Monday, 6 March 2023

CUTI-CUTI KE TERENGGANU

 ASSALAMUALAIKUM


Jumaat lepas PI mengekor anak cucu ke Terengganu. Turut bersama cikgu Sh. Intan n suaminya cikgu Kamarul serta anak-anaknya. Bermalam di homestay Kuala Ibai. Siangnya jalan2 ke pantai Batu Burok sehingga ke puncak tadahan air empangan Kenyir di Kuala Berang ....seterusnya ke Tasek Kenyir. PI jalan kemana pun sekadar memerhati keindahan suasana daripada dalam kereta saja. Alhamdulillah.


PANTAI KEMASIK







EMPANGAN KENYIR




TASIK KENYIR



























 

Thursday, 2 March 2023

HADIAH AWAL MACH BLOGGER ANIES


ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH BANYAK BLOGGER ANIES SUDI HADIAHKAN PI PELBAGAI ITEM COMEL KESUKAAN PI....HADIAH SEBAGAI PENGOMEN TEGAR BLOG ANIES...PI MEMANG SUKA SINGGAH BLOG ANIES MEMBACA N3 BERINFO...DAPAT HADIAH LAGILA SUKA HEH..HEH..


 




 

Tuesday, 28 February 2023

La gourmet®️ Hydration Bottle Giveaway by anies

 ASSALAMUALAIKUM


JOM JOIN GA ANIES NI CARANYA:



1) FOLLOW BLOG INI. insya Allah anies akan follow back.

2) GA INI TERBUKA KEPADA MALAYSIAN BLOGGER ONLY. 
(minta maaf banyak-banyak kepada non-Malaysian blogger kerana buat terma & syarat ini. tapi jangan risau. insya Allah akan datang ada rezeki, anies buat GA lagi tanpa T&C sebegini.)

3)BUAT SATU ENTRY BERTAJUK: La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by anies.

4) MASUKKAN BANNER DI ATAS DALAM ENTRY ANDA & BACK LINK KE BLOG INI.

5)TAG 3 rakan blogger pilihan anda.

6)SERTAKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH SEBAGAI BUKTI PENYERTAAN.

7)TARIKH & MASA TAMAT GA: 28 FEBRUARI 2023 @ 11.59PM.

8) PENYERTAAN YANG TIDAK MEMENUHI T&C INI, AKAN DIBATALKAN.

9) Sebarang pertanyaan berkait GA ini, sila WA anies di SINI .

10) Pemenang akan diumumkan pada 8 MAC 2023 .


HADIAH :

Utama : 1x 1 liter La gourmet® hydration bottle X 1x pemenang

Saguhati : 3x 500 ml La gourmet® hydration bottle X 3x pemenang


that's all. good luck everyone!

PI tag 
Syazni Rahim
Norhidana Miswan
Warisan Petani

Saturday, 25 February 2023

SELEKSI PANTUN KAMI

 ASSALAMUALAIKUM

JOM CUBA2 BERPANTUN @KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA...MANATAHU ADA REZEKI INSYA-ALLAH.



PANTUN PERPADUAN
Asih pelita kelam bercanda,
sendiri dara sembari mamai;
sisih sengketa faham berbeda,
demi negara lestari damai.
Menghimpun pakma penuhkan raga,
sela berangan sisihkan pauh;
rukun bersama santunan warga,
beza pegangan pinggirkan jauh
Jelas ketara si anak merbah,
bunga raflesia pagut berhati;
berkasih mesra jalin muhibah,
warga Malaysia mulia pekerti.
Mekar akasia celahan kekwa,
telah bersemi kala telusur;
bangsa Malaysia sehati sejiwa,
saling memahami bertolak-ansur.

Thursday, 23 February 2023

GURINDAM SUKMA JIWA

 ASSALAMUALAIKUM

Lima naskhah antologi terbaru terbitan Persatuan Penulis Johor 023 telah selamat kepenerimaan kakpidah. Alhamdulillah! Terima kasih banyak PPJ. Sebuah puisi gurindam kakpidah terselit dalam antologI GURINDAM SUKMA JIWA. Seramai 104 penulis dari seluruh Malaysia turut berkarya puisi tradisi pelbagai tajuk dalam antologi ini. Terharu sekali penyelenggara Cikgu Nazim Mohd Subari dan Mohd Rosli Bakir sudi memilih karya kakpidah gurindam KALAU BICARA untuk diterbitkan dalam antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Hasilan gurindam yang disiarkan dalam antologi ini dengan pilihan judul berunsur nasihat bermakna dengan diksi indah berima. Tidak jemu disusuri baca hingga usai sebagai terapi jiwa murni.
TAHNIAH PPJ, penyelenggara yang komited berusaha dan semua pemuisi terlibat. Anlian pengkarya
hebat
terbaik.
Sekiranya ingin miliki buku setebal 133 muka surat dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm Cikgu Nazim Mohd Subari@FACEBOOK
Pic Yahti Hayati (c)



Monday, 20 February 2023

SAHABAT PENA

 ASSALAMUALAIKUM


 

SAHABAT PENA

 


Sahabat pena zaman dahulu

cari kawan dalam surat khabar

pilihan wajah kacak selalu

balasan surat menunggu sabar

.

Terlalu ramai sahabat pena

warkah dikirim salah alamat

sudahnya malang nasib terkena

marah sahabat riuhnya gamat

.

Hanya sahabat bukan kekasih

anggapan pula berlain makna

mudah tindakan asih menyisih

makin dilayan mungkin merana

.

Era kini kawan alam maya

elak setuju dengan melulu

walapun lagak segak bergaya

kadang penipu tiada malu

.

Lebih  bersikap berhati-hati

simpan dulu permintaan teman

biar sahaja ternanti-nanti

saring dahulu penular kuman


Saturday, 18 February 2023

SALAM ISRAK MIKRAJ

 ASSALAMUALAIKUM


ISRAK MIKRAJ


 


Penghujung Rejab  rasul pilihan

bersama Jibril menunggang buraq

terbang di langit arah jauhan

.

Dari Baitullah bermula israk

ke Baitulmukaddis detak masa

sepantas kilat walau berjarak

.

Nabi solat di Masjidil-Aqsa

petala langit sinar gemintang

mikraj mengadap Allah Yang Esa

.

 

Cakerawala luas terbentang

kursi tertinggi Sidratul Muntaha

perintah solat akur menatang

.

Nabi Muhammad daya usaha

demi umatnya rela berkorban

sujud beriman segala maha

.

Israk mikraj perjalanan malam

kembara Rasul ke puncak alam


Friday, 17 February 2023

MAJLIS KONVO

ASSALAMUALAIKUM 

SALAM JUMAAT MULIA 

Cuti sekolah telah bermula ...sebelum itu pelbagai majlis diadakan di sekolah...ada majlis murid tahun 6 yang akan berpindah ke sekolah menengah dan di sekolah menengah pula ada majlis konvo pelajar tingkatan lima yang akan meninggal sekolah ke IPT atau meneroka bidang kerjaya.

Ariff berpeluang berkonvo di sekolah kebangsaan Intan Baiduri  Selayang.



ARIF DIPILIH TOKOH KO-KORIKOLUM TAHNIAH







Abqori pun dapat hadiah kejayaannya






MyBloglist