Monday, 13 January 2025

MERENTAK TIDAK MEMUTUS TALI

 ASSALAMUALAIKUM





Cari tenggiri ikan dijeruk,

dengan cempedak campurkan kerang,

ketam diagak lupa timbangnya;

diri sendiri berkelakuan buruk,

jangan hendak salahkan orang,

hitam gagak tak siapa mencelupnya.


Jerat memintas landak tertusuk ,

galau sang sewah hendak mendarat,

terjengah-jengah menggorek terbang;

ibarat ke atas tidak berpucuk,

kalau ke bawah tidak berurat,

di tengah-tengah digerek kumbang.


Mengelau biar hasilan ganda,

halau kumpulan ikan yang mahu, 

pulau serata apungan landai;

kalau belayar dengan nakhoda,

kalau berjalan dengan yang tahu,

kalau berkata dengan yang pandai.


Pasar Serendah kunjungan ramai,

jarang ke situ belek barangan,

tapau beluru keseringan;

tidak mudah menggelamai,

kurang haru cik kambingan,

terlampau haru berlantingan.


Meresah sasau melembing kancil, 

tersentak budak menggetus pasli,

batuk tersedak lambung alami; 

usah dirisau si kambing kecil,

merentak tidak memutus tali,

berantuk tidak melambung bumi.


Galah dirikan usah jatuhkan,

belah dilarik lalu ukirkan,

setelah rekah lurut sekali;

salah makan memuntahkan,

salah tarik mengembalikan,

salah langkah surut kembali.


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

13/1/025

Saturday, 11 January 2025

AYAM OH AYAM

 ASSALAMUALAIKUM


AYAM





OH AYAM


Ayam berkokok menjelang pagi

masih tak bangun hari meninggi

.

Berketuk ayam riuh sekampung

telur sebiji mula mengepung

.

Cuba menyentuh ayam mengeram

terkena patuk hati pun geram

.

Hai anak ayam mengikut induk

kala usik diserbu terduduk

.

Ayam di pasar tergantung-gantung

pembeli rugi penjual untung

.

Pasaran ayam kartel mengawal

terlupa tindak terlebih awal

.

Hilanglah ayam dari pasaran

tertanya-tanya  nan penasaran

.

Memburu pula ayam di hutan

bunian tegur demam tak bentan

Friday, 10 January 2025

ANGIN

 ASSALAMUALAIKUM



ANGIN

 

Hembus  lembut dingin

dedaun berguguran perdu pohon

bergantian silih ganti

.

Tertentu  janji kala

takdir Allah taala

,

Segalanya  sudah tersurat

setelah terputus urat

 

.#2

 

Sepoi  bahasa cuma

kejap mendakap pohon ingin

sudahnya gugur jua

.

Pautan  tetap terlerai

rantai  fana urai

.

Asbab  wajah alasan

berlalu tanpa pesan


Thursday, 9 January 2025

SENSASI

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


 

SENSASI

 

Demi  menempa lonjak perhati

karyawan cipta tajuk sensasi

teruja rasa menjerat hati

semata khabar manipulasi

.

Semakin  hambar yakin percaya

kebenaran media sosial

cuba mengelak kena perdaya

menyisih laman terkial-kial

.

Eksploitasi  isu masa kini

memetik hanya cerita panas

petah bicara itu dan ini

semata kosong tiada bernas

.

Di alam  maya sarat cerita

tular sebagai bahan berita


Wednesday, 8 January 2025

LUKISAN AI

 ASSALAMUALAIKUM

PI SUDAH MALAS NAK MELUKIS JADI PI SURUH AI SAJA MELUKIS UNTUK PI...KADANG AI NI TAK IKUT ARAHAN JUGA..LAIN KITA SURUH LUKIS LAIN YG DILUKIS MAKNA AI TAK BANYAK MEMBANTU MEMUDAHKAN KERJA BERKARYA SETAKAT BOLEH SAJA...KALAU MAHUKAN KESEMPURNAAN MESTI LAKUKAN SECARA MANUAL JUGA.















Tuesday, 7 January 2025

JAGAT BUMANTARA

 ASSALAMUALAIKUM

JAGAT BUMANTARA DAN ANTOLOGI SYAIR BARU SAJA DILANCARKAN BARU-BARU INI DI KOTA BHARU....MAJLI GEMILANG RAMAI PENULIS MENGHADIRINYA UNTUK MENERIMA HADIAH ATAU SEKADAR TURUT SERTA MENYERIKANNYA ...ANTARANYA BLOGGER MKL TANG MENERIMA HADIAH JUARA SAYEMBARA SYAIR PUSPA....PI TAK MENANG PUN TAPI DAPAT JUGA DUA NASKHAH PUISI YANG DISERTAI....PENULIS NOORLAILA GHAFAR TOLONG MENEIMANYA BAGI PIHAK PI....ALHAMDULILLAH TKSH BANYAK SAHABBATKU....DUA ANTOLOGI PUISI INI MERUPAKAN KARYA TERBITAN AWAL 2025











Monday, 6 January 2025

PANTUN AWAL TAHUN 2025

 ASSALAMUALAIKUM

TERIMA KASIH PUAN DJ ANISMA @RADIO KLASIK SUDI KEUDARAKAN PANTUN PI

TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM SUDI JADIKAN PANTUN PI SEBAGAI KARYA PILIHAN @GRAHA KARYA DAN ADAPTASI DALAM GRAFIK MENARIK





PANTUN D'KLASIK

Radio Klasik RTM

Isnin  6/1/ 2025

Pantun dibacakan Puan DJ Anisma

 

 

Menujah  cermat mengait pauh,

bersama teman di dalam taman;

dendam kesumat dibuang jauh,

insan budiman hidup beriman.






Sunday, 5 January 2025

FLORA

 ASSALAMUALAIKUM





FLORA

 

Tumbuhan pelbagai

berbeza jenis

hidup segar

merata

 

.

Akarnya mengcengkam

tanah dan air

ekosistem

terjaga

.

Pohonan meninggi

memecah angin

ribut taufan

menderu

.

Fungsinya membawa

peranan demi

kebaikan

dunia


MyBloglist