Tuesday, 10 June 2014

MEMPERELOKAN HATI..

ASSALAMUALAIKUM...

Memperelokan hati

PIC GOOGLE.

Hati kita senantiasa berbolak-balek dan tidak tetap kedudukannya justeru kita perlu istiqamah beramal ibadat untuk menetapkannya.

Sifat pemaaf.

Sifat pemaaf itu sangat mulia. Dan mesti saling bermaaf-maafan kerana setiap amalan anak adam itu akan diangkat pada setiap isnin dan khamis kecuali mereka yang ada sifat dengki mendengki di antaranya.

Janji

Janji mesti ditunai

Hubungan silaturahim

Sangat penting memelihara hubungan silaturahim. Seseorang yang sentiasa menjaga hubungan silaturahim akan mendapat kesejahteraan dan keberkatan hidup.Mereka yang memutuskan hubungan silaturahim sangat dilaknat ALLAH.


BURUNG-BURUNG KECIL DAN COMEL...





ASSALAMUALAIKUM...



BURUNG TERKUKUR YANG SERING TURUN BERMAIN DI LAMAN RUMAH MENCARI SERANGGA DI CELAH RUMPUTAN.

Fail:Tringa glareola - Laem Phak Bia.jpgBurung Kedidi Sawah merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Tringa glareola Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu[1]
Sumber wikipedia.

  1. Burung Ciak Tempua - Wikipedia Bahasa Melayu ...

    ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Ciak_Tempua
    Translate this page
    Burung Ciak Tempua adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Ciak Tempua tidak bergigi.
    Ciri-ciri - ‎Makanan - ‎Pembiakan - ‎Habitat



BURUNG KECIL INI NAMANYA MERBAH KUNYIT HUTAN. BUKAN SENANG NAK TEMUI SARANG BURUNGNYA YANG BERJALUR-JALUR PUTIH INI. SARANGNYA BERKHASIAT LEBIH DARIPADA BURUNG WALIT LAGI.

SUMBER FB DIKNA.
Cucu Kelantan Boleh buat ubat untuk penyakit dalam darah..seperti mana sama dengan sarang burung walit...yg ni lg power..sarangnye ada urat2 keputihan..sarang burung lain tak ada urat2 keputihan itu..

CATALEYA SEINDAH NAMANYA.....


ASSALAMUALAIKUM...
Republish.
Unik kan nama orkid ini, seindah dan secantik namanya. Bunganya semerbak harum baunya. Namun kesegarannya tidak tahan lama. Akan layu setelah beberapa hari saja mekar di tangkainya. Cataleya yangku miliki tidak banyak koleksinya. Ada beberapa jenis saja tapi rajin berbunga dan bertunas baru. Setiap kali tunas barunya muncul pasti akan mula mengeluarkan bunga....




Friday, 6 June 2014

MEE MIHUN KUETEOW...PILIH PILIH JAMU SELERA

MEE GORENG, MEE REBUS, MEE KUAH ATAU SEGALA JENIS CARA MEMASAK MEE MEMANG ENAK DAN MENYELERAKAN. BEGITU JUGA MIHUN, KUE TEOW, SPAGETTI, MACARONI DAN BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG TERGOLONG JENIS MEE..

PIC IDA ZURAIDA DAN RAKAN-RAKAN FB
Makaroni                                       Mi goreng                    


Mi goreng berkicap.

Kuewtiau goreng.


Mihun goreng berserta keropok.

Mihun goreng telor mata lembu.

Mee kari udang.
Sedapnya kalau dapat makan mee kari udang dengan udang-udangnya yang besar begini.

RESEPI MEE KARI UDANG DARIPADA BLOG DAPUR MASAKAN

TERIMA KASIH BERKONGSI RESEPI.

BAHAN-BAHAN
  • udang 1/2 kg
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan  @ kelapa parut sebijik
  • Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk bahan *
  2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
  3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Tapi pic kat atas tu tak buang kulit sebab M..
  4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.

Thursday, 5 June 2014

Misteri keris kecil

ASSALAMUALAIKUM...
Republish.

Dia memperlihatkan keuzuran mental n fizikal

yang merisaukan ahli keluarganya.

Tidak sudah-sudah masalah yang menggelutinya

ekoran niat baiknya hendak menghentikan

penagihannya terhadap dadah. Rupanya bukan

semudah yang disangkanya untuk menganggap pengambilan pelbagai jenis dadah sebagai kesilapan masa remaja yang ingin dilupakan.

Sudah dihantar untuk rawatan pemulihan di PERSADA Sg. Besi selama dua tahun dan hasilnya dia berjaya mengekang dirinya daripada mengambil najis itu namun jiwanya seakan rosak. Seolah bukan dirinya yang sebenar lagi.

Sanggup dia menebang pokok-pokok buah-buahan di sekeliling rumahnya dan menjadikannya lapang seperti negeri yang dilanggar geroda. Emaknya hanya mampu memandang saja dengan kesal menyesak dada. Melarangnya masakan terdaya. Emak bimbangkan golok di tangan anaknya akan menebang dirinya pula.

Selesai kerjanya menebang pokok dia membongkar pula longkang simen di sekeliling rumahnya. Bukan ringan dan mudah untuk mengangkat longkang yang sangat berat itu tapi dia mampu melakukannya.

Kerosakan-kerosakan yang dilakukan si anak seolah dirinya kerasukan itu tidak dibiarkan emak lagi setelah menentang mata anaknya yang merah menyala bak saga.

Akhirnya anak emak itu dibawa berubat ke Taman Permata Gombak. Perawat-perawat di sini adalah ahli Persatuan silat Malaysia dan kebanyakan terdiri daripada guru-guru juga staff kerajaan atau swasta.
Mereka ini merawat pesakit dengan menggunakan keris kecil yang ditusuk di tapak kaki pesakit.
pic google untuk hiasan.

Bahan-bahan yang sangat diperlukan untuk proses pengubatan anak emak ini adalah daun durian belanda, limau nipis dan kelapa.

Dengan izin Allah anak emak telah sembuh dengan bantuan perawat-perawat yang ramah, berbudi bahasa dan sangat baik.

Wednesday, 4 June 2014

Sifat Rasulullah SAW



ASSALAMUALAIKUM...

SUBHANALLAH KEKASIH ALLAH YANG MENJADI IDOLA UMAT MUSLIMIN MUSLIMAT INI TERLALU MENGAGUMKAN PERIBADINYA...ELOK KITA AMBIL TAHU SERBA SEDIKIT KEPERIBADIAN RASULLULLAH JUNJUNGAN YANG MULIA INI.

1. Tingginya sederhana tetapi apabila duduk di dalam majlis kelihatan lebih tinggi daripada yang lain.

2. Kulitnya putih kemerahan.

3. Fizikalnya sedang

4. Matanya agak besar dan kelihatan bercelak setiap masa

5. Ada gigi serinya yang agak jarang sedikit

6. Lebar mulutnya, luas keningnya, dahinya seakan bulan sabit

7. Halus kulit pipinya, hidungnya mancung

8. Dadanya bidang, luas tapak tangannya,persendiannya besar

9. Tebal janggutnya

10. Ada diantara tulang belikatnya lambang kenabian

11. Peluhnya wangi, lebih wangi dari kasturi

12. Selalu bergerak dalam keadaan tenang

13. Apabila seseorang berjabat tangan dengan baginda, keharuman di tangannya berkekalan sepanjang hari.

14. Nabi SAW suka mengusap kepala kanak-kanak dan perbuatan baginda akan terkesanpada yang melihatnya.

15. Wajah baginda bercahaya umpama bulan purnama.

16. Iblis tidak boleh menyerupai Nabi kerana baginda tiada bandingan dengan yang lain.

Info agama ini diperolehi daripada sumber yang sahih dan tidak meragukan.

Monday, 2 June 2014

REJAB TELAH BERLALU...SYA'BAN SUDAH TIBA..

ASSALAMUALAIKUM...

MASA TERLALU CEPAT BERLALU DETIK DEMI DETIK...CAMANA DAH GANTI PUASA?

Rejab telah berlalu dan kita kini memasuki bulan Syaaban. Apakah ibadat yang perlu diperkasakan memandangkan Ramadan yang mulia bakal menjelma tidak lama lagi.

Jawapan

Dalam bulan Syaaban, antara ibadat khusus yang diberi fokus oleh Nabi Muhammad SAW ialah puasa sunat. Maka baginda Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Kenapa pula Nabi SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban? Antaranya;

1. Ialah kebiasaan golongan masyarakat yang terlalai dengan bulan Syaaban. Ini mungkin kerana sebahagian golongan masyarakat Muslim lebih mengutamakan bulan Rejab dan seterusnya bulan Ramadan. Bulan Rejab adalah bulan haram manakala bulan Ramadan adalah bulan puasa fardu. Maka masyarakat mungkin sedikit lalai dengan bulan Syaaban.

2. Sebab yang kedua ialah berlakunya proses pengangkatan ibadat tahunan pada bulan Ramadan. Dalam riwayat hadis sahih, tidak ditentukan bilakah berlakunya proses tersebut. Namun begitu, riwayat beberapa hadis dhaif menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban. Maka kemungkinan besar proses berlakunya pengangkatan amalan tahunan berlaku pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam 15 Syaaban.

Apapun perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama tentang isu ini, namun Nabi SAW menekankan amalan berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Bagi wanita Muslimah yang masih mempunyai baki puasa yang belum diqadakan, maka bulan Syaaban merupakan peluang untuk melunaskan qada puasa tersebut.

UTUSAN.com.my

Sunday, 1 June 2014

JANGAN BERPUTUS ASA...USAHA TANGGA KEJAYAAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH SARAPAN PAGI NI....? SARAPAN APA? SARAPAN KUIH-MUIH ATAU NASI LEMAK SEDAP JUGA...
SAMBIL-SAMBIL TU BACA KISAH SI KECIL PENJUAL KUIH YANG SELAMBA BERJUALAN DENGAN CARANYA TERSENDIRI..


KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

MyBloglist