses untuk crowdfunder sebelum ini yang menyokong projek kami ke Singapura. Akan diemelkan. 

Sabtu, 1 Disember Seminar Menulis Iklan Jualan dan Pemasaran Online. Klik di sini https://sensei.com.my/pmsc/?ref=12

Ahad, 2 Disember Kelas Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca. Klik di sini https://www.subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_kisah_hidup

Sabtu, 29 Disember, Masterclass Menjadi Ghoswritter Dari Dua ke Lima Angka. Klik di sini https://www.subscribepage.com/ghostwritermalaysia

Ahad, 30 Disember, Bengkel Menulis Buku Umum Pertama

Saturday, 1 December 2018

FOLLOWER BARU KARYAKU AWAL DISEMBER 018


ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG  MINGGU SEMUA SAHABAT BLOGGER DAN VIEWERS....BIASANYA PENGHUJUNG  TAHUN BERSAMAAN PULA  DENGAN CUTI PERSEKOLAHAN BANYAKLAH UNDANGAN WALIMATUL URUS DI SANA SINI....WAJIB HADIRINYA JIKA TIADA ARAL...TAMBAH MENGERATKAN LAGI IKATAN UKHUWAH....BUKAN SELALU PUN...DI MAJLIS KENDURI DAPAT PULA BERTEMU SAUDARA MARA SAHABAT HANDAI DAN KENALAN LAMA....BAGUS SANGAT TU               

BLOG KARYAKU JUGA MENDAPAT DUA KENALAN BARU YANG SUDI MENJADI FOLLOWER...ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH BNYAK KEPADA BLOGGER HAFIZA AIZ ZAWA DAN MERAH  ANGGUN..MOGA PERKENALAN KITA BERMANFAAT MEMBAWA KE SYURGA

Hafiza AizZawa

Merah Anggun

SEKIRANYA INGIN MENGENALI KEDUA BLOGGER INI DAN MEMBACA N3 KARYA MEREKA YANG SANGAT MENARIK SILAKAN KLIK  PIC MEREKA DI FOLLOWER..MUDAH JE

MyBloglist