Monday, 9 October 2023

MURID DAN GURU

 ASALAMUALAIKUM



MURID DAN GURU

.

Ahmad seorang pelajar baru dalam sebuah kelas pengajian ilmu tidak disenangi kawan-kawannya kerana merasa guru mereka memberi lebih perhatian kepadanya. Guru mereka menyedari kemelut itu. Dan cuba menjernihkan kekeruhan suasananya.

“Siapa di antara kamu paling banyak berzikir?” Tanya guru.

“Wahab!” guru pun memanggil Wahab. Murid yang dikenali sebagai murid yang pandai dan banyak berzikir itu menghampiri gurunya.

“Kamu bawa unta itu ke atas loteng!” guru memberi arahan.

“Tidak boleh guru. Saya tidak boleh membawa unta naik ke loteng.”

“Baiklah kalau begitu kata kamu.” Balas guru.

“Ahmad, kamu bawa naik unta itu ke atas loteng.” Guru meminta murid barunya melakukannya pula.

“Baik guru.” Balas Ahmad

Ahmad berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa unta ke atas loteng. Kawan-kawannya memperhatikan saja tingkah nya sambil berbisik sesama mereka.

“Ahmad memang tidak cerdik. Masakan boleh membawa naik unta ke atas loteng.”

Ahmad masih tetap mencuba menggunakan segenap tenaganya untuk menunaikan arahan gurunya. Namun masih tidak berjaya,

“Sudahlah Ahmad! Kembalilah ke tempatmu mengaji.”

Guru memandang semua murid-muridnya.

“Guru mengajar kamu bukan untuk kamu menjadi pandai. Tapi mematuhi adab berguru, menurut arahan, mentaatinya untuk memperolehi redanya,” Abu Nawas menjelaskan pada murid-muridnya.

     

 

Sunday, 8 October 2023

Malaysian Innovation Young Olympiad

 ASSALAMUALAIKUM

Malaysian Innovation Young Olympiad

AQIL DAN KAWAN-KAWANNYA BERSAMA GURU-GURU SEMAHSYUR MENGHADIRI ACARA INI DI MARA KOTA BAHRU KELANTAN...DIDOAKAN KEJAYAANNYA DAN SEMUA KAWAN-KAWAN YG MENYERTAI OLYMPIAD INI

TAHNIAH AQIL N TIM MEMENANGI SILVER...ALHAMDULILLAH












Saturday, 7 October 2023

TIK TOK TIK TOK

 ASSALAMUALAIKUM



TIK TOK! TIK TOK!

.

Fajar pagi

bangun lagi

Tik tok! Tik tok!

Suci diri

duduk wuduk

solat subuh

Tik tok! Tik tok!

Tadah tangan

doa lama

Tik tok! Tik tok!

Makan sikit

minum sikit

kemas sini

sapu sana

Tulis! Tulis! Tulis! Tulis!

Tik tok! Tik tok!

Zuhur masuk

solat lagi

doa lagi

tulis lagi

Tik tok! Tik tok!

Asar jelang

ingat pulang

lena hilang

Tik tok! Tik tok!

Maghrib pula

Isyak jelma

sujud lama

zikir atma

Tik tok! Tik tok!

Detak waktu

rutin tentu

hanya gitu


Friday, 6 October 2023

DAIYAN DAN PUTERA KERDIL

 

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

Tiga  naskhah antologi terbaru terbitan NurimasSN Enterprise 023 telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman along Nurimas SN. Alhamdulillah! Terima  kasih banyak along. Sebuah cerpen  PI terselit dalam antologi cerpen kanak-kanak, DAIYAN DAN PUTERA KERDIL. Seramai 24 penulis AKADEMI SANGGAR NURIMAS turut berkarya cerpen pelbagai tajuk dalam antologi ini. Terharu sekali penyelenggara NURIMAS SN dan MS SAMAD sudi memilih karya PI  untuk diterbitkan dalam antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Hasilan cerpen yang disiarkan dalam antologi ini dengan pilihan judul selari tema amat menarik perkisahannya tentang dunia kanak-kanak.. Tidak jemu disusuri baca hingga usai.

TAHNIAH along NURIMAS SN dan SEMUA PENUKIL cerpen Akademi Sanggar Nurimas. Anlian penulis hebat terbaik.

Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm Nurimas Sn@FACEBOOK atau semua penulis yang terlibat. Antaranya Nizam Wahid, MS Samad, Eiza Nashwa, Hafizan Jamal, Hanna Sophia Hanafi, Noraini Ismail dll.  




Thursday, 5 October 2023

SAYEMBARA SYAIR MALAYSIA MADANI

 ASSALAMUALAIKUM


JOM SERTAI SYAIR MALAYSIA MADANI HADIAHNYA LUMAYAN JUGA...INSYA-ALLAH ADA REZEKI...MESTI BERANI MENCUBA BARU BOLEH BERHARAP KAN...



Wednesday, 4 October 2023

JAWAPAN

 ASSALAMUALAIKUM



JAWAPAN

.

“Apakah dosa yang utama dan diampuni Allah? Dosa kecil atau dosa besar?” Tanya seorang lelaki.

“Dosa kecil! Sebab dosa kecil mudah diampuni Allah.” Jawab Abu Nawas. Lelaki berpuas hati mendengar jawapan begitu. Dia berlalu dari situ.

Datang pula seorang lelaki bertanyakan soalan yang sama.

“Dosa besar. Sebab dosa besar itu sebesar pengampunan Allah.” Jawab Abu Nawas berserta penjelasannya. Lelaki itu berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

Soalan yang sama ditanyakan seorang lelaki lagi.

“Dosa besar dan dosa kecil tidak usah dilakukan. Justeru Allah tidak perlu mengampuninya.” Jelas Abu Nawas.

“Mengapa jawapan Guru berbeza pada pertanyaan yang sama?” murid yang mengikuti bicara gurunya dengan tiga lelaki itu bertanya kehairanan.

“Pandangan itu ada tingkatannya. Tingkatan pertama ialah mata. Tingkatan kedua ialah akal. Tingkatan ketiga ialah hati.”

“Maksud Guru?” muridnya masih tidak memahami maksudnya.

“Seperti seseorang itu melihat bintang. Tingkatan pandangan mata akan katakannya bintang itu kecil. Sebab kelihatannya kecil kala memandangnya. Tapi tingkatan akal melihatnya besar. Sebab  dia mendalami ilmunya. Tingkatan hati mengatakan bintang itu kelihatan kecil tapi sebenarnya besar. Dan  besarnya  tidak melebehi kebesaran Allah yang Maha Besar. Justeru keimanannya.” Jelas gurunya.


Monday, 2 October 2023

DALAM MIMPI YANG BERMIMPI




ASSALAMUALAIKUM

 

 

ULASAN BUKU

Judul: DALAM MIMPI YANG BERMIMPI

Genre : Puisi moden

Penulis : Indera Jokina

Penerbit : PENA

ISBN 978-967-15485-22-0

Bilangan mukasurat : 43

Pengulas : Paridah Ishak

 

Kumpulan puisi berjudul DALAM MIMPI YANG BERMIMPI karya penyair Indera Jokina anak kelahiran Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini telah memenangi Hadiah Utama Sayembara Penulisan KLWBC 2020. Dan pihak PENA/Persatuan Penulis Nasional berinisiatif menerbitkannya.

Naskhah tipis ini mengandungi  40 puisi moden berupa sajak berbeza genre.suntingan Mohamad Saleeh Rahamad dan Mohamad Hanafi Ibrahim. Prakata oleh Mohamad Saleeh Rahamad, presiden PENA menceriterakan tentang kewujudan KLWBC dan peranan Kuala Lumpur sebagai kota buku dunia. Pelbagai acara sastera diadakan termasuk sayembara puisi yang disertai pemuisi Malaysia termasuk Indera Jokina yang telah memenangi hadiah utama. Tahniah Indera Jokina.

Meneliti keseluruhan puisinya amat ketara keindahannya yang menyelit makna walau diksi sajak menghimpun aksara bermetafora. Sajak pertama berjudul DI UJUNG LEMBAH DIAM dibina tiga stanza. Enam larik pada stanza pertama dan kedua. Tapi lima larik. Penulis tidak mengikat sajaknya dengan disiplin larik, rima dan sebagainya tapi mengambil unsur personafikasi

DALAM MIMPI YANG BERMIMPI  sajak yang diambil sebagai judul naskhah ini sangat indah puisinya mengisahkan tentang mimpi penyair mengharap impinya nyata, sajak ini dibina empat stanza.

Stanza pertama penyair menulisnya;

 

Lahar ini adalah sisa mimpi

pada esok yang tiada

dalam mimpi yang bermimpi

adalah semangat yang hangat

dalam nyala belerang

tersisip kenang, menjalar pada mata

berpaut pada hati

Sajak prosa juga menjadi pilihan penyair ini dan menukilnya sempurna dan medah mentafsirkan maksudnya anaranya berjudul LAKI-LAKI DAN SAMUDERA, TERBIAR, KITA, MONOLOG RINDU DI KOTA CINTA, JANGAN BILANG-BILANG, MEMOIR SEMALAM, MAWARDAH, KEKASIH MALAM, WANGIAN, MEMOIR BUNGA YANG JATUH KE BULAN, MENUNGGU SIRIH PULANG KE GAGANG, SENANDIKA MALAM GERHANA dan beberapa tajuk lain.  Nampaknya penyair begitu selesa menarik penggemar puisi sajak moden menikmati genre prosa. Walau sajak prosa agak jelas citranya namun penyairnya memberi makna dan majas penyeri. Tahniah Aloy Indera Jokina.      


Sunday, 1 October 2023

TERIMA KASIH BLOGGER WARISAN PETANI

 ASSALAMUALAIKUM


TRAGEDI MORA

TERIMA KASIH BANYAK EDITOR AKHBAR SUARA SARAWAK SUDI SIARKAN KARYA PI HARI INI...ALHAMDULILLAH.

SEBENARNYA CERTOT INI BERDASARKAN KISAH TERBITAN N3 BLOGGER WARISAN PETANI BERKENAN LEMBU-LEMBU PELIHARAANNYA. TERIMA KASIH BANYAK MENGINSPIRASI PI MENULIS KARYA KECIL INI.





MyBloglist