Saturday, 19 December 2020

BAHTERA MERDEKA

 ASSALAMUALAIKUM


ANTOLOGI PUISI HUJUNG TAHUN 2020


Alhamdulillah sempurna sudah Bahtera Merdeka. Terima kasih PENERBITAN TINTA KARYA dan penyelenggara cikgu Mohd Noh Mohamad, Hai Rozzaman Jalal justeru sudi menyertakan dua buah puisi PI dalam antologi istimewa bertemakan kemerdekaan negara ini. Antara yang turut menukil karya seperti tersenarai: TAHNIAH PTK DAN SEMUA PENUKILNYA




H Zek,

Mas Raden

, Hj.Raj,

Mustaffa Siraj

,

Mahad Abu Bakar

, Abdul

Abdaziz Aziz

,

Ashraf Alhafiy

,

Paridah Ishak

,

Annur Halimah Hakim

, Aishah MN,

Syidah Ida

,

Mameq Mameq

,

Mohd Aris

Cikteh Wan Teh

,

Mohd Adid Ab Rahman

,

Adyra Az-zahra

,

Iffa Aini Hamd

,

Mohd Salleh Osman

,

Saniah Masri

, Dj Tom,

ZA Mahsuri,

Sarah SA,

Onn Abdullah,

Dato' Ghafar Nin,

M.Z.Sukrey,

Noor Izam

,

Aladin Mohamad

,

Mohd Noh

,

Basri Zakaria

,

Aida Airiss

, Ruby

Rubby Tangkak

,

Atira Nia

,

Iris Suzanis

, Zurina Azmi,

Laila Wati Johari

, Namaz ZH, Ghani Mustaffa,

Juwita Zabp

, Hayati Daud,

Friday, 18 December 2020

TAFSIR SURAH 18: AL-KAHFI.

 ASSALAMUALAIKUMM


SALAM JUMAAT MULIA

PERKONGSIAN ILMU:
PENGENALAN
TAFSIR SURAH 18: AL-KAHFI.
ASBABUN NUZUL / PERISTIWA SEBAB TURUN SURAH:
• 2 orang Musyrikin Mekah - Nadah bin Harith dan Uqbaa bin Abi Mu’eet Telah dihantar berjumpa Ulama Yahudi di Madinah – menceritakan tentang Nabi Muhammad saw. Ulama Yahudi meminta mereka bertanya kepada baginda 3 soalan;
1. Apa yang berlaku kepada pemuda-pemuda yang hilang pada suatu masa dahulu.
2. Beritahu kami tentang seseorang yang pernah ke Timur.
3. Apakah hakikat ROH?
• Ulama Yahudi itu menjelaskan sekiranya Nabi Muhammad saw boleh menjawab ketiga-tiga solan tersebut. Benarlah baginda seorang Rasul.
• Nadah bin Harith dan Uqbaa bin Abi Mu’eet kembali ke Mekah dan berjumpa Nabi Muhammad saw. Mereka bertanya kepada baginda ketiga-tiga soalan tersebut.
• Rasulullah berjanji akan memberi jawapan esok. Tetapi keesokkan harinya baginda masih tak dapat menjawab soalan tersebut kerana wahyu tidak turun. Begitu juga pada hari berikutnnya wahyu tidak turun.
• Selepas 15 hari wahyu baru turun. Ini merupakan teguran Allah swt kepada Nabi Muhammad saw. kerana tidak mengucapkan kata INSYAALLAH
• Surah al-Kahfi, surah ke 18. Terdiri daripada 110 ayat. Juzuk 15 dan 16.
• Mengandungi 4 cerita
1. Pengenalan Surah al Kahfi : ayat 1 – 8
2. Kisah Pertama – Pemuda-pemuda Gua. Ayat 9 – 26. (Jawapan kepada soalan 1).
3. Kisah Kedua – 2 orang pekebun anggur dan kurma yang sangat subur. Ayat 32 - 59
4. Kisah Ketiga – Nabi Musa belajar dengan Nabi Khidir. Ayat 60 - 82
5. Kisah keempat – Raja Zulkarnain. Ayat 83 – 98. (Jawapan kepada soalan 2).
6. Kesimpulan / Penutup surah al Kahfi : ayat 99 -110.
# JAWAPAN SOALAN KE 3: Apakah hakikat ROH? – Allah SWT jawab dalam Surah 17: AL ISRA. Ayat: 85.

Love
Love
Comment
Share

Thursday, 17 December 2020

DAHAGI..

 ASSALAMUALAIKUM


DAHAGI

.

Berperang daku

santuni hayat

walau uzur

mendera

.

Detik berlalu

perjuanganku

masih belum

berakhir

.

Lantaran dahagi

mengajar daku

tegar sisih

kecewa

.

Meski terpenjara

berdukalara

dalam diam

tersenyum




PARIDAH ISHAK

DMS

17/12/020

Tuesday, 15 December 2020

HUJAN...

 ASSALAMUALAIKUM


HUJAN

Mia menemani Abqori bermain game computer.

“Abang mesti tolong mama buat kerja rumah. Tolong kemas rumah, tolong sidai baju. Tolong basuh pinggan. Tolong bagi adik makan. Abang kan dah besar. Pada sapa lagi mama nak minta tolong. Abang saja yang mama harapkan. Mama nak pergi kerja cari duit ni. Duduk rumah elok-elok. Jangan lupa nanti bagi atuk makan tengah hari, mama dah siap masak semua,” Mia mengulangi pesanan mamanya kepada abangnya Abqori beberapa kali.

Tiba-tiba hujan turun menderu-deru.

“Tulah Mia membebel sangat sampai hujan pun turun.” Balas Abqori

Mia terdiam.

Atuknya yang sedang menaip karya tertawa mengikih.   



Sunday, 13 December 2020

SURAH 97: AL QADR (KEMULIAAN) (5 Ayat)

 ASSALAMUALAIKUM


PERKONGSIAN ILMU. TAFSIR QURAN BERSANAD.
SURAH 97: AL QADR (KEMULIAAN)
(5 Ayat)
MUKA SURAT : 598.
PENGENALAN: Menekankan keagungan dan keberkatan Al-Quran. Malam yang mulia bagaikan persiapan menyambut kedatangan Al-Quran yang lebih mulia.
Malam itu menjadikan amalan yang dilakukan sangat bernilai. Ia lebih baik daripada seribu bulan (83 tahun 4 bulan).
AYAT 1: Kehebatan Al-Quran. Malam Qadr (Lailatul Qadr) untuk memperingati turunnya wahyu. Allah SWT gunakan perkataan KAMI menunjukan Keagungan-Nya, Kekuatan-Nya dan Kekuasaan-Nya.
i. Al-Quran dari Lauh Mahfuz (langit 7) diturunkan ke langit dunia (Baitul Izzah) dengan sekali gus dan lengkap.
ii. Dari situlah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad saw selama 23 tahun. Para sahabat memahami sedikit demi sedikit.
AYAT 2: Allah SWT tanya: Tahukah kamu, apakah malam kemuliaan itu? Apabila Allah SWT tanya tentang sesuatu menunjukan ia sangat penting. Allah SWT tidak beritahu bila berlaku malam Lailatul Qadr. Kalau tahu, malam itu sahaja kita beribadat. Malam-malam lain kita malas beramal.
AYAT 3: Kali ketiga Allah SWT ulang kalimah Lailatul Qadr. Allah SWT terangkan rahsia Lailatul Qadr. Allah SWT beri peluang kepada kita untuk dapat pahala yang banyak.
Qadr – Kemuliaan dan Penghargaan. Amalan malam itu seperti seribu bulan. Umur umat Nabi Muhammad saw pendek. Allah SWT beri pahala berganda.
AYAT 4: Malam itu turunnya perintah Allah SWT yang membawa kesejahteraan. Malaikat Jibril turun membawa Al-Quran kepada Nabi Muhammad saw.
Setiap tahun turun Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat lain dengan izin dan arahan Allah SWT. Ingin bertemu manusia yang beramal.
AYAT 5: Malam itu malam yang aman daripada syaitan. Sejahtera sehingga terbit fajar. Malaikat beri salam dari waktu terbenam matahari hingga terbit fajar kepada umat Islam yang beribadat di dalam masjid.
Sekurang-kurangnya solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Subuh. Dapat pahala seribu bulan. Lebih-lebih lagi terawih dan Qiamulail.
PENUTUP: Allah SWT beritahu kelebihan- kelebihan Lailatul Qadr. Oleh itu rebutlah peluang memperbanyakan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan.
2 

MyBloglist